CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 21, 2008

Shorba

Hear ye! Hear ye!! We have SHORBA for our berbuka today, a traditional Algerian soup. It has been years since I last cooked Shorba, having learnt it from non other than my dear hubby. What made it more special today, was - this time, dear hubby slogged in the kitchen and triumphantly presented us with this delicious soup himself!

  1. This photo doesn't do justice to the soup - it tastes much more delicious than it looks!
  2. (I really need to get that DSLR camera!)

Take a deep breath - here are the ingredients (differs slightly from the original Algerian Shorba of course as this fits our taste buds just nice):

Bahan-bahan:

1/2 kilo daging kambing (mutton) - dibersih dan dihiris dadu (sedang besar)

1 labu bawang besar - dipotong dadu

8 ulas bawang merah - dipotong dadu / dihiris halus

4 biji tomato - dipotong dadu

2 sudu besar kari daging - dicampur sedikit air

1 sudu teh serbuk oregano

1 sudu teh paprika

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)

2 sudu besar tomato puri / tomato paste

1/2 tin chick peas / kacang kuda (kalau guna yang mentah, hendaklah direndam semalam)

15 tangkai daun pudina (mint leaves) di hiris halus

1 tangkai celery - dihiris halus

1 biji carrot - di hiris nipis atau panjang (ikut suka)

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Tumis bawang besar, bawang merah sehingga wangi. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato layu.

2. Masukkan kari yang telah di campur air - kacau sehingga keluar minyak.

3. Masukkan carrot, oregano, paprika, cinnamon powder, tomato paste dan kacau sehingga Sebati.

4. Masukkan daging kambing tadi dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan 1 cawan air dan biar mendidih sebentar. Kecilkan api.

5. Setelah daging lembut, masukkan 4-5 cawan air lagi dan biar hingga mendidih.

6. Setelah mendidih masukkan kacang kuda - kacau hingga sebati. Setelah mendidih, masukkan celery dan daun pudina yang telah dihiris halus. (Jika anda inginkan soup tidak terlalu pekat, boleh masukkan air lagi dan biar mendidih sebentar sebelum menabur celery dan daun pudina)

7. Tabur garam secukup rasa.

8. Angkat dan hidang. Sesuai dimakan dengan roti.

p/s Daging kambing boleh ditukar dengan daging lembu atau ayam.

Selamat mencuba

Kuih Keria

"Everything must go!"...terngiang-ngiang perintah Tuan Director di telinga Wlily sepanjang hari ini. We are going back to M'sia tomorrow night, and the fridge has to be devoid of all food by tomorrow.

I saw two sweet potatoes at the bottom of the fridge. Hmm...those need to go too, but first, let's transform them into Kuih Keria. Why kuih keria and not other traditional delicacies? Well - because they are one of my MY favourites!


You can coat kuih keria with white sugar, or you can do it with 'gula apong' as well.




How they look like before the sugar coating.


Bahan-bahan :

2 biji keledek sederhana besar

Tepung

Gula

Cara Membuat :

1. Kupas kulit keledek dan rebus sehingga empuk. Lecekkan (mash the sweet potatoes). Masukkan 2 sudu gula dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat di bentuk. (jangan terlalu banyak tepung nanti terlalu keras)
3. Buat bentuk bulat seperti gambar di atas.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning / perang. Angkat dan tuskan minyak.
5. Masak gula dengan sedikit air di atas kuali sehingga cair.
6. Setelah cair masukkan kuih keria dan gaul sebati / pekat. Angkat dan hidangkan.

Saturday, September 20, 2008

Telur Masak Merah Berkacang

Nafsu makan bulan puasa ni macam macam....anak sulung saya, Syafiq - requested nak makan Telur Masak Merah pulak...dia paling suka kalau dicampur kacang tanah.


Masakan ini paling sesuai kalau dimakan waktu sahur. Kena pulak dengan sedikit sup ayam atau sup sayur, minum pulak tek tarik...mmm...




Masakkan yang agak 'common' tapi tetap menyelerakan...

Bahan-bahan :

4 biji telur ayam - direbus sehingga masak

5 tangkai cili kering* - ditumbuk

5 ulas bawang merah* - ditumbuk

2 ulas bawang putih* - ditumbuk

Sedikit sos cili

Sedikit kacang tanah - digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar.

Garam secukup rasa.

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak - goreng telur rebus yang telah dikupas kulitnya sehingga keperangan. Balikkan telur supaya rata perangnya. Jika terlalu lama menggoreng, putih telur akan menjadi terlalu keras.

2. Tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau. Masukkan so cili dan kacau sehingga rata.

3. Masukkan telur dan kacau lagi sehingga rata. Setelah rata, masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk dan kacau lagi.

4. Tabur garam secukup rasa.

5. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng & daun sup / daun bawang.

Selamat mencuba.

Asam Pedas Ikan Sherry

Inilah main course untuk berbuka hari ini...masak Asam Pedas Ikan Sherry, atas permintaan anak kedua saya Syahmi. Tengahari tadi dia dah cakap "Mommy, nak sup pedas....". Sup pedas tu masak asam pedas la...

