CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 12, 2009

Briyani Masala

Salam semua...lama dah Wlily tak hapdet blog masakan ni. Rasa macam masuk rumah orang lain pulak :-)

Dua hari lepas, Tuan Director tetiba berkata2 .."Lama nyer dah tak merasa Nasi Briyani.." Wlily yang duduk di sebelah nya sure la tau apa yang dimaksudkan tu.

So today, our lunch is Briyani Masala. I bought rempah briyani masala brand Melam. Kat belakang kotak tu ada directions apa yang patut di buat. Wlily ikut aje...jadik pun :-)



Bahan-bahan :

1/2 kilo daging, ayam atau kambing (beef, chicken or mutton) - wlily guna daging tulang rusuk. - marinate daging dengan rempah briyani selama 10 minit.

2 pot Beras Basmathi - dibasuh dan dituskan.

1 cawan yoghurt

100ml susu segar (wlily campur dengan air rebusan daging - sebab nak bagi ummph!)

1 gm Saffron - optional

3 camca besar minyak

2 camca besar ghee

3 camca besar rempah briyani masala

5 tangkai daun mint - dihiris halus

5 tangkai daun ketumbar - dihiris halus

Sedikit gajus - di goreng sebentar sehingga keperangan

Sedikit kismis - digoreng sebentar sehingga lembut

Cili hijau (wlily tak letak)

3 ulas bawang putih

1 labu bawang merah besar

1 inci halia - dihiris halus

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan daging yang telah dimarinate. Kacau sehingga keluar minyak - tambah sedikit air panas jika terlalu kering, renihkan sehingga daging lembut.

2. Masukkan yoghurt, bawang putih dan halia dan kacau lagi sehingga kuah agak pekat. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga daun mint dan daun ketumbar yang telah di hiris halus tadi. Kacau sebentar dan terus padamkan api.

3. Panaskan susu dan masukkan saffron tadi dan kacau sehingga larut. Renjis sedikit di atas beras basmathi. Masukkan ghee ke dalam adunan susu tadi, kacau sehingga cair. Padamkan api.

4. Ambil beberapa ketul daging atau ayam masala yang telah masak dan di susun selapis di dalam rice cooker. Tabur beras basmathi diatasnya, dan ulang sehingga beberapa layer - diakhiri lapisan beras diatasnya. Tuangkan susu bercampur ghee ke atas nasi tadi. (Banyaknya cecair sama banyaknya seperti kita menanak nasi biasa. In this case, Wlily masukkan air rebusan daging yang telah bercampur garam dan kurangkan susu dan ghee sebab tak mau berminyak sangat.)

5. Masak nasi seperti biasa. Sebelum menghidang, taburkan dengan gajus dan kismis yang telah digoreng tadi. Siapp..

Thursday, May 7, 2009

Sambal Tumis Tempe

Ini adalah sejenis masakan yang teramatlah sempoi tetapi menyelerakan. Ada masanya tekak inginkan sesuatu yang simple - and today is one of those days...




Bahan-bahan:

200g tempe - dihiris nipis

Ikan bilis secukupnya (ikut suka, ada orang suka letak banyak, ada juga yang tak suka )

4 camca besar cili kisar

4 ulas bawang merah - ditumbuk

2 ulas bawang putih - ditumbuk

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan goreng minyak sehingga garing. Angkat dan tuskan.

2. Goreng ikan bilis. Angkat dan tus.

3. Gaulkan bawang bersama cili kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan tempe dan ikan bilis - gaul rata. Angkat dan hidang.

Tuesday, May 5, 2009

Ayam Masak Almond

Wlily suka makan kekacang, tak kiralah kacang tanah, almond, gajus atau yang sewaktu dengannya :-) Kalau masak kuah sate, Wlily suka kacang tanah yang ditumbuk / blend agak kasar. Some people suka blend hancur, but not me.

Similarly, apa sahaja masakan yang mempunyai kacang tanah, gajus atau almond juga menjadi kegemaran Wlily. Our main course for lunch today was Ayam Masak Almond. Masakan ni agak serupa dengan Ayam Masak Putih. Bezanya cuma buah tomato dan kepingan almond.




Bahan2 :

1 ekor ayam - dipotong ikut suka

Bahan Perap:

4 biji bawang besar - dihiris dadu

4 cawan santan (dari 1 biji kelapa)

Rempah ratus ( 1 inci kayu manis, 2 bunga cengkih, 2 bunga lawang, 2 pelaga)

1 camca teh jintan manis

1/2 camca teh jintan putih

1 camca teh serbuk lada putih

1 -2 camca besar hirisan almond (ikut kesukaan masing2)

2 biji tomato - dihiris dadu

Bahan Tumis:

6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji buah pelaga

1 inci kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

3 camca besar minyak sapi.

Cara Membuat:

1. Gaulkan bahan perap sehingga mesra dan perap dengan hirisan ayam selama setengah jam.

2. Panaskan minyak - tumis bahan tumis sehingga wangi, masukkan ayam yang telah diperap. Kacau sehingga ayam agak kecut dan rempahnya garing.

3. Masukkan tomato, santan dan hirisan almond. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Setelah ayam masak dan kuah agak berminyak, masukkan garam. Kacau sebati.

4. Angkat setelah kuah agak pekat.

Saturday, May 2, 2009

Ikan Masak Masam Manis

This is also a simple dish and quite common is most households. The ingredients vary from one household to another though. I have shared a Sweet Sour Fish recipe here before and this one is quite similar - minus the vinegar and oyster sauce but lots of tomato sauce and chilli sauce.

Puding Lapis Jagung

Ini Puding Jagung yang biasa Wlily buat, cuma this time Wlily lapis dengan agar2. Saja nak buat ianya menarik sket...


Sup Tulang Rusuk

Sup ni Wlily masak last week, but bila nak upload ada problem pulak dengan my laptop. Layan gambar dulu ok..ada masa nanti, Wlily update resipi. Cara and ingredient sama macam buat sup biasa tu...



Wednesday, April 29, 2009

Sup Sayur

This is one of the most common and 'safest' dish kat rumah Wlily. Common sebab anak2 pun boleh hirup sup tu although they normally tolak tepi sayur2 tu. Safest sebab nothing could go wrong with sup sayur kan. Lambak jer segala apa yang anda nak - from su'un to sayur sawi, to cendawan cina, to baby corn, add some seafood ke (udang, sotong) or ayam - letak lah perasa apa nak...kalau suka. Wlily suka letak sedikit sos tiram or chicken stock. Walla!


The pic above is from my old archive. Kalau tak silap gambar ni Wlily ambik last year kut...

