CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

Ayam Masak Almond

Wlily suka makan kekacang, tak kiralah kacang tanah, almond, gajus atau yang sewaktu dengannya :-) Kalau masak kuah sate, Wlily suka kacang tanah yang ditumbuk / blend agak kasar. Some people suka blend hancur, but not me.

Similarly, apa sahaja masakan yang mempunyai kacang tanah, gajus atau almond juga menjadi kegemaran Wlily. Our main course for lunch today was Ayam Masak Almond. Masakan ni agak serupa dengan Ayam Masak Putih. Bezanya cuma buah tomato dan kepingan almond.




Bahan2 :

1 ekor ayam - dipotong ikut suka

Bahan Perap:

4 biji bawang besar - dihiris dadu

4 cawan santan (dari 1 biji kelapa)

Rempah ratus ( 1 inci kayu manis, 2 bunga cengkih, 2 bunga lawang, 2 pelaga)

1 camca teh jintan manis

1/2 camca teh jintan putih

1 camca teh serbuk lada putih

1 -2 camca besar hirisan almond (ikut kesukaan masing2)

2 biji tomato - dihiris dadu

Bahan Tumis:

6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji buah pelaga

1 inci kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

3 camca besar minyak sapi.

Cara Membuat:

1. Gaulkan bahan perap sehingga mesra dan perap dengan hirisan ayam selama setengah jam.

2. Panaskan minyak - tumis bahan tumis sehingga wangi, masukkan ayam yang telah diperap. Kacau sehingga ayam agak kecut dan rempahnya garing.

3. Masukkan tomato, santan dan hirisan almond. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Setelah ayam masak dan kuah agak berminyak, masukkan garam. Kacau sebati.

4. Angkat setelah kuah agak pekat.

Friday, March 6, 2009

Ayam Kuala

Resipi Ayam Kuala ni Wlily dah modified dari resipi asal sebab nak ikut selera Wlily anak beranak kat rumah. So if you find the recipe is different from the normal Ayam Kuala, jangan la hairan ya!




Bahan - bahan :

1 kilo ayam - di bersih dan dipotong ikut suka

Bahan giling / blend:*

8 tangkai cili kering - direndam dan ditumbuk*

1/2 inci halia*

1 tangkai serai*

8 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

Sehelai daun kunyit*

1/2 inci kunyit hidup*

4 helai daun limau purut

Rempah ratus (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih)

100 gram kelapa parut

5 biji buah keras - ditumbuk

300 ml santan

4 camca besar cili boh

Daun sup (jika suka)

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

50ml minyak masak

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah ratus sehingga wangi. Masukkan bahan giling/ blend dan kacau lagi sehingga garing dan naik baunya.

2. Masukkan ayam, kacau selama 3 minit. Tuangkan santan dan masukkan kelapa parut serta buah keras yang telah ditumbuk. Kacau lagi sehingga sebati.

3. Masukkan daun limau purut dan cili boh, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan renihkan sehingga kuah agak pekat dan minyak mula terbit. Masukkan buah tomato jika suka. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, February 4, 2009

Ayam Goreng Seri Wangi

Hari ni masak simple aje..ayam goreng. Walaupun simple, tapi cukup semua rasa and bau. Wangi, masam dan manis. Cuba lah.

Original source: Chef Wan





Bahan - Bahan (Wlily dah modified sikit..)


4 keping dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis2 memanjang. (Wlily guna satu ekor ayam dipotong ikut suka- guna seluruh bahagian, buang kulit tapi tak buang tulang.)


Minyak untuk menumis dan juga untuk deep fry


2 batang serai dihiris halus


1 kuntum bunga kantan dihiris halus2


10 tangkai cili padi dihiris2


2 sudu besar rempah tomyam (Wlily guna 1 sudu besar sahaja)


1/4 cawan air (60 ml)


1 sudu teh madu (Wlily guna 3 camca BESAR)


1 1/2 sudu besar mayonaise


3 helai daun limau purut, dihiris halus2


Bahan pemerap (dibancuh)


2 sudu besar sos tiram


Garam


1 biji telur sederhana dipukul


3 sudu besar tepung jagung


Cara Membuat :


1. Ayam di bersih dan digaul rata dengan bahan pemerap dan ketepikan selama 15 minit)


2. Setelah itu ayam digoreng dengan kaedah deep fry sehingga garing. Tuskan.


3. Di dalam kuali lain, tumiskan serai, bunga kantan, cili padi serta rempah tomyam sehingga naik baunya.


4. Masukkan air, madu serta ayam goreng. Kacau rata. Angkat dan tambah mayonaise dan kacau lagi. Tabur daun limau purut.



Tuesday, January 13, 2009

Opor Ayam

Hari ni Wlily masak ayam lagi..bukan apa, anak bujang yang sulung tu kalau boleh tiap tiap hari makan ayam! Nasib baik tak tumbuh jambul ayam..cuckoookookooooo....

