CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 13, 2009

Sotong Berinti Udang

Tak tau la kenapa, sejak tiga empat hari ni Wlily asyik terfikir bulan puasa jer. Tau la kan, bila bulan puasa, mula le angin rajin memasak datang..itu nak cuba ini nak cuba. Agaknya perut kosong, that's why ringan jer tangan nak masak itu ini.

Wlily ingat, for this coming bulan puasa (cheh! advance nyer planning !) Wlily nak la buat ABC kat rumah. Ye lah, kat tanah Pak Abu ni mana ler ada benda2 ni... so, I've been hunting for a Hanabashi Ice Shaver. I went back early this year and looked for it - to no avail. I went back again end of March, sambung cari kat Jaya Jusco, Carrefour, Giant, Metrojaya..tak dak. Is there anybody out there who knows where I can purchase this thing? Lemme know ya! Thanks.

Semalam, Wlily masak Sotong Berinti Udang. Yesterday was one of those days where I felt extra rajin, that's why masak stail sumbat2 segala.


Bahan2 :

4 - 5 ekor sotong sederhana besar (dalam 500 gram) - dibersihkan, buang tulang belakang, dakwat dan kulit luar yang nipis. Potong bahagian kepala / tentacles - slightly above the eyes - picit untuk buangkan the bony portion.

Bahan Inti :

2 tangkai cili kering - dipotong dan direndam air panas

2 ulas bawang merah - di dadu kecil

200 gram udang - di bersih, buang kulit dan urat belakang

Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah

6 tangkai cili kering - dipotong dan direndam air panas - blend

4 ulas bawang merah - blend

2 cm lengkuas - blend

Minyak untuk menggoreng

1 tangkai serai - diketuk

125 ml santan pekat

60 ml air asam jawa (dari 1/2 camca besar asam jawa) - ATAU - air perahan lemon

Hirisan daun limau purut , jika suka

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Sediakan inti - panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan udang dan sedikit garam - kacau sehingga mesra dan udang masak. Angkat dan ketepikan.

2. Sumbat inti kedalam badan sotong, dan sambungkan bahagian kepala dengan menggunakan lidi kecil.

3. Sediakan kuah - tumis bahan blend sehingga garing dan wangi, masukkan air asam jawa atau perahan lemon, serai, santan dan kacau rata. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam. Biar mendidih.

4. Masukkan sotong, kecilkan api, rendidih sehingga sotong masak. Angkat dan hidangkan.

6 comments:

Zue Murphy said...

Nasib baik sotong mahal masa Kak Zu di Asian store kalau tak sure boleh try your resipi.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

rajin nya makcik ni...kalau akak laa.main boh sambal tumis atau masak rempah jer...tapi tadi ikan dan sekutu nya mahal..so akak main ayam pencen jer..hahaha

Waterlily said...

Kak Zue

Kat sini harga sotong pun boleh tahan mahal. Satu kilo dalam DH25, paling kurang pun dalam DH22. Sekali sekala pun boleh lah, kalau tiap tiap hari tokey balak pun bankrap! hahahaha...

Waterlily said...

Kak Ezza

angin rajin datang sekali sekala jer..selalu nya angin M jer yang melanda..hahaha..

Today Wlily masak ketam, belum sempat snap gambar..dah kena ngap! Next time la..

Preppy Guy said...

ya rabbi...rajin nyer cik kmk tok eh...tang nyaman jak...huhu..miss ur cook lah aunty..

sowie ari ya x sempat ngagak ktk d umah..kmk bz praktis bowling...ada tournement next month...

rudzie

Waterlily said...

Hello there Preppy Guy :-)

Guess you managed to trace down this blog eh? Thanks for hopping by! Diam di sitok terpaksa rajin ke dapor la Rudzie, mun sik lapar la coz mknan kat sitok sik berapa best..