Lain padang lain belalang, begitulah juga dengan masakan asam pedas. Lain orang lain caranya, lain periuk lain rasanya. This, is Wlily's style.


Kegemaran anak2 saya...terutamanya si Syahmi..

Bahan - bahan :

1 ekor ikan (kali ini saya guna ikan sherry) - dibersihkan, dipotong ikut suka dan diperap dengan asam jawa.

1 labu bawang besar*

10 tangkai cili kering *

1 tangkai serai - dititik

5 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

Sedikit halia*

1 kuntum bunga kantan - dibelah 2 atau 4

Air asam jawa

Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit

Sedikit belacan*

3 - 5 tangkai Kacang bendi

1 biji buah tomato dibelah empat

Cara Membuat:

1. Blendkan semua bahan bertanda * . Jika anda menggunakan kunyit hidup, blendkan juga.

2. Tumis bahan blend dan serai sehingga naik bau dan agak garing. Masukkan sedikit air agar tidak terlalu garing atau pekat. Kemudian masukkan bunga kantan. Kacau lagi.

3. Masukkan juga air asam jawa dan kacang bendi. Biar sebentar sehingga mendidih.

4. Masukkan ikan yang telah dipotong tadi (tidak perlu basuh lagi setelah diperap asam jawa).

5. Jika terlalu pekat, masukkan air. Kecilkan api - biar hingga mendidih.

6. Tabur garam secukup rasa. Jika suka, boleh dimasukkan sedikit gula jika tidak mahu terlalu pedas.

7. Akhir sekali masukkan buah tomato. Kacau sebentar, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

p/s Jika saya berada di Sarawak, saya tidak gunakan bunga kantan, sebaliknya menggantikannya dengan Terung Asam Sarawak yang berwarna kuning. Puas saya mencarinya di sekitar Lembah Klang, tapi tak jumpa...apatah lagi di tanah Pak Abu ni...

Kuih Koci


Saya sangka masa bekerja dulu je ada KPI target, rupanya dah jadi suri rumah pun ada KPI jugak! My latest KPI is to 'clear' the contents of our fridge before we go back to Msia for Hari Raya. Bunyi macam senang jer, tapi tricky jugak sebab fridge tu dah terpadat dengan segala macam makanan. And our "Tuan Director" is quite serious about this...

Well..I managed to 'get rid' of the egg whites this morning (I made Agar2 Buih - see recipe right before this entry). Next is the grated coconut! Rather than making the usual Onde Onde or the Buah Melaka - this time, I decided to make Kuih Koci.


Kuih Koci yang sedap dan lemak...



Kuih Koci sebelum dikukus...

Bahan-bahan :


Tepung pulut (lebih elok jika menggunakan tepung pulut hitam)

Air

Garam

Kelapa parut

Gula merah

Daun pisang

Sedikit minyak masak

Sedikit santan pekat bercampur sedikit garam.

Cara Membuat :

1. Panaskan kuali dan masukkan gula merah bersama sedikit air - kacau sehingga larut. Masukkan kelapa parut. Kacau sehingga rata dan pekat / masak. Angkat dan ketepikan.

2. Campurkan secubit garam kedalam tepung pulut dan gaul rata (supaya rasa garam sekata). Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sedang elok untuk dibentuk.

3. Potong daun pisang sedang lebarnya (dalam 2" x 5 ") - dan disapu dengan sedikit minyak di bahagian luarnya.

4. Bentukkan adunan tepung tadi menjadi bulat dan masukkan inti kelapa parut. Letak di atas daun pisang yang telah diminyakkan.

5. Tuangkan satu atau dua sudu teh santan pekat ke atas adunan yang telah dibentuk tadi sebelum daun pisang dilipat (seperti gambar diatas). Ulang sehingga habis adunan tepung / inti.

6. Kukus sehingga masak.Selamat mencuba!

Agar-Agar Buih

"Kak, nak buat apa dengan putih telur yang lebih ni?" tanya pembantu saya pagi tadi. Nak dibuang sayang, nak guna untuk campur dalam masakan, banyak sangat pulak. Putih telur tu lebih dari buat Butter Prawn tempoh hari.

Wlily bukak fridge and tengok apa yang ada kat dalam. Hmm...ada kek yang baru dibeli kat kedai. Timbul idea nak buat agar2 buih.





Inilah dia Agar-Agar Buih. Anda boleh guna macam macam jenis kek yang anda suka.


Bahan-bahan :

1 packet agar-agar (Wlily guna agar2 'strip')

5 - 7 biji putih telur

Air untuk merendam agar2

1/2 cawan gula

1 sudu teh essen vanilla

Kek - dipotong 1 inchi dadu (terpulang pada anda nak pilih warna / kek apa. Kalau di Malaysia dulu Wlily cukup suka letak potongan kek Ladybird yang dibeli dihypermarket. Wlily selalu pilih perasa pandan, strawberry dan coklat, so that bila siap, ketiga-tiga warna ini nampak cantik sekali.)

Cara Membuatnya :

1. Rendam agar2 dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga cair. Air hendaklah lebih kurang sama tinggi dengan agar2 yang direndam tadi.