Masakan ayam ni ada rasa masam sikit sebab letak tomato sos, so sesiapa yang tak suka masam, boleh dikurangkan sikit tomato sos tu. Sepatutnya, Opor Ayam ni dimasak sampai kuahnya kering, tapi Wlily biarkan ada kuah sikit sebab anak Wlily kena ada kuah bila makan.

Jom, tengok gambar and resipi :)



Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka)

Bahan kisar*

10 biji cili merah*

6 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

2 cm halia*

2 cm lengkuas*

1 cm kunyit hidup*

3 camca besar sos tomato

2 camca besar rempah kurma

500 ml santan

Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Campurkan bahan kisar dengan sos tomato dan rempah kurma - dan tumis bahan ini sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, santan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kuahnya kering dan pekat.

4. Angkat dan hidang.

Saturday, January 10, 2009

Ayam Kapitan

Wlily baru balik dari jamuan BBQ di rumah jiran. Sempat jugak buat potato salad dan marinate sedikit short ribs untuk di bawa ke sana. Resipi potato salad pernah Wlily letak kat blog ni sedikit masa dahulu - just check under laber 'Sayur'.

Main dish for lunch today was Ayam Kapitan. Dont ask me dari mana datangnya perkataan 'Kapitan' ni..I dont think recipe ni berasal dari negeri Cina ya tak? Apa apa pun - meh layan gambar dulu ok..!






Sumber : Buku Kegemaran Malaysia

Bahan - bahan :

1 ekor ayam (di potong 10)

60 ml minyak

1 batang serai

2 helai daun limau purut - dimayang

1 litre santan (dari 1 biji kelapa)

1 camca besar asam jawa di campur 100 ml air

Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar :

2 labu bawang besar

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 cm kunyit

1 cm lengkuas

1 cm halia

1 batang serai

5 camca besar pes cili

5 biji buah keras

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai harum.

2. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut. Kacau rata kemudian tutup periuk. Biarkan masak selama 15 minit dengan api perlahan.

3. Tuangkan santan, kuatkan api dan masak sampai mendidih.

4. Bila mendidih, renihkan dan masukkan air asam jawa. Tambah garam dan gula. Kalau sekali sekala sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat.

Tuesday, January 6, 2009

Ayam Limau Purut

This is our main course for today. At the time of writing this entry, Wlily belum lunch lagi. I think I'll wait for my eldest son from school, then makan with him just like yesterday. Pukul 4.30 ptg nanti baru lah si Syafiq tu balik sekolah..so, kena tunggu lagi. Rasa macam puasa pulak.

Bau masakan ni harum dan wangi, ye lah, bila daun limau purut and daun kunyit bertemu dalam periuk - semerbak lah bau dia. Rasa dia pun ada ala al rendang sikit. So, if you like rendang - then you'll love this dish.

Meh layan gambar..


(Wlily buat 1/2 dari resipi ini)
Bahan - bahan:

1.5 kg ayam ( dipotong ikut suka)

2 camca teh garam - untuk bahan perap

2 camca teh serbuk lada sulah - untuk bahan perap

1 camca besar serbuk cili

3 camca besar minyak

750 ml santan pekat (daripada 1 biji kelapa)

Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

2 camca besar gula

5 helai daun limau purut (dihiris halus)

1 helai daun kunyit (dibuang pelepahnya dan dimayang halus)

Bahan tumbuk :

2.5 cm kunyit hidup

4 labu bawang merah besar

1 labu bawang putih

3 batang serai

5 biji cili merah

Cara Membuat:

1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 1 jam. Ketepikan.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk cili.

3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis campuran bahan tumbuk di atas api sederhana sehingga harum.

4. Masukkan ayam dan goreng atas api besar untuk kira kira 2 minit.

5. Masukkan santan pekat kemudian tambah garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Kacau selalu sehingga ayam masak dan kuahnya pekat.

6. Bubuh gula, kemudian daun limau purut dan daun kunyit.

7. Masak lagi selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.

Friday, December 26, 2008

Rendang Ayam Pedas


Ni la menu untuk dinner tadi. Layan gambar lah dulu, esok Wlily update resipi nyer ok..!

Cili padi tu saje je nak buat gempak..tapi kalau nak makan dengan cili padi macam tu je pon tak apa, janji tahan pedas..