Friday, April 24, 2009

Kesilapan Yang Terlampau

Hari ini memang hari yang mengharu birukan Wlily. Anak dara Wlily dah 2-3 hari merengek nak chocolate cake. Hari tu dah buat, bila dah habis dia nak lagi. Macam lah Wlily ni tokey kek chocolate pulak. Bila dah merengek menangis merajuk apa segala, kenalah Wlily buat jugak kan? Bukan apa, Wlily tak suka baking jika masih ada cake atau juadah lain kat rumah. Two days ago buat puding jagung, semalam dah habis, so today boleh lah buat cake chocolate dia. Tak de lah membazirkan?

Bila Wlily dah sediakan bahan2, I noticed temperature si Syahmi, my 5 yo son dah naik mendadak. Kelam kabut la ambik thermometer nak check panas badan dia. Mak oii....dah naik 40.2C! I had a bad experience with hospitals and doctors kat sini, so I decided sendiri nak jadi doktor la kejap. Wlily bagi dia Voltaren - ubat yang masuk kat b*nt*t tu.... Bila dia tertidur kat ruang tamu, Wlily sambung preparation nak buat chocolate cake. I washed my hand vely vely clean one aarr....

Dalam sibuk mengayak tepung, loceng pintu pulak berbunyi. My neighbour datang (hubby dia) pulangkan pinggan mangkuk bekas kuih yang Wlily bagi hari tu. They just had their Easter celebration, so dia bagi lah roti chocolate berwalnut kat Wlily. Sedappp...

Nak mengadun kek chocolate kejap jer...bubuh itu ini, tup tup dah siap. Wlily letak adunan dalam oven.

By this time Syahmi dah sedar and concentrate tengok TV. Sempat Wlily rasa dahi dia, temperature dah turun..alhamdulillah..

Time nak mengemas dapur and nak simpan barang, Wlily terperasan tin soda bikarbonat atas kitchen top. Aiiik? Apasal pulak soda bikarbonat? Laaa...rupa rupanya, tadi Wlily letak 2 1/2 sudu teh soda bic instead of baking powder. Hmm...camana lah rasa kek ni nanti? Dah le Wlily sungguh kurang minat kat soda bic ni sebab rasa dia macam obat kat sepital..heh heh...hampeh betul. Apa agak nya komen anak dara Wlily nanti? Now, kek tu tengah di bakar dalam oven...ni la dia kesilapan yang terlampau dalam era buat kek for me laa...apa nak jadi daa... kalau Wlily masih ada mood and tahap kerajinan tu masih ada nanti, I will post gambar chocolate kek tu nanti ..kalau tak de, paham2 jer lah..

Wednesday, April 22, 2009

Ikan Kukus Berempah

Hari ini Wlily betul2 kekeringan idea apa nak masak untuk lunch. Mula2 nak masak ayam tapi tuan director tak minat nak makan ayam pulak. Stock yang ada sekarang cuma ayam, ikan and tulang rusuk. Ke hulu ke hilir kat dapur - last last masak Ikan Kukus.


Source : Chef Wan

Bahan2:

1 tangkai daun bawang, dihiris

1 ekor ikan siakap (Wlily guna ikan sherry)

Lemon atau limau nipis, dihiris (Wlily guna limau kasturi je sebab tak de stock)

Timun - dihiris

Bahan kisar:

20 tangkai cili padi (Wlily letak 10 tangkai jer, itupun dah nak terkucil dibuatnyer..)

1 kuntum bunga kantan, dihiris halus2

3 batang serai - dihiris halus

3 helai daun limau purut

Bahan perasa (dibancuh)

3 sudu besar minyak masak

3 sudu besar sos ikan

1 sudu besar gula (boleh letak lebih jika suka)

Cara Membuat:

1. Atur daun bawang di atas pinggan kalis panas. Bubuh ikan diatasnya.

2. Campur rata2 bahan kisar dengan bahan perasa dan tuang ke atas ikan.

3. Kukus ikan di atas air menggelegak selama 5 - 10 minit atau sehingga ikan masak.

4. Hias dengan hirisan lemon atau limau nipis dan timun. Hidang panas-panas.

Monday, April 20, 2009

Taufufah

Wlily dapat resipi taufufah ni dari kawan baik Wlily, Ms Z. Yang kelakar nyer, dah 4 kali cuba baru dapat hasil yang memuaskan. Nak tau kenapa? Wlily ni suka nak short cut that's why la tak jadi sangat. Kepada sesiapa yang ingin mencuba, dinasihatkan supaya ikut cara step by step kat bawah ok!

According to Ms Z dia dapat resipi ni dari internet jugak, tapi dia tak bagi tau pun URL nya. So kepada empunya resipi ni, Wlily ucapkan banyak2 terima kasih..!


Bahan-bahan :

250 gram kacang soya - direndam semalaman.

2 litre air

1 camca teh tepung GDL

2 camca besar tepung jagung

100 ml air

Untuk syrup:

250 gram gula pasir (Wlily guna 150 gram gula merah dan 100 gram gula pasir)

750 ml air

Daun pandan diracik dan diikat

1 hiris halia

Cara Membuat:

1. Basuh dan tuskan kacang soya yang telah direndam semalaman. Blend bersama 2 litre air. Mesin blender mungkin tidak cukup untuk masukkan kesemua kacang soya dan air, so its better to divide kacang soya and air kepada 2 bahagian. Blend selama 1 minit untuk memastikan kacang soya benar2 hancur. Tapis menggunakan kain musli (Wlily guna kitchen towel yang bersih jer).

2. Panaskan air soya tadi di atas api yang besar sambil dikacau sentiasa sehingga mendidih. Nak mengacau nya agak lama, lebih kurang 20 minit. Buangkan buih2 yang terbit. Setelah mendidih, padamkan api.

3. Campurkan tepung GDL, tepung jagung dengan 100 ml air - dan kacau sehingga sebati.

4. Tuangkan air soya tadi BERSAMA bancuhan tepung GDL kedalam bekas lain (you need another person to help you with this part - dia tuang bancuhan GDL, anda tuang air soya). Kacau sekali atau dua kali dengan menggunakan senduk dan buang buih2 yang terbit dengan cepat. Tutup bekas dengan kitchen towel yang bersih dan ketepikan. Adunan akan set dalam masa 40 minit - 1 jam.

5. Untuk syrup - Panaskan periuk, masukkan air dan gula, halia dan daun pandan - kacau sehingga gula larut. Keluarkan daun pandan dan halia.

Peringatan :

Adunan soya dan bancuhan tepung GDL hendaklah dituang dari aras yang agak tinggi - lebih kurang 6 - 8 inci dari bekas.

Banana Choc Cake

Wlily pernah buat cake ni dulu, tapi masa tu letak dalam cuppies and I put some chocolate rice as well. This time letak dalam acuan jer and tak letak pun chocolate rice.