2.Di dalam bekas lain - pukul putih telur sehingga putih, masukkan gula dan essen vanilla - pukul lagi sehingga kembang.

3. Tapiskan agar2 yang telah cair dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur tadi. Pukul lagi sehingga betul-betul kelihatan seperti buih halus.

4. Tuang adunan yang dipukul didalam bekas - tinggalkan sedikit. Taburkan pula kek yang telah dipotong dadu. Tekan perlahan supaya kek tadi tenggelam didalam adunan buih. Tabur sehingga habis dan tuang lebihan adunan buih di atasnya.

5. Masukkan dalam fridge - biarkan sejuk. You can take it out within half to one hour..!

Selamat mencuba!

Thursday, September 18, 2008

Sambal Tumis Petai

Penatnya dah hilang, tapi kenangan dan keseronokkan masih terasa. Malam tadi Wlily sekeluarga mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih di kediaman kami. Ramai juga tetamu yang datang - dalam 60 orang termasuk kanak-kanak. (I will blog about this further in my other site, jenguklah ke sana nanti ye).

Disebabkan kami ni perantau, I decided on masakan yang bercampur campur. So, kali ini tak ada tema langsung. Semuanya boleh. Sempatlah jugak Wlily sediakan :
1. Nasi (heheheheh..kalau tak de yang ini , haru..!)
2. Butter Prawn (atas permintaan suami)
3. Ikan Bakar Portugis
4. Kari Ayam
5. Roti Jala
6. Sambal tumis petai
7. Pai Tee (atas permintaan teman2)
8. Bingka Labu (juga atas permintaan teman2)

Dalam keadaan mengejar masa, terlupa pulak Wlily nak ambik gambar. Yang diingatkan ialah, barang keperluan tetamu yang nak disediakan. Cuma gambar sambal tumis petai saja yang sempat dirakam - itupun dalam keadaan tergesa2 dan time ceduk pun tak amik sambal - banyak ambik minyak dia je...adeii. Anyway, kalau Wlily buat lagi, Wlily akan replace gambar ok!


Juadah yang kedua habis dimakan setelah butter prawn.

Bahan-bahan:

Petai

Udang sederhana besar - dibersih dan dikupas kulit

Belacan

Bawang Besar - dihiris bulat

Bawang merah / putih

Garam secukup rasa

Air Asam Jawa

Cili Kering

Cara membuat:

1. Bawang besar ditumis sekejap , tetapi tidak terlalu layu. Angkat dan ketepikan.

2. Blend cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah sehingga halus - tumiskan. Masukkan juga air asam jawa - gaul dan tumis sehingga keluar minyak.

3. Masukkan udang - kacau sebentar sehingga udang masak. Tabur garam secukup rasa.

4. Masukkan bawang besar yang telah ditumis tadi dan gaul sekejap.

5. Angkat dan hidang.


Tuesday, September 16, 2008

My First Tag

Tak sampai sebulan Wlily start blog masak memasak ni, dah kena tag. Terharu Wlily dibuatnya...timakasih, timakasih Kak Izzah. Wlily budak baru belajar - dapur pun baru lagi hee hee..


Ada soalan exam pulak yang kena jawab :

1. Nama timangan:

Kat cyberspace nama timangan - Waterlily, kat rumah cik abang panggil 'Yang', kat sekolah panggil Aida, kat opis dulu depa panggil boss tapi sekarang dah jadi kuli di rumah sendiri, anak buah panggil Chik, Mak Abah and adik beradik panggil...Edot..ohh..sungguh tak glamer!

2..Insan teristimewa

Tanpa mengikut giliran - suami, anak2, ibu, ayah, adik beradik...dan errm..ok lah, bagi chance - mertua, pak mertua, ipar duai yang semua kaum keluarga yang lain.

3. Makanan kegemaran

Seafood, ayam, roti (apa2 jenis bread terutama potato bread) dan semua yang sedap sedap lah. Susah jugak soalan exam ni.

4. Warna Kegemaran

Suka semua warna kecuali warna kuning air kencing dan warna coklat taik (?!)

5.Lagu Kegemaran

Irama slow especially lagu nyanyian Kris Dayanti, Ruth Sahanaya, Nora dan Kenny Rogers. (Hanya Satu, Aku Cinta Padamu, Keliru, Lady & We have Tonight)

6. Apa Yang membuat anda stress:-

Dah tak kerja, tersangat la kurang stress. Sekarang stress kalau rumah berkecah dan tak kemas.

7.Apa ada dalam wallet

Aiik..ini pun nak tau? IC, Driving license, ATM Card, Credit Card, gambar cik abang dan kepala agung.

8. Kali terrakhir menangis beria ia.

Tak ingat la...dah lama kut tak nangis beria-ia ni.

Anyway, I am required to tag my other cyberspace friends. Sapa yang pernah terima tag ni, nah amik lagi dari saya OK!

1. Ms Hart

2. Bro Rozzan

3. Zaitgha

..err..cukup la tu dulu..yang lain tunggu tag kendian, kalau saya dapat lagi..hee hee..