Updated 1/1/2009.

Sorry la lambat update. Better late than never. Kalau nak tau, rendang ayam ni memang la pedas, sampai nak terkencing Wlily dibuatnya. Tapi anak bujang Wlily yang sulung tu cukup suka sebab dia ni boleh tahan bila masuk bab lauk pedas ni.

Bahan - bahan :

1 ekor ayam, dibersihkan dan di potong ikut suka

2 cawan santan (di ambil dari 1 1/2 biji kelapa di campur 500ml air suam)

55 gram kerisik (lebih kurang 1/2 cawan)

Garam dan gula secukup rasa

1 helai daun kunyit dihiris halus

Bahan dikisar halus :

8 ulas bawang merah, dikupas

3 ulas bawang putih, dikupas

3 batang serai, dihiris halus

1 cm halia, dikupas

1 cm lengkuas, dikupas

1 cm kunyit hidup, dikupas

5 tangkai cili padi

3 biji buah keras

2 sudu besar pes chilli

Cara Membuat :

1. Campur rata rata ayam dengan bahan kisar dan santan dan renihkan selama 30 minit sehingga hampir kering.

2. Kecilkan api dan tambah kerisik. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Masukkan daun kunyit dan kacau cepat cepat sebelum mematikan api.

Wednesday, November 12, 2008

Kerutup Ayam

Wlily suka masak Kerutup Ayam ni sebab simple je cara nya, rasa masakan ni pun ala ala rendang gitu, cuma tak letak daun kunyit je. Resipi asal dari buku 'Sedapnyaa' oleh Chef Wan kita yang termashyur tu...



Bahan-bahan :

1 ekor ayam , di bersihkan dan di potong dua belas (Wlily potong sesuka hati)

Minyak Masak untuk deep fry

2 sudu besar pes chilli kering

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar jintan manis (serbuk kasar)

1 sudu besar jintan putih (serbuk halus)

1.5 cm kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

3 cawan santan (diperah dari 1 biji kelapa)

2 sudu besar gula melaka parut atau gula perang (Wlily guna gula perang)

1 cawan kerisik (or 110 gm)

3 keping asam gelugur

gram

gula

Bahan Perap (ditumbuk lumat-lumat)

15 ulas bawang merah, dikupas

3 ulas bawang putih, dikupas

2.5 cm halia, dikupas

2 cm lengkuas, dikupas

1 batang serai - dihiris halus halus

Cara Membuat :

1. Gaul ayam dengan bahan pemerap dan biar di dalam peti sejuk selama 2 jam (Wlily letak 45 minit je).

2. Panaskan minyak masak dan goreng terendam ayam sehingga kuning keemasan. Tuskan.

3. Tinggalkan 1/4 cawan minyak masak di dalam kuali dan simpan selebihnya. Tumis chilli paste serta ketumbar, jintan manis , jintan putih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi.

4. Tambah santan, kacau dan masukkan ayam goreng. Renihkan selama 20 minit. Campur gula melaka atau gula perang, kerisik dan asam gelugor dan renihkan selama 5 minit lagi. Perasakan dengan garam dan gula.

Sunday, November 9, 2008

Ayam Berandah

Ayam Berandah ni lebih kurang macam masakan kicap biasa, cuma rasanya lain sedikit. Kentang goreng nipis dan rangup menambah kan rasa enak. Ini lah menu untuk anak-anak Wlily yang akan balik sekolah nanti :) Favourite si Syafiq yang eldest tu.. Sebenarnya, lebih enak jika kuah pekat dan sedikit sahaja, tapi disebabkan anak Wlily tu suka makan berkuah...Wlily tambah air lebih sedikit...


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - di bersihkan dan dipotong sesuka hati

1 sudu besar serbuk ketumbar

8 biji bawang merah - ditumbuk

2 biji bawang putih - ditumbuk

Rempah ratus (cengkih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang - dan kaum kerabat yang lain lah)

1 tangkai serai - dititik

1/2 inci hali - ditumbuk

1/2 inci lengkuas - ditumbuk

1 sudu besar rata sos lingam

2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu teh lada putih

1 sudu besar kerisik

Garam, gula secukup rasa

1 labu bawang besar di belah empat

1/2 cawan air (atau ikut kesukaan masing masing samada mahu kuah pekat atau tidak)

1 biji kentang - di bersih dan dihiris nipis dan digoreng (jgn buang kulit)

Cara Membuat :

1. Marinate ayam dengan bahan tumbuk, lada putih, serbuk ketumbar, kicap cair, kicap pekat dan sos lingam - biar sekejap (anggaran 10 minit sahaja)

2. Tumis ayam yang telah di perap bersama serai dan rempah ratus. Gaul sehingga sebati dan masukkan air, biar sebentar. Masukkan kerisik dan gaul lagi - biar sehingga mendidih.