Bahan 2 :

2 biji pisang - dilenyek

2 1/2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan susu segar

2 1/2 cawan gula pasir

1 camca teh baking powder

1/2 camca teh soda bicarbonate

2 biji telur

1 camca teh essen vanilla

1 camca besar butter

Chocolate emulco secukupnya.

Secubit garam

Cara Membuat:

1. Ayak tepung bersama soda bicarbonate dan baking powder. Masukkan juga secubit garam.

2. Di dalam bekas lain lenyekkan pisang bersama gula, butter dan telur. Masukkan essen vanilla. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi. Akhir sekali, tuangkan susu segar dan kacau sehingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 - satu plain dan satu lagi diberi chocolate emulco. Tuang satu senduk adunan plain ke dalam acuan, diikuti satu senduk lagi adunan chocolate diatasnya (bahagian tengah). Ulangi sehingga habis.

5. Bakar menggunakan api bawah sehingga masak (mark 5). Setelah masak, tutup api bahagian bawah, dan masak sebentar menggunakan api bahagian atas.

Kuih Ketayap @ Kuih Lenggang

Wlily rasa semua rakyat Malaysia pernah makan Kuih Ketayap ni (except those yang allergic kat kelapa lah). Nak buat nyer senang jer and its one of my favourite traditional delicacies too. Wlily pernah bawak Kuih Ketayap ni ke kelas bahasa Arab Wlily, nak bagi classmates and cikgu rasa. They like it too..orang arab lagi la suka sebab rasa manis kan. In my local dialect, we call it Kuih Lenggang.




Source : Buku Kegemaran Malaysia.

Bahan-bahan :

Untuk Kulit:

115 gram tepung serbaguna

300 ml air

Garam secukup rasa

3 helai daun pandan

1 biji telur

Sedikit pewarna hijau

Minyak untuk melengser kuali

Inti:

125 gram gula merah / gula melaka (Wlily guna Tate Lyle jer)

1 camca besar gula pasir (sukatan sebenarnya ikut tahap kemanisan masing2)

4 camca besar air

1 mangkuk kelapa parut (agak agak pun boleh)

1 camca besar mentega

Garam secukup rasa

1/2 camca teh tepung ubi dicampur 1 camca besar air

Cara Membuat:

1. Ayak tepung dan garam.

2. Blend daun pandan dan campur air. Tapis dan perah untuk dapat jus pandan. (Sapa yang nak lagi senang, guna jer Pandan emulco, tapi wangi nye tak sama lah ye). Tambah sedikit pewarna hijau.

3. Buat lubang ditengah tepung, masukkan telur dan separuh jus pandan. Kacau dengan seduk kayu sehingga adunan tidak bergentel. Pukul selama 5 minit, masukkan baki jus pandan. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan selama 20 minit.

4. Untuk inti - larutkan gula merah dan gula pasir bersama air dalam kuali, masukkan kelapa parut dan garam. Kacau atas api sederhana sehingga agak kering. Bubuh mentega dan campuran tepung ubi agar intinya bersatu. Angkat dan ketepikan.

5. Lengserkan sedikit minyak di dalam kuali (lebih elok jika lengser dengan daun pandan). Tuangkan sedikit batter ke dalam kuali - bentukkan bulatan nipis seperti pancake. Biar sehingga bahagian bawah keperangan. Angkat dan ketepikan. Isikan dengan inti (bahagian dalam atau bahagian tidak perang) - gulung dengan kemas. Ulangi sehingga batter anda habis.

Monday, April 13, 2009

Sotong Berinti Udang

Tak tau la kenapa, sejak tiga empat hari ni Wlily asyik terfikir bulan puasa jer. Tau la kan, bila bulan puasa, mula le angin rajin memasak datang..itu nak cuba ini nak cuba. Agaknya perut kosong, that's why ringan jer tangan nak masak itu ini.

Wlily ingat, for this coming bulan puasa (cheh! advance nyer planning !) Wlily nak la buat ABC kat rumah. Ye lah, kat tanah Pak Abu ni mana ler ada benda2 ni... so, I've been hunting for a Hanabashi Ice Shaver. I went back early this year and looked for it - to no avail. I went back again end of March, sambung cari kat Jaya Jusco, Carrefour, Giant, Metrojaya..tak dak. Is there anybody out there who knows where I can purchase this thing? Lemme know ya! Thanks.

Semalam, Wlily masak Sotong Berinti Udang. Yesterday was one of those days where I felt extra rajin, that's why masak stail sumbat2 segala.


Bahan2 :

4 - 5 ekor sotong sederhana besar (dalam 500 gram) - dibersihkan, buang tulang belakang, dakwat dan kulit luar yang nipis. Potong bahagian kepala / tentacles - slightly above the eyes - picit untuk buangkan the bony portion.

Bahan Inti :

2 tangkai cili kering - dipotong dan direndam air panas

2 ulas bawang merah - di dadu kecil

200 gram udang - di bersih, buang kulit dan urat belakang

Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah

6 tangkai cili kering - dipotong dan direndam air panas - blend

4 ulas bawang merah - blend

2 cm lengkuas - blend

Minyak untuk menggoreng

1 tangkai serai - diketuk

125 ml santan pekat

60 ml air asam jawa (dari 1/2 camca besar asam jawa) - ATAU - air perahan lemon

Hirisan daun limau purut , jika suka

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Sediakan inti - panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan udang dan sedikit garam - kacau sehingga mesra dan udang masak. Angkat dan ketepikan.

2. Sumbat inti kedalam badan sotong, dan sambungkan bahagian kepala dengan menggunakan lidi kecil.

3. Sediakan kuah - tumis bahan blend sehingga garing dan wangi, masukkan air asam jawa atau perahan lemon, serai, santan dan kacau rata. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam. Biar mendidih.

4. Masukkan sotong, kecilkan api, rendidih sehingga sotong masak. Angkat dan hidangkan.

Thursday, April 9, 2009

Braided Doughtnuts (2)

I just made braided doughnuts for our tea treat. Posted the recipe here before but today I made them in lesser quantity, and using different method too. The outcome was the same as before fluffy and just the way I like them :-) I feel that it is easier this time because I dont have to heat the milk. Original recipe requires warm milk - yang ini Wlily guna susu kotak sahaja. This time around, I used Mauripan (brand) yeast instead of DCL yeast.




Bahan 2 :

350 gram tepung gandum

160 ml full cream milk (nak guna low fat pun boleh..)

1 biji kuning telur

6 sudu besar gula pasir

11 gram instant yeast (Wlily guna Mauripan)

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh essen ros (nak guna essen vanilla pun boleh)

1 sudu besar mentega

Parutan kulit lemon (dari 1 biji lemon)

Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung bersama baking powder ke dalam bekas. Masukkan gula, yeast, kuning telur, esen vanilla dan mentega.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan mixer atau diuli dengan tangan. Banyaknya susu bergantung kepada jenis tepung yang anda gunakan. Jika doh telah kenyal, lembut dan tidak melekat ditangan - dah ok lah tu.