Sunday, September 14, 2008

Ayam Bali

Haa..jangan salah sangka, ayam ini bukan diimport dari Bali. Resipi ini terbang dari dapur Ms Hart. Tergerak hati saya nak mencuba bila melihat bahan yang digunakan lain dari yang lain ...iaitu cuka. Tak pernah pulak masak ayam letak cuka sebelum ni. Tapi itulah hakikatnya...banyak benar resipi yang Wlily tak pernah cuba lagi - yang sedap sedap seperti Ayam Bali ini.

Syabas Ms Hart! Resipi ayam ni dapat thumbs up dari dapur Wlily!





Sungguh menyelerakan....cubalah!

Bahan - bahan:

1 ekor ayam - dibersihkan

Bahan Perap (diperap bersama ayam selama 1/2 jam):

10-12 biji bwg merah

6-8 biji bwg putih

1-1.5 inch halia

2 senduk sederhana cili boh (atau cili kering diblend)

2 senduk sederhana cuka (atau air asam limau/ asam jawa jika anda alah dengan cuka)

Kicap lemak manis - ikut suka - nak lauk tu gelap atau tidak

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan tumis:

Minyak untuk menumis

1 batang serai - ketuk

1-1.5 inch langkuas - diketuk

Daun kari

Hiasan:

Cili merah & hijau - dihiris

Tomato di belah 4

Cara Membuat :

1. Setelah minyak panas, tumiskan bahan tumis sehingga wangi, masukkan bahan perap dan gaul sehingga pekat. Perlahankan api.

2. Setelah agak pekat, tabur gula dan garam secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan tomato dan cili yang telah dihiris sebagai hiasan.

Sayur Nangka Masak Lemak

Teringin hendak makan masakan kampung, saya sediakan Sayur Nangka Masak Lemak sebagai juadah berbuka puasa hari ini.

Sayur ni kalau dimakan bersama dengan ikan kembung goreng garing, sambal belacan..mmm..memang terangkat!!


Up close and personal..Sayur Nangka Masak Lemak.

Bahan - Bahan :

1/2 buah Sayur Nangka Muda - di buang kulit, dihiris dan di rebus sehingga lembut.
5 tangkai Cili kering - direndam dan ditumbuk
Sedikit Belacan - ditumbuk
Setengah genggam udang kering - ditumbuk
1 tangkai Serai - dititik
Sedikit serbuk kari
Santan
Garam


Cara Membuat :

1. Tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan juga serbuk kari (dalam satu 2 sudu teh) - kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan sayur nangka yang telah lembut di rebus - kacau sehingga sebati.
3. Masukkan air santan dan biar sehingga mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Saturday, September 13, 2008

Puding Roti Caramel

When I first laid my eyes on Puding Roti Caramel in Ms Hart's blog, I was immediately smittened. The fact that it uses bread heightened my curiosity as I am used to Cream Caramel, not Puding Roti Caramel.

We have another berbuka puasa invitation and terawih prayers tonite at one of our friends' house. I decided to make this Pudding as well as Bingka Labu.

In a rush now as I need to get ready the children and go to my friend's house in a couple of minutes time. I will post the recipe later tonite or tomorrow after sahur. Meantime, enjoy the pics.



A smaller portion of the Puding Roti Caramel, specially for Waterlily's In Da Kitchenz's blog. I understand that this recipe originates from KakHanieliza.

Updated 14 Sept 2008 @ 4.55am

Bahan - bahan:

Bahan A

1/2 cawan gula di masak sehingga keperangan dan di tuang didalam bekas/loyang yang telah dicalit butter.

Bahan B.

2 biji telur

1 buku roti (atau 10 keping roti gardenia)

2 sudu besar tepung kastad (sukatan rata)

1 tin susu cair (evaporated milk)

1 tin air buah fruit cocktail (peach or others)

1/2 cawan gula

1 sudu teh essen vanilla

Hiasan :

Fruit cocktail or peach

Cara Membuat :

1. Panaskan kukusan

2. Blend semua bahan B (kecuali buahan dalam tin). Tapiskan dan masukkan kedalam bekas gula yang telah dimasak tadi.

3. Tutup dengan cling film.

4. Kukus sehingga masak or 30 minutes whichever is sooner.

5. Setelah masak, masuk dalam peti sejuk .

6. Untuk menghias - terbalikkan kedalam pinggan, dan susun fruit cocktail mengikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba!

Friday, September 12, 2008

Nasi Ayam Al Kazam

Saje je nak letak nama glamer..jangan mare. Nasi ayam ni sesuai dimasak ketika anda terasa malas nak masak pelbagai jenis lauk. Seperti hari ini...tekak terasa haus semacam. So, I decided on one lauk only - NASI AYAM Al Kazam.

It couldnt go wrong I thought - the children love it, semua ada - sup, ayam, nasi, sayur (timun), sambal pencicah. Cukup la. During berbuka time, semuanya kata sedaapp...Alhamdulillah (lapar sangat kut. Maklum la, puasa..)