3. Tabur garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris empat.

4. Angkat dan hidangkan bersama kepingan kentang yang telah digoreng.

p/s kadang kadang Wlily masukkan juga buah gajus yang telah digoreng terlebih dahulu untuk menambahkan rasa lemak kacang pulak....

Thursday, November 6, 2008

Ayam Masak Kurma

Bukak tutup bukak tutup freezer, tak tau apa nak masak. Yang ada ikan sherry, ayam dan sedikit daging. Masak ayam je lah. Tapi masak apa ya? Fikir punya fikir, hmm..dah lama tak buat ayam masak kurma. So itu lah menu hari ini... :)

Resipi Wlily ni lain sikit lah agak nya dari yang lain sebab Wlily letak susu manis sket. WHAT??! some of you may terkezut la..tapi betul, ada letak susu manis. Rasa pun sedap...ada rasa lemak susu sket...heh heh...bab lemak ni jangan main sangat tau..nanti naik satu badan!

Bila dah lama tak rasa ayam masak kurma ni, bila makan semuanya licin!



Bahan2 :

1 ekor ayam - di bersih dan di potong sesuka hati

3 sudu besar serbuk kurma (Wlily guna Adabi)

1 mangkuk santan

10 biji bawang merah - ditumbuk

3 biji bawang putih - ditumbuk

2 biji buah keras - ditumbuk

1/2 inci halia - ditumbuk

1 tangkai serai - dititik

Rempah ratus

1 - 2 biji kentang - di belah 4

1 sudu teh susu manis (boleh lebihkan jika hendak lebih rasa lemak susu)

1 sudu besar (rata) kerisik

Garam secukup rasa

1 sudu besar minyak sapi

Bahan hiasan:

1 tangkai cili merah - di belah tengah

1 tangkai cili hijau - di belah tengah

Bawang besar - di belah empat

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak sapi - tumis bawang, serai, bahan tumbuk dan rempah ratus sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk kurma yang telah dicampur sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, gaul sebentar. Tuangkan santan dan masukkan juga kentang. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan kerisik. Biar mendidih lagi sehingga agak pekat dan kentang menjadi empuk.

4. Masukkan susu pekat, tabur garam secukup rasa. Masukkan bahan hiasan dan gaul sebentar.

5. Angkat dan hidangkan.

Saturday, November 1, 2008

Nasi Ayam Al Kazam lagi...

Bila angin 'M' dah melanda, maka Nasi Ayam lah menu makan tengahari :) This pic was taken two days ago..sekarang baru ada masa nak upload.


Nasi Ayam ni complete dengan sup lar..tapi lupa lak nak include gambar sup tu!

Wlily dah bagi resipi ni dulu. Please refer to the recipe here.

Sunday, October 26, 2008

Dalca

Menu makan tengahari ini - Ayam Masak Dalca. Dimakan pulak dengan ikan terubuk masin - huhuhu....dekat atas kerusi pun boleh bersila!




Mmmm....


Lebih kurang sama seperti masakan kari yang lain, cuma masukkan dalca yang telah dibersih dan direbus terlebih dahulu.

Layan gambar dulu eh!

Sunday, September 14, 2008

Ayam Bali

Haa..jangan salah sangka, ayam ini bukan diimport dari Bali. Resipi ini terbang dari dapur Ms Hart. Tergerak hati saya nak mencuba bila melihat bahan yang digunakan lain dari yang lain ...iaitu cuka. Tak pernah pulak masak ayam letak cuka sebelum ni. Tapi itulah hakikatnya...banyak benar resipi yang Wlily tak pernah cuba lagi - yang sedap sedap seperti Ayam Bali ini.

Syabas Ms Hart! Resipi ayam ni dapat thumbs up dari dapur Wlily!





Sungguh menyelerakan....cubalah!

Bahan - bahan:

1 ekor ayam - dibersihkan

Bahan Perap (diperap bersama ayam selama 1/2 jam):

10-12 biji bwg merah

6-8 biji bwg putih

1-1.5 inch halia

2 senduk sederhana cili boh (atau cili kering diblend)

2 senduk sederhana cuka (atau air asam limau/ asam jawa jika anda alah dengan cuka)

Kicap lemak manis - ikut suka - nak lauk tu gelap atau tidak

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan tumis:

Minyak untuk menumis

1 batang serai - ketuk

1-1.5 inch langkuas - diketuk

Daun kari

Hiasan:

Cili merah & hijau - dihiris

Tomato di belah 4

Cara Membuat :

1. Setelah minyak panas, tumiskan bahan tumis sehingga wangi, masukkan bahan perap dan gaul sehingga pekat. Perlahankan api.