3. Tutup bekas dengan kain lembab - ketepikan selama 1/2 jam atau sehingga doh naik sekali ganda.

4. Tabur tepung di atas permukaan rata. Bentukkan doh seperti tocang atau apa2 bentuk kesukaan anda. Panaskan minyak dan goreng di atas api sederhana. Goreng sedikit demi sedikit kerana doh tadi akan mengembang apabila di goreng.

5. Angkat, tus dan taburkan dengan gula yang telah diblend.

Monday, April 6, 2009

Black Pepper Crabs

Menu makan tengah hari ini - something yang agak pedas berapi :-) and to which my dear hubby and sons suka sangat) i.e. Black Pepper Crabs. Masa meronda ronda kat Mina market hari tu, tak jumpa pulak ketam yang besar..yang ada cuma sederhana besar, itu pun sepit ketam ni semuanya kurang mengancam....

Nak digress sikit - Wlily kalau beli ketam, suka beli yang betina. Why? Sebab isi nya lebih dari yang jantan - and paling elok dibeli time bulan penuh...haa..tak percaya cuba lah nanti. I guess most of you know how to differentiate yang mana satu ketam betina dari ketam jantan. Both ketam jantan and betina mempunyai bentuk 'V' di bahagian 'dada' masing masing. Bentuk 'V' di ketam betina lebih lebar dan kadang2 warna V ini agak gelap. Yang jantan nye pulak, bentuk V dia tirus jer..


Bahan - bahan :

3 ekor - 4 ekor ketam (anggaran 1/2 kilo
Minyak secukupnya untuk menggoreng
2 camca besar butter
4 ulas bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - chopped
1 camca besar tauchu
1 sudu besar udang kering - digoreng tanpa minyak, kemudian ditumbuk
2 camca besar lada hitam ditumbuk kasar (wlily guna serbuk jer)
10 helai daun kari
5 - 10 tangkai cili padi - dihiris bulat
Air secukupnya
2 camca besar kicap pekat
2 camca besar gula (atau secukupnya, ikut rasa masing2)
1 camca besar oyster sauce
Cara Membuat :
1. Bersihkan ketam, buang kulit belakang dan belah dua. (I used kulit belakang untuk hiasan jer). Kalau anda menggunakan ketam yang sepitnya besaaaarrr....elok lah di ketuk dulu sepit tu supaya bahan tumis nanti meresap ke dalam. Kalo tak, tak de rasa nanti isi sepit tu :-)
2. Panaskan minyak - dan goreng ketam tadi (stir fry) sehingga separa masak - angkat dan tuskan.
3. Di tempat lain, panaskan butter (Wlily suka letak sedikit minyak masak supaya butter tidak hangus) - masukkan bawang putih and merah, serai, udang kering, chili padi, tauchu, pepper dan daun kari sehingga wangi. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan ketam, kecil kan api dan gaul sehingga mesra.
5. Masukkan pula oyster sauce, kicap pekat, garam dan gula secukupnya. Jika kuah agak kering, boleh dimasukkan lagi air. Tutup tudung kuali / periuk sehingga kuah agak pekat dan ketam masak.
6. Angkat dan hidangkan.

Sunday, April 5, 2009

Ikan Masak Tauchu

Bahan2 :
3 ekor ikan kembung
2 labu bawang besar - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris halus.
Air asam jawa secukupnya
2 camca besar kicap manis
sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar sos tomato
1 sudu besar tauchu
garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Bersihkan ikan dan kelar.
2. Sapukan garam pada ikan dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak lebihan tadi untuk menggoreng bawang besar, bwg merah dan cili merah sehingga wangi. Masukkan air asam jawa, belacan, kicap, sos tomato, taucu, gula, garam - kacau rata.
4. Setelah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan sehingga mesra dan kuah pekat.
5. Angkat dan hidang.

Saturday, April 4, 2009

Sayur Kangkung Belacan

I went to the Mina market this morning with my son and saw, to my delight, an old man selling some kangkung! They were tied in neat bunches (what little bunch each one was!) at DH1.50. I grabbed four and drove back with a wide smile. It's been a while since I last ate sayur kangkung.

I have a few cans of Yeos sambal udang at home and decided to put them to good use.

The result? See below :-)





Bahan2 :
Sayur kangkung - secekak, dibersihkan dihiris / patah
3 - 4 camca besar Yeo's Sambal Udang
2 - 3 tangkai cili hidup - ditumbuk kasar
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak (jgn terlalu banyak sebab sambal udang yeo's juga mempunyai minyaknya sendiri). Masukkan sambal udang Yeos dan cili hidup. Kacau sebentar
2. Masukkan sayur kan dan gaulkan sehingga agak layu. Perasakan dengan garam.
3. Angkat dan hidangkan. Sesuai dimakan dengan nasi panas....
p/s Ini resepi orang yang tak ada banyak masa kat dapur :-) Atau yang suka shortcut macam saya :-)

Meehoon Goreng


Our breakfast this morning :-)




Friday, April 3, 2009

Banofee Pie

Shooohh! Shoooh..! wei banyak nyer sawang lahai... Dah lamaaaa tak update blog ni rasa janggal pulak nak masuk dapur sendiri..heh heh..

Sorry lar..been busy for the past few weeks. Lagi pun, Wlily balik kampung minggu lepas and baru jer tiba kat Abu Dhabi ni.. Banyak bende nak cerita, but later lah kita story mory ok!

Whilst in Msia last week, sempat jugak I attended a mini gathering dengan kengkawan. Berkenan pulak Wlily dengan one dessert prepared by cik Jabishah kita :-) Its called Banofee Pie. Nama jer pie, tapi tak masuk oven pun. Resipi asal dari Nestle. Sapa yang suka manis, gerenti akan suka dessert nih! Jabishah is kind enough to share the recipe. Thanks Ja!


Wlily ambik gambar ni selepas jer habis susun pisang yang tak berapa fresh kat atas tu..bukan apa, nak tunggu keluar dari fridge nanti, takut pulak rupa dah lain, ye lah ..dah kena 'sudu' dulu..

Sapa berminat for the step-by-step pictorial guide, sila bertandang ke Jabishah's kitchen ya!

