Bahan-bahan:
Fucuk secukupnya (lebih elok jika anda menggunakan fucuk jenis nipis dan lebar daripada yang lurus panjang dan berlipat)
Bahan inti:
200 gm udang (dibuang kulit dan dipotong halus)
100 gram isi ikan tenggiri - dipotong dadu kecil
1/2 labu bawang besar - dihiris dadu kecil
2 ulas bawang putih - dihiris dadu kecil
3 kuntum cendawan cina kering - direndam dan dihiris halus
3 helai daun bawang - dihiris halus
1/2 batang lobak merah - dihiris dadu kecil
2 biji telur
Bahan gaul :
1 camca besar tepung beras
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk perasa
1 camca besar sos tiram
Sedikit lada sulah
Adunan salutan kulit :
1 biji telur
1 camca besar tepung beras - di bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Fucuk hendaklah di lap dengan kain lembab sehingga lembut. Jika menggunakan fucuk jenis tebal dan panjang, wlily lebih gemar merendam nya sehingga lembut. Potong selebar 4" x 2.5" setiap satu (jika menggunakan fucuk lebar). Jika menggunakan fucuk panjang yang biasa - gunting sahaja dalam 2.5' dan perlahan2 buka kulit fucuk sehingga lebar (leceh jugak part ni..:-) )
2. Di tempat lain, gaul kan bahan inti sehingga mesra dan masukkan bahan gaul - kacau lagi sehingga betul2 mesra.
3. Sudukan bahan inti ke atas fucuk yang telah disediakan dan gulung perlahan. Ikat dengan daun bawang (kalau nak senang, boleh gunakan tali kapas). Ulang sehingga habis.
4. Kukus gulungan fucuk tadi sehingga isinya masak (jika masak, warnanya akan bertukar keputihan). Angkat dan ketepikan sehingga agak sejuk. Setelah sejuk, buka / gunting ikatan daun bawang atau tali kapas tadi.
5. Sediakan adunan salutan kulit (make sure tepung beras tidak bergentel). Rendamkan sebentar gulungan fucuk ke dalam adunan salutan kulit dan goreng di dalam minyak tohor (guna api yang sederhana.) Goreng sehingga agak keperangan - angkat, tus dan hidangkan.
10 comments:
sedapnyer resepi..salam singgah..jom jana pendaptan lebih. http://janamodal.com/rm2018.htm
Bagus resepi ni. I baru beli fucuk boleh try ni. Tapi apa itu minyak tohor?
Hi Nurul
Thanks for hopping by..will peep over yours later ya..
Hi Zue
Minyak tohor tu opposite of deep fry ..tak perlu banyak sangat minyak untuk menggoreng.
Salam , saya dah link gan blog waterlily ni sebab banyak sangat resepi yang sedap ,suka tgk dan nak cuba.Blog saya resepi semua simple saja.Resepi pucuk ni mesti masak besok sedapnya.
Salam , tadi url saya silap , ini baru yg betul.
Nannie
thanks for hopping by :-)
Wlily kekadang tengok mood jugak. Kalau mood elok tu, ada saje benda yang wlily nak buat. Bila angin 'M' dah melanda...masak sempoi sempoi je lah. Glad you like the recipes here..ada masa nanti try lah ye!
wlily,
apapasal blog satu lagi tu kamu kunci..main invite reader pulak...nape yer..kena spam macam MTT ker...pelik woo
Singgah ke muffinbiru collect something special for you there....
Bye...
Kak Izzah
I decided to shut the other blog down for good lah. Tapi belum delete lagi. Tak de masa nak update pun.. I'm keeping this blog though.
Nanti wlily pegi blog kak izzah ok. Thanks :-)
Hi WL!
Good to meet up with you here. Yes, yes, yes you have been missed but at least you have this cooking blog. Terubat lah rindu.
I'm sure you will do very well in your Quran lessons. I tried to learn with a Malaysian expat here last year, tapi sekerat aje sebab she went home. She was extremely patient with me as my knowledge is pretty poor. I'm sure you will have no problem at all with your lessons.
Post a Comment