2. Setelah agak pekat, tabur gula dan garam secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan tomato dan cili yang telah dihiris sebagai hiasan.

Friday, September 12, 2008

Nasi Ayam Al Kazam

Saje je nak letak nama glamer..jangan mare. Nasi ayam ni sesuai dimasak ketika anda terasa malas nak masak pelbagai jenis lauk. Seperti hari ini...tekak terasa haus semacam. So, I decided on one lauk only - NASI AYAM Al Kazam.

It couldnt go wrong I thought - the children love it, semua ada - sup, ayam, nasi, sayur (timun), sambal pencicah. Cukup la. During berbuka time, semuanya kata sedaapp...Alhamdulillah (lapar sangat kut. Maklum la, puasa..)



Anak sulung saya, Syafiq - paling suka kulit ayam ni. So, most of the time, sapa2 yang makan dengan dia akan memberikannya bahagian kulit dari portion mereka.


Bahan2 :


1 ekor ayam - dibersihkan.


Minyak untuk deep fry


Sos Tiram


Sedikit Kicap pekat


Madu


Chicken Stock


Rempah tumis


Butter


Secubit Garam


Beras


Daun Pandan


Timun & Daun Salad


Cara Membuat :


1. Rebus ayam bersama chicken stock sehingga setengah masak. Angkat dan tuskan.


2. Marinate ayam dengan sedikit kicap pekat, sos tiram dan madu. Biar lebih kurang 15 - 30 minit.


3. Goreng ayam dalam deep fryer (goreng terendam) sehingga masak. Angkat dan tuskan.


4. Air rebusan tadi boleh lah diguna kan untuk membuat sup. (you have to put all the necessary ingredient to make the soup though - seperti masak sup biasa)


5. Panaskan butter sehingga cair, masukkan rempah tumis, daun pandan, garam dan air rebusan stock. Kacau sebentar.


6. Masukkan bahan (5) ke dalam beras (yang telah dibersihkan dan di tus) - air rebusan chicken stock tadi sama banyak seperti air biasa untuk memasak nasi. Masak nasi seperti biasa.


7. Setelah masak, boleh di hidangkan bersama ayam yang dihiris, sup, hirisan timun, daun salad (jika ada) dan sambal pencicah.


Selamat mencuba!!



Sunday, September 7, 2008

Thai Pandan Chicken

This is quite an easy recipe to follow. However, it really tests your patience especially during the folding of the pandan leaves around the marinated chicken pieces. Once cooked, you will be rewarded handsomely with its winning taste!

One of my personal favourites of all times.


Mmmm...yummy! They may not look that good, but they taste delicious!



This is how they should look like before going to the deep fryer.

Bahan2 :

400 - 500gm dada ayam

15 daun pandan (sediakan lebih kalau boleh sebab jumlah diperlukan bergantung kepada size dada ayam yang dipotong.)

Lidi penyucuk (saya guna toothpick, senang dicari di kedai runcit)

Minyak untuk deep fry.

Bahan untuk marinate :

8 ulas bawang putih dicincang halus

1/2 inchi halia di cincang halus

2 sudu besar chilli sos

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu teh minyak bijan

2 sudu teh gula

2 sudu teh serbuk lada.

Bahan Pencicah :

160gm gula melaka (saya suka guna serbuk gula merah)

1 sudu teh kicap pekat

100 ml cuka

4 ulas bawang putih dicincang

6 tangkai cili padi merah dan hijau - dihiris nipis

1 sudu besar besar fish sauce

Sedikit bijan di goreng tanpa minyak.

Cara Membuat:

1. Bersihkan ayam dan ambil isi bahagian dada. Potong kuib 1 inchi .

2. Gaul bersama bahan marinate dan diperap selama 1 jam di dalam peti sejuk.

3. Selepas diperap, bungkus hirisan ayam tadi dengan daun pandan (lihat gambar diatas) dan dikemaskan dengan sebatang lidi.

4. Deep fry dalam minyak yang panas selama lebih kurang 3 minit (DO NOT OVER FRY) - nanti terlampau kering.

Cara Membuat Sos Pencicah :

1. Gula melaka atau gula perang di campur dengan bahan sos pencicah yang lain. Biji bijan hendaklah di tabur ke dalam sos pencicah immediately sebelum menjamu selera.

Selamat mencuba!