Anak sulung saya, Syafiq - paling suka kulit ayam ni. So, most of the time, sapa2 yang makan dengan dia akan memberikannya bahagian kulit dari portion mereka.


Bahan2 :


1 ekor ayam - dibersihkan.


Minyak untuk deep fry


Sos Tiram


Sedikit Kicap pekat


Madu


Chicken Stock


Rempah tumis


Butter


Secubit Garam


Beras


Daun Pandan


Timun & Daun Salad


Cara Membuat :


1. Rebus ayam bersama chicken stock sehingga setengah masak. Angkat dan tuskan.


2. Marinate ayam dengan sedikit kicap pekat, sos tiram dan madu. Biar lebih kurang 15 - 30 minit.


3. Goreng ayam dalam deep fryer (goreng terendam) sehingga masak. Angkat dan tuskan.


4. Air rebusan tadi boleh lah diguna kan untuk membuat sup. (you have to put all the necessary ingredient to make the soup though - seperti masak sup biasa)


5. Panaskan butter sehingga cair, masukkan rempah tumis, daun pandan, garam dan air rebusan stock. Kacau sebentar.


6. Masukkan bahan (5) ke dalam beras (yang telah dibersihkan dan di tus) - air rebusan chicken stock tadi sama banyak seperti air biasa untuk memasak nasi. Masak nasi seperti biasa.


7. Setelah masak, boleh di hidangkan bersama ayam yang dihiris, sup, hirisan timun, daun salad (jika ada) dan sambal pencicah.


Selamat mencuba!!



Cucur Badak and Pau

I was contemplating to make Puding Roti Caramel today. I even bought the bread loaf already, so excited was I to try this new recipe I got from Ms Hart (who got the recipe from her friend Ummi , who got the recipe from KakHanieliza...). As I prepared the ingredients - my maid told me.."Kak, susu cair sudah habis semalam.." Adeii....potong steam betul! Looks like that Puding Roti Caramel will have to wait.

As my children are used to have desert for berbuka, I decided to make Cucur Badak and Pau instead.

Cucur Badak and Pau


Cucur Badak :

2 Keledek sederhana besar - di rebus, di buang kulit dan di lecek.

2 1/2 sudu besar (sukatan penuh) tepung gandum

Cili hidup atau cili kering (terpulang kepada tahap kepedasan anda)

1 tangkai serai

3 ulas bawang merah

Setengah genggam udang kering - di rendam

Sedikit kari daging

Kelapa parut dari 1/2 biji kelapa

Garam & Gula secukup rasa

Cara Membuat :

1. Keledek yang telah di lecek, digaul bersama tepung gandum sehingga sebati (sehingga dapat di kepal). Ketepikan.

2. Blend kan bahan - cili, bawang merah, udang kering, serai sehingga halus.

3. Blendkan juga kelapa parut (sekejap sahaja agar tidak terlalu halus) - dan di campur dengan bahan (2) di atas.

4. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan blend tadi dengan sedikit kari daging sehingga agak kering. Tabur garam dan gula secukup rasa.

5. Bentukkan adunan keledek tadi dan masukkan bahan goreng sebagai inti. Kepal sehingga menjadi bulat atau leper. Nak segi empat pun boleh...hehhehe..

6. Goreng sehingga keemasan.

Thursday, September 11, 2008

Pengat Pisang, Onde-onde and Buah Melaka

These are our deserts for berbuka puasa today! I am sure all of you know how to whip up these things, so I will not be posting the recipes..!

The pics are also for the benefit of my dear hubby who's in Brussels at the moment. We had these just now Yang.


Pengat Pisang - pics taken moments before being walloped by my son, Syafiq. Tiga kali ngap dah habis.



Onde-onde and Buah Melaka, favourites among children. Pic taken this afternoon - straight from Waterlily's kitchen!

Update @ 12 Sept 2008:-


Pengat Pisang



Bahan - Bahan:

5 - 6 biji pisang - di buang kulit, dihiris

Segenggam Sagu - di basuh dan dituskan

2 - 3 sudu besar gula melaka (I used Tate Lyle Dark Brown Pure Cane Sugar) - tak suka guna yang berbuku.

I tin kecil santan pekat (kalau tak cukup pekat / lemak, boleh tambah lagi)

2 - 3 sudu besar gula pasir (rasakan manisnya)

Garam secukupnya (untuk menaikkan rasa lemak santan)

Sehelai daun pandan - diikat.

Cara Membuat :

1. Santan di masak bersama air secukup nya (around 2 cups or more depends on how much kuah you prefer but not too much sampai hilang pekat). Masukkan daun pandan dan gula melaka, kacau sehingga gula larut.

2. Masukkan sagu yang di tuskan tadi. Kacau lagi.

3. Setelah sagu agak kembang, masukkan pisang yang sudah di hiris. (kalau masuk pisang terlalu awal, ia akan hancur atau tersangatlah lembiknyer..).

4. Tabur gula secukup rasa (to complement rasa manis gula melaka) as well as secubit garam. Kacau hingga sebati.

5. Setelah adunan agak pekat, dan sagu kembang sepenuhnya (tak ada yang masih putih) - angkat dan hidangkan.

p/s Masak atas api yang sederhana besar - kalau tidak, nanti pecah santannya.

