Bahan-bahan :
Spaghetti (quantity terpulang kepada kehendak masing2, but for this recipe, I used lebih kurang 1/2 kotak or setengah bungkus)
Parutan Cheddar cheese
Sedikit Butter (anggaran 1 sudu kecil)
Minyak untuk menggoreng (anggaran 1/4 cawan)
Bunga Kubis
Broccolli (kalau nak letak sayur sawi pun boleh tapi Wlily tak letak)
Udang (boleh juga di tambah bahan seafood lain seperti sotong, jika suka)
1/2 can mushroom / kulat dalam tin.
3 sudu besar cili sos
Chilli paste (ikut kepedasan masing masing)
2 biji telur - dipukul
Paprika
2 ulas bawang putih - diketuk
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Rebus spaghetti bersama beberapa titik minyak sehingga masak, angkat dan tuskan.
2. Di dalam kuali berlainan, panaskan butter sehingga cair, campurkan minyak masak. Setelah panas, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan chilli paste dan kacau sehingga agak garing. Masukkan telur - biar seketika sehingga setengah masak, dan kacau sehingga adunan telur berketul2.
3. Masukkan udang (atau seafood lain jika ada) , mushroom dan chilli sos. Jika terlalu kering, tuangkan sedikit air. Kacau sehingga udang separuh masak. Masukkan spaghetti dan gaul rata. Taburkan cheddar cheese dan gaul sehingga cheese cair. Masukkan sayuran dan gaul lagi. Perasakan dengan garam.
4. Angkat dan hidangkan. Tabur sedikit paprika di atasnya jika suka.
2 comments:
Komen Pak Malim kucing ray yg alim.
Wah, seronoknya kalau dapat berjiran dgn Wlily. Hari-hari kenyang, kata Pak Malim yg kena ganyang.
Wahai Pak Malim, walaupun tak berjiran
Wlily harap Pak Malim tak kebuluran
Paling tidak pun, kenyang mata
Melihat gambar2 masakan yang merata
Kata Wlily sambil naik kereta..
Post a Comment