Bahan2 :

Untuk base:

250 gram digestive biscuits

100 gram butter - cairkan

Untuk caramel :

85 gram gula perang

85 gram gula pasir

175 gram butter

397 gram susu pekat (1 tin kecil)

Lapisan atas

Pisang secukupnya

250 ml whipping cream

Sedikit serbuk koko

Cara Membuat :

1. Hancurkan digestive biscuit, dan gaul bersama butter cair. Tekan ke dalam bekas sehingga rata. Sejukkan.

2. Sediakan caramel - panaskan gula perang, gula pasir dan butter di atas api sederhana sehingga gula cair. Masukkan pula susu pekat dan kacau lagi sehingga pekat (an indication when the batter is ready is when you can draw a neat line at the back of the batter coated spatula.)

3. Tuangkan bahan caramel ke atas base tadi. Sejukkan semula selama 1 - 2 jam. Susun hirisan pisang di atas lapisan caramel yang telah sejuk tadi.

4. Untuk lapisan atas - pukul whipped cream until its stiff and spiky (sorry, tak reti nak translate daa..) dan ratakan di atas lapisan caramel dan hirisan pisang. Sprinkle with some cocoa powder - dan susun lagi dengan hirisan pisang di atas nya. (You can actually decorate sesuka hati :-) )

Sunday, March 8, 2009

Daging Masak Asam Bernenas

Lauk tengahari ni daging rusuk. Selalunya Wlily buat daging rusuk ni masak sup. But today, Wlily ubah selera buat masak asam pulak. Pernah buat sebelum ni, tapi menggunakan ekor lembu. Check out the recipe here.



Friday, March 6, 2009

Ayam Kuala

Resipi Ayam Kuala ni Wlily dah modified dari resipi asal sebab nak ikut selera Wlily anak beranak kat rumah. So if you find the recipe is different from the normal Ayam Kuala, jangan la hairan ya!




Bahan - bahan :

1 kilo ayam - di bersih dan dipotong ikut suka

Bahan giling / blend:*

8 tangkai cili kering - direndam dan ditumbuk*

1/2 inci halia*

1 tangkai serai*

8 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

Sehelai daun kunyit*

1/2 inci kunyit hidup*

4 helai daun limau purut

Rempah ratus (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih)

100 gram kelapa parut

5 biji buah keras - ditumbuk

300 ml santan

4 camca besar cili boh

Daun sup (jika suka)

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

50ml minyak masak

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah ratus sehingga wangi. Masukkan bahan giling/ blend dan kacau lagi sehingga garing dan naik baunya.

2. Masukkan ayam, kacau selama 3 minit. Tuangkan santan dan masukkan kelapa parut serta buah keras yang telah ditumbuk. Kacau lagi sehingga sebati.

3. Masukkan daun limau purut dan cili boh, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan renihkan sehingga kuah agak pekat dan minyak mula terbit. Masukkan buah tomato jika suka. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, March 3, 2009

Lokan Masak Taucu

Cuba you all tengok gambar kat bawah tu. What do you call them? Bukan kepah, bukan kerang, bukan lala..ermm I call them lokan. Well, more to baby lokan. Sorry la, kekadang I am short of nouns la..hahaha..

Anyway, this is another of my eldest son's and dear hubby's favourite. They were our main dish for dinner tonite.


Bahan - bahan :

1/2 kilo baby lokan - dibersihkan dan di tos

5 biji bawang merah - ditumbuk

2 biji bawang putih - ditumbuk

1/2 inci halia - ditumbuk

1 batang serai - diketuk

1 sudu besar sos tiram

5 tangkai cili kering - direndam dan ditumbuk

1/2 - 1 sudu teh taucu

1 sudu besar sos cili

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

1 sudu teh tepung jagung - di bancuh dengan 1/2 cawan air

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sos tiram, sos cili, taucu dan kacau sehingga mesra dan garing.

2. Masukkan baby lokan, kacau lagi beberapa minit. Tuangkan air tepung jagung, kecil kan api dan tutup tudung periuk.

3. Setelah kulit baby lokan terbuka, kacau lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah kuah agak pekat, angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup dan daun bawang.

Ketam Masak Kari

Main course for lunch today :-)


Bahan-bahan :

4 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua

3 biji bawang merah sedang besar - dicincang halus

5 ulas bawang putih - dicincang halus

1/4 camca teh halba

1 camca teh biji sawi (Wlily tak letak sebab tak ada stock - tapi memang disarankan letak lah ye)

4 camca besar rempah kari ikan

Air secukupnya (dalam 80 ml)

2 tangkai daun kari

600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)

125 santan pekat (dari 1 biji kelapa yang sama)

Garam secukupnya

1/4 cawan minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :-

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halba dan biji sawi sehingga wangi.

2. Masukkan pes kari, daun kari dan kacau sehingga wangi dan minyaknya pecah.

3. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan ketam dan tutup tudung periuk. Kecilkan api dan biar mendidih sehingga ketam masak atau warnanya bertukar kemerahan.

4. Masukkan pula santan pekat dan garam secukup rasa. Biar mendidih sebentar dan tutupkan api. Angkat dan hidangkan.

Kek Fatimah

Sebenarnya Kek Buah ni resipi dari my mom. Dah laaamaa dah resipi ni dalam simpanan my family, and since I'm the only daughter, turun le kat I. Original resipi ni memerlukan gula yang agak banyak, and kek nya manis - so I have modified la sikit. Banyak sangat nanti kena kencing manis pulak!

Since this is my mom's recipe, I've named it after her :-)



Heh heh..tengok la kek tu, sememeh semacam je. Ni la akibatnya bila kurang teliti apabila memotong kek. I should've cleared the crumbles away...

Wlily nak upload satu lagi gambar, nanti Wlily update recipe ok!

Monday, March 2, 2009

Award Dari Kak Ezza

Award ni dari Kak Ezza. Wlily dapat ni beberapa hari yang lalu tapi tak sempat nak update blog ni - anyway, thanks Kak Ezza. Satu je Wlily hairan - apasal budak tu nangis ek? Kena cubit mak dia ke?

Banyak betul soalan cepumas award ni, nanti Wlily update kan dengan jawapan sekali ye!


Bingka Ubi

Wlily tak berapa puas hati la buat bingka ubi ni. Ubi kat tanah Pak Abu ni kurang kanji la. For me, kurang umpph la sikit. Tapi kan, licin gak le everytime hidang kat atas meja..he he he..


My favourite is part kerak tu..


Esok Wlily update resipi ye. Now nak tengok Kek Buah yang dalam oven tu :-)

Update 3/3/2009

Bahan-bahan:

600 gram ubi kayu - diparut

200gram serbuk santan (kali ni Wlily guna serbuk santan je, kalau nak guna santan pekat lebih elok)

900 ml air (dicampur dengan serbuk santan)

4 biji telur ayam

1/2 tin susu manis

1/2 tin susu cair

200 gram butter

250 gram gula

350 gram tepung gandum

Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Masukkan kesemua bahan dalam blender dan blend sehingga betul betul halus.

2. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak. (Wlily set the oven to Mark 5, api bawah, bila hampir masak, pasangkan api atas).

3. Tunggu sehingga betul betul sejuk baru hiris ya!

Wednesday, February 25, 2009

Fucuk Goreng Berinti

Dah lama Wlily tak update blog ni. Sejak akhir akhir ni Wlily agak sibuk dengan kelas bahasa Arab. Starting next week, I think lagi payah nak update blog..bukan tak masak, cuma segalanya kena cepat, so masa untuk ambik gambar tu kurang. Why next week? Haa...next week Wlily dah start belajar membaca Al-Quran. Bukan tak reti baca, memang reti and kenal huruf, tau dengung, tau panjang pendek..tapi Wlily nak belajar dengan cara yang betul, tajwid yang betul, and according to ustazah yang mengajar, kalau betul2 ikut cara kat centre tu, boleh tahfiz! Uiishh...tak de la sampai ke situ, niat nak polish what I have left so long ago lah. Masa kecik 9 tahun dah khatam Quran, tapi bila jarang baca selepas khatam, itu yang buat Wlily merangkak2 macam penyu sakit perut bila baca kitab ni.

Anyway, recently Wlily ada buat Fucuk Goreng Berinti. Masakan ni sesuai sangat kalau campur dengan bahan yong tau foo yang lain. Tapi, kalau nak makan begitu saja pun ok jugak. And, you can also subsitute kulit nya dengan kulit popiah kalau nak cepat. Pun boleh juga :-)






Bahan-bahan:

Fucuk secukupnya (lebih elok jika anda menggunakan fucuk jenis nipis dan lebar daripada yang lurus panjang dan berlipat)

Bahan inti:

200 gm udang (dibuang kulit dan dipotong halus)

100 gram isi ikan tenggiri - dipotong dadu kecil

1/2 labu bawang besar - dihiris dadu kecil

2 ulas bawang putih - dihiris dadu kecil

3 kuntum cendawan cina kering - direndam dan dihiris halus

3 helai daun bawang - dihiris halus

1/2 batang lobak merah - dihiris dadu kecil

2 biji telur

Bahan gaul :

1 camca besar tepung beras

1/2 camca teh garam

1/2 camca teh serbuk perasa

1 camca besar sos tiram

Sedikit lada sulah

Adunan salutan kulit :

1 biji telur

1 camca besar tepung beras - di bancuh dengan sedikit air

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Fucuk hendaklah di lap dengan kain lembab sehingga lembut. Jika menggunakan fucuk jenis tebal dan panjang, wlily lebih gemar merendam nya sehingga lembut. Potong selebar 4" x 2.5" setiap satu (jika menggunakan fucuk lebar). Jika menggunakan fucuk panjang yang biasa - gunting sahaja dalam 2.5' dan perlahan2 buka kulit fucuk sehingga lebar (leceh jugak part ni..:-) )

2. Di tempat lain, gaul kan bahan inti sehingga mesra dan masukkan bahan gaul - kacau lagi sehingga betul2 mesra.

3. Sudukan bahan inti ke atas fucuk yang telah disediakan dan gulung perlahan. Ikat dengan daun bawang (kalau nak senang, boleh gunakan tali kapas). Ulang sehingga habis.

4. Kukus gulungan fucuk tadi sehingga isinya masak (jika masak, warnanya akan bertukar keputihan). Angkat dan ketepikan sehingga agak sejuk. Setelah sejuk, buka / gunting ikatan daun bawang atau tali kapas tadi.

5. Sediakan adunan salutan kulit (make sure tepung beras tidak bergentel). Rendamkan sebentar gulungan fucuk ke dalam adunan salutan kulit dan goreng di dalam minyak tohor (guna api yang sederhana.) Goreng sehingga agak keperangan - angkat, tus dan hidangkan.

Wednesday, February 18, 2009

Paceri Terung

Ini la menu sempoi hari ini bagi keluarga Wlily..di makan bersama Ikan Kuah Lada and ulam petai yang di terbangkan khas dari Malaysia. Kena pulak dengan nasi panas..adeh..diet pun entah ke mana..



Sekarang ni tengah migraine..later Wlily post kan resipi ok. :-)

Update 18 Feb 2009

400 gram sayur terung - di hiris memanjang 2 inci dan direndam dalam air bagi mengelakkan lebam

3 - 4 camca besar rempah kari ikan - dibancuh dengan air

1/2 cawan air asam jawa

150 gram udang yang sederhana dibuang kulit kecuali ekor (jika suka tapi Wlily tak letak sebalik nya Wlily lebih gemar menggantikan dengan 1/2 genggam udang kering, di ketuk kasar)

2 tangkai cili merah, di belah memanjang

Gula secukup rasa (Wlily lebih gemar menggunakan gula merah)

1 sudu besar kicap cair

Garam secukup rasa

Bahan kisar :

10 - 12 tangkai cili kering, direndam dan dituskan

10 ulas bawang merah

1 sudu teh belacan

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan pes kari dan udang kering dan kacau sehingga pecah minyak.

2. Kecilkan api - masukkan terung dan goreng beberapa minit. Tambahkan air asam - besarkan api dan biar sehingga mendidih.

3. Setelah terung lembut, masukkan cili merah, gula dan kicap cair. (Jika anda menggunakan udang, masukkan juga ketika ini.) Perasakan dengan garam. Renihkan selama 2 - 3 minit sehingga udang masak.

Note : Sesetengah orang suka paceri terung yang lebih kuah, dan ada pula yang suka kan kuahnya pekat. Jadi banyak nya air atau pekat nya kuah terpulang kepada selera masing2.

Tuesday, February 17, 2009

Basung Pulut

Sekarang ni, ibu Wlily datang melawat. Bila ada ibu, mula la angin manja datang melanda. Teringat masa kecik dulu ibu masak ini la, itu la...semua Wlily nak.

Today, kami sama sama membuat basung pulut, sejenis makanan tradisional dari Sarawak. My dad loves this delicacy. Its made from glutinous rice and to be eaten with grated coconut and sugar. A simple yet delicious dish indeed.





Daun pisang memainkan peranan penting dalam membuat basung pulut ini. Warnanya sepatutnya agak kehijauan, tetapi disebabkan agak sukar untuk Wlily mendapatkan daun pisang yang fresh di sini, maka ini la hasilnya.


Bahan-bahan :


1 1/2 cawan beras pulut - dibersihkan, direndam 10 minit dan dituskan.
1 sudu teh air kapur
5 camca besar gula
3 camca besar air
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
Daun pisang secukupnya.
Lidi untuk menyemat

Cara Membuat :

1. Gaul beras pulut bersama air kapur sehingga sebati. Anda akan lihat warnanya bertukar seakan kehijauan.

2. Sediakan daun pisang dan bentukkan seperti kon. Masukkan 1 atau 2 sudu beras pulut tadi. Lipat kan bahagian atas daun pisang dan semat. Ulang sehingga beras pulut habis.