Selamat mencuba!


Pumpkin Soup

This is my Anjang Rakayah's recipe (my auntie). First learned about it during my summer holiday in Malaysia when I visited her in Lundu, a small town about 2 hours ride from Kuching. I was pleasantly surprised to learn something from that visit. Thanks Anjang!

This is the second time I made this soup during Ramadhan month. I like the gravy, smooth, thick, there's the sweetness of the pumpkin, aroma from the chicken - an exotic combination! Try it!


Honestly, it should not be this color, it should be more orangy - just like a pumpkin's color. Maybe its the pumpkin here in Abu Dhabi that's different. Doesnt taste as sweet too. I'll use the Indian Pumpkin next time. But if you're in Malaysia - the shade (if you are particular about it) and the sweetness will turn out just fine!



Bahan 2 :


1/2 biji labu (yang sederhana besar)

4 ulas bawang merah dihiris nipis

2 ulas bawang putih dihiris nipis

Rempah tumis (bunga lawang, sapu laga, cengkih, kulit kayu manis)

Sedikit isi ayam (bahagian dada) - dipotong dadu atau sederhana besar.

Garam secukup rasa.


Cara Membuat:


1. Rebus labu sehingga empuk- jangan di buang kulit.

2. Setelah empuk, ambil isinya dan blend.

3. Tumis bawang putih , bawang merah dan rempah ratus sehingga wangi.

4. Masukkan labu yang telah di blend tadi. Biar mendidih.

5. Masukkan sedikit air dan ayam yang telah dipotong. Tabur garam secukup rasa.

6. Setelah ayam masak - angkat dan hidangkan.

7. Taburkan bawang goreng dah daun sup / daun bawang yand dihiris halus sebelum menjamu selera.


Selamat mencuba!

Wednesday, September 10, 2008

Portugese Egg Tart

Yesterday just before berbuka puasa with our guests, dear hubby asked, "Where's the kuih?" I didnt make any. Dessert was Bubur Kacang Hijau with Jagung.

Today, I decided to make some kuih, well, actually its more of a pastry or tart. I made Portuguese Egg Tart. I was in a 'playful' mood, so I made them small, and I made them big. Saja je nak seronok-seronok. Last time, whenever I shopped for grocery at Giant, Kelana Jaya - I would, without fail, stop at the bakery at the ground floor to purchase a few pieces of Portuguese Egg Tarts. As of last couple of months ago, the price was RM1.50 each. Now that I have time on my hand - why not make them myself?



I just love Portuguese Egg Tarts. Those who have tasted them before, would be delighted to know that its very easy to make them.


Bahan-Bahan :

Beberapa keping puff pastry - 10 would be enough but it depends on how big you want to make them. (ni style shortcut saya, tak payah pening kepala nak buat pastry sendiri...)

Filling :

100 gram whipped cream
55 gram gula
1 keping cheddar cheese - di potong halus
125 ml susu segar (sometimes, kalau tak ada susu segar, saya gunakan powder milk anak saya, pun boleh jalan jugak..)
2 biji telur ayam
Sedikit essence of vanilla

Cara Membuat :

1. Lembutkan puff pastry pada suhu bilik.
2. Panaskan separuh dari whipped cream dan masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan baki whipped cream tadi bersama potongan cheddar cheese, dan kacau sehingga sehingga keju cair. Padamkan api.
4. Di tempat lain - pukul telur bersama susu segar sehingga sebati. Masukkan sedikit essen vanilla.
5. Masukkan bahan telur ke adunan whipped cream tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
6. Panaskan oven .
7. Sapu butter di acuan - masukkan puff pastry dan tekan. Gunting lebihan puff pastry.
8. Tuangkan filling ke dalam puff pastry tadi.
9. Masuk dalam oven dan bakar pada suhu 225 degrees selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

I cant remember where I got the recipe for Cream Cheese Filling from. Must either be from AllRecipes.com or other other food sites. But if it is your recipe - please do let me know so that I can acknowledge you accordingly. Thank you.

Tuesday, September 9, 2008

Daging Tumis Berlada

Entah kenapa, berpuasa semalam amat menguji kesabaran saya. Mungkin keadaan cuaca panas beberapa hari lepas (42C - 48C), has taken its toll on me. Badan terasa amat lembik tidak bermaya dan tekak terasa lebih kering dari biasa. Sabarr....



Semalam juga kami menerima beberapa tetamu untuk berbuka puasa di kediaman kami. Dalam keadaan begitu, sempat juga saya menyediakan beberapa juadah simple - Sweet & Sour Sherry Fish, Tomyam Seafood, Daging Tumis Berlada serta Bubur Kacang Hijau bercampur Jagung sebagai pencuci mulut. Tetamu kami membawa juadah Ayam Masak Lemak..sedapp...tenkiu tenkiu. Niat di hati hendak membuat fruit tart sebagai satu lagi pencuci mulut, tapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan - idea itu terpaksa di batalkan.



