Semasa minum petang di rumah rakan hari tu, Wlily berpeluang merasai sejenis kuih tradisional yang memang Wlily tak pernah buat dan tak pernah makan sebelum ni. In fact, Wlily tak pernah tahu pun ada nya kuih ini. It's called Talam Su'un. My friend is a Singaporean, so Wlily tak berapa pasti samada kuih ni tradisional Singapura? Kuih ni ala - ala Serimuka, cuma lapisan bawah nya saja yang lain.
Petang tadi, Wlily cuba buat berpandukan resipi yang diberi - alhamdulillah, rasanya sama. And now, let me share kat sini pulak!
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah:
100 gram biji sagu - di basuh dan ditus
Kelapa parut dari 1 biji kelapa
1 packet kecil su'un - direndam sehingga lembut dan di gunting 1 inci
Garam secukup rasa
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
5 biji telur ayam
2 sudu besar tepung kastad
Pandan paste
1/2 - 3/4 cawan gula (ikut rasa manis masing masing)
Sedikit air mawar, jika suka (Wlily tak letak, sebab Wlily tak suka the after taste..)
Cara Membuat :
1. Gaulkan kesemua bahan untuk lapisan bawah sehingga mesra, dan masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 30 minit. Setelah masak, tekan perlahan dengan menggunakan daun pisang atau plastik supaya agak mampat. Jangan terlalu mampat, nanti lapisan menjadi keras.
2. Kacau kesemua bahan untuk lapisan atas sehingga sebati dan tapis untuk memisahkan ketulan tepung kastad yang mungkin terbit. Tuang dengan perlahan di atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak.
3. Angkat dan hidangkan.
12 comments:
Hai! this is new for me too. Tak pernah dengar. So besok nak try la. Looks delicious!
I think the more I visit your blog, the more weight I gain...hihi!
Hi Naz
I thought I was the only one yang tak tau pasal kuih ni :-) Pasal gain weight tu, kira belakang kejap, we can always diet later :D
salam..
jom p blog kak liza amik award....
cantiknya kuehhhh...sayang pulak nak makan.....
salam..
1st time masuk sini.. lompat dr blgo kak liza.. hehe.. menarik nampaknya kuih talam su'un tuu.. tak pernah dengar or tengok.. mkn apatah lagi.. hehe..
Dear Wlily,
I ingatkan kiasan aje suun tu...rupanya memang bubuh suun..i ni tak tera buat kueh , tapi satu hari i nak cuba resepi ni :)
Waterlily,
Confirmed! memang sedap!
It's for tea time today tapi I dah ngap sepotong dulu :D
Salam Kak Hanieliza
Wow! An Award...thanks! I've always admired your blog..resipi2 kat situ semuanya mengancam.. thanks again.
Salam MaDIHA
Kita serupa ya! Sebelum ni pernah dengan talam keladi, talam ubi tapi tak pernah pulak dengar talam su'un..Sesapa yang suka makan kuih serimuka will love this kuih.
Kitchen Guardian
First time I tengok kuih ni, it reminded me of rumput! I kept on asking my friend.."apa nama kuih ni tadi, talam rumput?" hehehe...selalu sangat tersasul dengan talam rumput, nasib baik tak kena sekeh :-D
p/s Tersasul sebut rumput bila tengok suun yang dah kehijauan macam rumput!
Salam Naz
Uissh..! Cepat jugak Naz buat eh..? Glad you love the kuih..I like it sebab bahan2 nya senang nak dapat and cara buat pun simple aje..
waterlily, salam singgah lompat dr rumah kak liza, saya penah try talam nih, tp depa panggil talam tokyo... hehe.. mmg sedappp..
Salam Anawahid
Thanks for dropping by :-)
Talam Tokyo? lagi tak pernah dengar..dari mana agaknya nama tokyo tu datang ya? Entah2 originate from Japan? Apa pun..thanks for sharing the info.
Post a Comment