3. Rebus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat.

4. Di tempat lain, goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga agak perang (tapi jangan terlalu perang nanti rasanya pahit). Masukkan gula dan kacau lagi.

5. Masukkan pula air dan kacau lagi sehingga gula larut. Angkat dan hidang bersama pulut yang telah masak tadi.

Saturday, February 14, 2009

Award Dari Kak Hanieliza

Beberapa hari yang lalu, Wlily tersedak sampai tiga kali bila membuka blog ni. Tersedak kali pertama bila dapat kunjungan dari Kak Hanieliza - sifu masakan yang memang selalu sangat blognya Wlily intai. Tersedak kali kedua bila dapat tahu Kak Hanieliza bagi award kat Wlily. Tersedak kali ketiga bila baca nama award ni Award Blog Paling Gila (??) Alahai...tapi dia kata paling gila..best..! Thanks Kak Hanieliza!





Sebelum Wlily melanggar syarat-syarat yang tertera kat atas tu...baiklah Wlily tunaikan 5 seruan award ni..

Wlily pass kan pulak award ni pada :

1. Kak Ezza - masakannya simple tapi sedap.

2. Sweetlily - dia ni ratu buat cake tak kira gulung ke tak gulung, and also cuppies and segala macam resipi lah.

3. Zue Murphy - orang jauh tapi dekat kat blog , heheheee..

4. Bro Rozzan - this is THE person yang menjadi catalyst untuk Wlily start cooking blog ni..he (his blog actually) gave me such inspiration to share and to learn about cooking and baking..

Thanks again Kak Hanieliza..and cheers everyone..

Coconut Cupcakes (2)

Today Wlily dapat jemputan harijadi kanak2 lagi. So, pagi pagi dah buat cupcake ni. Sebenarnya Wlily dah buat dulu and dah post pun resipi nya di sini. Seperti biasa, bila sampai part nak men-decor cupcake ni mesti mati akal. Ye lah, Wlily tak reti sangat nak hias hias guna aising segala, tak terrer macam kengkawan yang lain tu. Ding dong ding dong, in the end Wlily decided guna Coconut Flakes (brand Richfood) sebagai topping- senang cerita. Wlily letak sedikit pewarna hijau kat coconut flakes tu, lepas tu tabur manik2 edible yang colorful tu...





Untuk mendapatkan resipinya, sila klik di sini.


Thursday, February 12, 2009

Pau Inti Kacang Merah

Pau ni Wlily buat petang tadi. Sama je resipi dengan yang hari tu, cuma Wlily tukar intinya aje. This time Wlily buat setengah bahan, so dapat la dalam 14 ketul.




Untuk doh pau, boleh refer to resipi yang dulu.
Bahan untuk inti :
Kacang merah
Gula apong atau gula merah secukup rasa
Pewarna merah, jika suka (Wlily tak letak sebab lebih suka original colour. )
Cara Membuat :
1. Rendam kacang merah semalaman.
2. Buangkan air rendaman dan rebus sehingga lembut dan airnya kering. Masukkan gula apong atau gula merah dan gaul sehingga sebati.
3. Setelah agak sejuk blendkan sehingga hancur.

Monday, February 9, 2009

Talam Su'un

Semasa minum petang di rumah rakan hari tu, Wlily berpeluang merasai sejenis kuih tradisional yang memang Wlily tak pernah buat dan tak pernah makan sebelum ni. In fact, Wlily tak pernah tahu pun ada nya kuih ini. It's called Talam Su'un. My friend is a Singaporean, so Wlily tak berapa pasti samada kuih ni tradisional Singapura? Kuih ni ala - ala Serimuka, cuma lapisan bawah nya saja yang lain.

Petang tadi, Wlily cuba buat berpandukan resipi yang diberi - alhamdulillah, rasanya sama. And now, let me share kat sini pulak!

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:

100 gram biji sagu - di basuh dan ditus
Kelapa parut dari 1 biji kelapa
1 packet kecil su'un - direndam sehingga lembut dan di gunting 1 inci
Garam secukup rasa

Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
5 biji telur ayam
2 sudu besar tepung kastad
Pandan paste
1/2 - 3/4 cawan gula (ikut rasa manis masing masing)
Sedikit air mawar, jika suka (Wlily tak letak, sebab Wlily tak suka the after taste..)

Cara Membuat :

1. Gaulkan kesemua bahan untuk lapisan bawah sehingga mesra, dan masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 30 minit. Setelah masak, tekan perlahan dengan menggunakan daun pisang atau plastik supaya agak mampat. Jangan terlalu mampat, nanti lapisan menjadi keras.

2. Kacau kesemua bahan untuk lapisan atas sehingga sebati dan tapis untuk memisahkan ketulan tepung kastad yang mungkin terbit. Tuang dengan perlahan di atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak.

3. Angkat dan hidangkan.

Saturday, February 7, 2009

Ketam Masak Bercili

Menu untuk dinner - ketam. Mula mula nak buat Ketam Masak Oyster Sauce, but last minute decided nak buat Ketam Masak Bercili. Why? Sebab Wlily belum letak gambar & resipi nya di sini.....



Bahan-bahan:

500gram ketam (dibersihkan dan dibelah dua)

6 biji cili merah (ikut kepedasan masing2, boleh dikurangkan / dilebihkan jika suka) - dikisar

5 ulas bawang putih - dikisar

Minyak untuk menumis

1/2 camca teh jus limau nipis

Bahan sos :

2 biji tomato - dihiris dadu kecil (boleh juga gunakan 3 camca besar sos tomato)

1 1/2 camca besar gula

Garam secukup rasa

1 camca teh sos taucu

250 ml air

1 1/2 camca teh tepung jagung

1/2 camca teh kicap pekat

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan sos.

2. Tumiskan bawang putih dan cili merah kisar sehingga agak garing. Masukkan ketam dan kacau sebentar sehingga kulitnya kemerahan.

3. Masukkan campuran sos dan gaul sebentar. Tutup periuk dan renihkan selama 5 minit atau sehingga masak atau kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam jika perlu.

4. Akhir sekali masukkan jus limau. Kacau sebentar dan angkat.


Friday, February 6, 2009

Fried Spaghetti Seafood

Petang tadi ada jemputan minum petang kat rumah kawan. Rasa malas pulak nak masak apa2, tapi kena jugak ke dapur. Tak kan nak datang tangan kosong ye tak? Since tuan rumah dah sediakan roti jala and kari ayam, chocolate cake and buah buahan, I decided to bring some fried spaghetti over. Senang je nak buat , lebih kurang macam buat mee goreng biasa.