Daging Tumis Berlada - Syafiq, my eldest son, really loves this simple dish.
Bahan - Bahan:

500 gram daging lembu - dibersihkan dan dihiris nipis.

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 biji bawang besar - di hiris dadu

15 biji bawang merah - ditumbuk

5 biji bawang putih - ditumbuk

5 tangkai cili merah

1 - 2 biji limau nipis atau limau kasturi (saya guna limau kasturi)

1 - 2 keping asam gelugur

Sedikit Kicap Pekat

Sedikit Kicap Manis

Sedikit Serbuk Kunyit

Cara Membuatnya:

1. Daging yang dihiris hendak di perap bersama bawang merah, bawang putih yang ditumbuk, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan sedikit kicap pekat.

2. Bawang besar dan cili merah (lebih banyak cili lebih elok) hendaklah ditumbuk.

3. Tumis daging yang diperap tadi bersama asam gelugur di dalam minyak yang agak banyak sehingga masak dan agak kering. Jangan lupa masukkan sedikit kicap manis. Saya suka menambah sedikit bawang merah, putih yang ditumbuk dan serbuk ketumbar dan tumiskan sebelum menumis bahan perap tadi. This however, is not the way I was taught by my mum. Ini saya yang improvise sendiri. Setelah agak kering, ketepikan.

4. Dalam kuali yang sama, minyak berlebihan tadi hendaklah dikeluarkan atau dikurang kan sedikit dan digunakan pula untuk menumis bawang besar dan cili merah yang ditumbuk tadi. Setelah wangi ( or should I say, setelah terbersin?) perah kan air limau nipis atau air limau kasturi. Perlahan kan api.

5. Masukkan daging yang telah masak tadi dan gaul sekejap - tabur garam secukup rasa.

Selamat mencuba!

Monday, September 8, 2008

Crunchy Pai Tee

Today ada jemputan berbuka puasa dan sembahyang terawih at one of our friends' house. Since I still had that ingredients for the Pandan Chicken, I made them again today for the buka puasa. I decided to make Pai Tee as well.

I'm happy to note that the Pandan Chicken as well as the Pai Tee habis kena ngap dalam sekelip mata...selepas sembahyang maghrib, yang tinggal hanya bekas Pyrex nye saje...isssh...kesian sapa yang tak sempat merasa.There are variations of recipes for the Pai Tee, but I always made mine this way..



Crunchy...yummy...mmm...


Bahan - Bahan :


7 sudu besar tepung beras


1 sudu besar tepung ubi


1 sudu besar tepung gandum


1 biji telur


Sedikit garam


200ml air.


Bahan Untuk Inti :


Carrot - dihiris nipis atau diricik


Sengkuang - dihiris nipis atau diricik


Timun - di buang empulur, dihiris atau diricik.


Bawang besar - di hiris dadu kecil.


Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar


Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar


Udang kering - direndam dan ditumbuk


Garam


Bahan Tabur:


Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar


Bawang goreng



Cara membuat Kulit Pai Tee:


1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.


2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kuar rata.


3. Masukkan garam secukup rasa.


4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.


5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).


6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.


7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan tus.


Cara Membuat Inti:


1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.


2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.


3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.


4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (chilli merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).


Selamat mencuba!!!


p/s IMPORTANT TIPS:


1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.


2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.


3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.


4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.


Sunday, September 7, 2008

Thai Pandan Chicken

This is quite an easy recipe to follow. However, it really tests your patience especially during the folding of the pandan leaves around the marinated chicken pieces. Once cooked, you will be rewarded handsomely with its winning taste!

One of my personal favourites of all times.


Mmmm...yummy! They may not look that good, but they taste delicious!



This is how they should look like before going to the deep fryer.

Bahan2 :

400 - 500gm dada ayam

15 daun pandan (sediakan lebih kalau boleh sebab jumlah diperlukan bergantung kepada size dada ayam yang dipotong.)

Lidi penyucuk (saya guna toothpick, senang dicari di kedai runcit)

Minyak untuk deep fry.

Bahan untuk marinate :

8 ulas bawang putih dicincang halus

1/2 inchi halia di cincang halus

2 sudu besar chilli sos

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu teh minyak bijan

2 sudu teh gula

2 sudu teh serbuk lada.

Bahan Pencicah :

160gm gula melaka (saya suka guna serbuk gula merah)

1 sudu teh kicap pekat

100 ml cuka

4 ulas bawang putih dicincang

6 tangkai cili padi merah dan hijau - dihiris nipis

1 sudu besar besar fish sauce

Sedikit bijan di goreng tanpa minyak.

Cara Membuat:

1. Bersihkan ayam dan ambil isi bahagian dada. Potong kuib 1 inchi .

2. Gaul bersama bahan marinate dan diperap selama 1 jam di dalam peti sejuk.

3. Selepas diperap, bungkus hirisan ayam tadi dengan daun pandan (lihat gambar diatas) dan dikemaskan dengan sebatang lidi.