Bahan-bahan :


Spaghetti (quantity terpulang kepada kehendak masing2, but for this recipe, I used lebih kurang 1/2 kotak or setengah bungkus)


Parutan Cheddar cheese


Sedikit Butter (anggaran 1 sudu kecil)


Minyak untuk menggoreng (anggaran 1/4 cawan)


Bunga Kubis


Broccolli (kalau nak letak sayur sawi pun boleh tapi Wlily tak letak)


Udang (boleh juga di tambah bahan seafood lain seperti sotong, jika suka)


1/2 can mushroom / kulat dalam tin.


3 sudu besar cili sos


Chilli paste (ikut kepedasan masing masing)


2 biji telur - dipukul


Paprika


2 ulas bawang putih - diketuk


Garam secukup rasa


Cara Membuat :


1. Rebus spaghetti bersama beberapa titik minyak sehingga masak, angkat dan tuskan.


2. Di dalam kuali berlainan, panaskan butter sehingga cair, campurkan minyak masak. Setelah panas, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan chilli paste dan kacau sehingga agak garing. Masukkan telur - biar seketika sehingga setengah masak, dan kacau sehingga adunan telur berketul2.


3. Masukkan udang (atau seafood lain jika ada) , mushroom dan chilli sos. Jika terlalu kering, tuangkan sedikit air. Kacau sehingga udang separuh masak. Masukkan spaghetti dan gaul rata. Taburkan cheddar cheese dan gaul sehingga cheese cair. Masukkan sayuran dan gaul lagi. Perasakan dengan garam.


4. Angkat dan hidangkan. Tabur sedikit paprika di atasnya jika suka.





Thursday, February 5, 2009

Bingka Labu

Wlily sangat suka makan bingka labu ni, especially kat bahagian 'kerak' ..laju je masuk dalam mulut..




Nanti Wlily update resipi ya!

Update 6.2.2009.

Bahan-bahan :

1/2 biji labu sederhana besar, dikupas kulit dan dihiris sederhana besar (chunky)

1 tin susu cair

1/2 tin susu manis

2 sudu besar mentega (dalam 50 gram)

3 biji telur

2 bungkus santan packet

1 gelas air

4 - 4 1/2 cawan tepung gandum (byk nya tepung bergantung kepada quantity labu yang digunakan)

3 camca besar minyak masak (or minyak sayur)

Gula dan garam secukup rasa

Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Blendkan labu, telur dan mentega sehingga halus.

2. Masukkan sekali, susu cair, susu manis, tepung, santan packet, satu gelas air dan lain lain bahan di atas. Blend kan lagi sehingga betul betul hancur dan halus.

3. Sapu acuan dengan mentega. Tuangkan bahan blend tadi di dalam acuan dan bakar sehingga masak. Gunakan api bawah dahulu, setelah adunan masak kekuningan di bahagian tepi dan bawah, tambahkan pula api bahagian atas.

4. Setelah bahagian atas kekuningan dan adunan kenyal (melantun) bila di tekan dengan jari - ianya telah masak!

Nota :

Tiap tiap kali Wlily buat Bingka Labu ni, sukatan tepung nya berbeza beza. So, the best way to know whether you have the right batter is bila adunan itu di tuang dari senduk dari aras 6 - 7 inci, ianya tidak putus (my mom named the texture 'ekor tikus'.)

Ikan Pesmol

Lauk for lunch today was Ikan Pesmol, tapi Wlily sendiri tak sempat makan sebab ada jemputan hari jadi pulak di sebelah petang. So bila kecoh kecoh, rush sana rush sini..sampai terlupa nak makan.

Meh tengok gambar and resipi. Enjoy!






Source : Chef Wan.

Bahan2:

1 ekor ikan siakap dibersihkan (wlily rembat jer apa ikan yang ada kat Abu Dhabi ni..)

Sedikit garam

Lada hitam yang baru dikisar

Minyak untuk menggoreng

1 batang serai dititik

2 cm lengkuas, dititik

10 tangkai cili padi

2 helai daun limau purut

2 helai daun salam

500 ml santan (daripada 1 biji kelapa)

Air perahan dari 1 biji limau nipis

Sedikit gula

Bahan dikisar halus:

5 tangkai cili merah

10 tangkai cili padi

4 ulas bawang merah, dikupas

2 ulas bawang putih, dikupas

10 biji buah keras

1/2 sudu teh kunyit serbuk

1/2 inci halia, dikupas

Cara Membuat:

1. Lumur ikan dengan garam dan lada hitam, dan goreng sehingga garing. Tuskan dan letak dalam pinggan.

2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata. Campur santan dan renihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.

3. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidangkan.

Wednesday, February 4, 2009

Ayam Goreng Seri Wangi

Hari ni masak simple aje..ayam goreng. Walaupun simple, tapi cukup semua rasa and bau. Wangi, masam dan manis. Cuba lah.

Original source: Chef Wan





Bahan - Bahan (Wlily dah modified sikit..)


4 keping dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis2 memanjang. (Wlily guna satu ekor ayam dipotong ikut suka- guna seluruh bahagian, buang kulit tapi tak buang tulang.)


Minyak untuk menumis dan juga untuk deep fry


2 batang serai dihiris halus


1 kuntum bunga kantan dihiris halus2


10 tangkai cili padi dihiris2


2 sudu besar rempah tomyam (Wlily guna 1 sudu besar sahaja)


1/4 cawan air (60 ml)


1 sudu teh madu (Wlily guna 3 camca BESAR)


1 1/2 sudu besar mayonaise


3 helai daun limau purut, dihiris halus2


Bahan pemerap (dibancuh)


2 sudu besar sos tiram


Garam


1 biji telur sederhana dipukul


3 sudu besar tepung jagung


Cara Membuat :


1. Ayam di bersih dan digaul rata dengan bahan pemerap dan ketepikan selama 15 minit)


2. Setelah itu ayam digoreng dengan kaedah deep fry sehingga garing. Tuskan.


3. Di dalam kuali lain, tumiskan serai, bunga kantan, cili padi serta rempah tomyam sehingga naik baunya.


4. Masukkan air, madu serta ayam goreng. Kacau rata. Angkat dan tambah mayonaise dan kacau lagi. Tabur daun limau purut.



Tuesday, February 3, 2009

Sayur Rebung Masak Lemak

Kalau nak tau, Wlily cukup suka makan sayur rebung, samada di masak lemak atau masak kicap. Masak kicap?? Haa...ada masa nanti (stok rebung dah habis, next time kalau ada, Wlily share camana nak buat ok!)




But for today, menu tengahari is Rebung Masak Lemak. My peberet..







Cara memasak nya memang senang, semua orang boleh buat le kut. Nanti Wlily update ye..now nak makan dulu..heh heh..late lunch la..