4. Deep fry dalam minyak yang panas selama lebih kurang 3 minit (DO NOT OVER FRY) - nanti terlampau kering.

Cara Membuat Sos Pencicah :

1. Gula melaka atau gula perang di campur dengan bahan sos pencicah yang lain. Biji bijan hendaklah di tabur ke dalam sos pencicah immediately sebelum menjamu selera.

Selamat mencuba!

Saturday, September 6, 2008

Penang Laksa Da Bomb

This Laksa sure will meletup punye...that's why its called Penang Laksa Da Bomb! hahaha...preparation time is only 10 minutes or less. Cooking time is about 15 - 20 minutes depending on how much water and fish you use as you need to stir until the gravy thickens.

Hampir lupa nak amik gambar...dah kenyang baru ingat..heh heh.


Bahan-bahan:

Laksa

1/2 kilo Ikan Kembung (anda boleh letak lebih kalau suka)

5 biji bawang merah (shallots) - dikisar

2 -3 biji bawang putih (garlic) - dikisar

1 tangkai serai (lemon grass) - dihiris dan dikisar

5 - 10 biji cili merah (saya suka guna cili kering, sebab rasanya lebih 'Da Bomb'!) - dikisar

Sedikit belacan - dikisar

2 sudu kecil petis / otak udang, di campur dengan 2 sudu kecil air.

2 tangkai bunga kantan - di belah dua

10 - 15 tangkai daun kesum

5 - 10 keping asam gelugur (depending on how sour you wish it to be)

Sedikit kunyit hidup - dikisar (kadang2 saya guna serbuk kunyit sahaja)

Garam

Gula

Bahan Tabur (Garnishing)

Daun pudina - di hiris

Nenas - dihiris

Bawang besar - dimayang

Telur - di rebus dan dibelah dua

Cili merah - dihiris nipis

Timun - dibuang empulur dan dihiris nipis

Taugeh - di selur (saya jarang letak taugeh sebab anak2 tak suka)

Limau kasturi - di belah dua



Cara Membuat:

1. Rebuskan ikan kembung yang telah dibersihkan sehingga masak / empuk bersama-sama asam gelugur.

2. Setelah masak, ambil isi ikan dan hancurkan (sesetengah orang suka masukkan ikan dalam blender, saya suka hancurkan guna garfu sahaja supaya tidak terlalu halus).

3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam air rebusan ikan bersama-sama bunga kantan dan petis. Masukkan juga bunga kesum supaya wangi.

4. Taburkan garam dan gula secukup rasa.

5. Kuar atas api sederhana sehingga kuah tadi menjadi pekat.

6. Untuk menghidang / menjamu selera, tuangkan kuah ke atas laksa yang telah masak / diselur dan hias dengan bahan tabur tadi.

Selamat mencuba!!

Friday, September 5, 2008

Butter Prawn With Egg Floss

Dear hubby's favourite.




Pardon me for the bad quality of the above pic. Blame it on my trembling fingers, it was almost 'buka puasa' time.

Bahan - bahan:

1 kilo udang - dibersih dan buang hujung kepalanya dan digoreng sehingga masak.

2 biji cili padi - dihiris bulat dan nipis

Sedikit Daun Kari

2 biji cili merah - ditumbuk

2 - 3 biji telur ayam - diambil kuningnya dan dipukul rata

1/4 cawan Susu sejat (evaporated milk)

Sedikit butter

Sedikit minyak masak

Garam

Gula

Cara Membuat Egg Floss :

1. Panas butter, campurkan sedikit minyak masak - the idea is for the butter to withstand the heat longer (kalau tidak butter akan cepat kering dan hangus).

2. Setelah kedua bahan tadi cair dan panas, masukkan kuning telur yang telah di pukul tadi.

3. Kuar sehingga rata (kalau saya, saya selalu buat clockwise motion) dan cepat sehingga telur tadi hancur, menjadi halus dan masak keperangan.

4. Setelah masak, angkat dan tuskan. Setelah minyak tus, the egg should be a little crunchy.

Cara Membuat Butter Prawn.

1. Panaskan butter, masukkan cili padi yang dihiris dan cili merah yang telah ditumbuk. Gaul hingga rata dan layu.

2. Masukkan daun kari, gaul lagi.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Tuangkan evaporated milk dan kuar sehingga pekat.

5. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.

6. Hidangkan dengan menabur egg floss di atas udang tadi.

Selamat mencuba!!

Ikan Bakar Portugis

This was from Chef Wan's "Sedapnyaaaa..." recipe book. The original recipe requires Ikan Bawal Hitam (Black Pomphret), but I used Sea Breem instead.

Turned out great! Tasted great too! Try it!



Bahan - Bahan : (per the original recipe)

1 ekor (600 gram) ikan bawal, di bersih kan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 limau nipis (I used limau kasturi as you see above, sebab tak ada limau nipis)
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula

Daun pisang

Bahan Di Kisar Halus:

4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, di kupas (I like them a lot, so I put 10 shallots)
1 batang serai ( dihiris halus)
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk (I didnt have this at home, so I used cili kering / dried chilli)
2 helai daun limau purut




Cara Membuat :

1. Panas minyak masak dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.

2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang.

3. Bakar di dalam ketukar yang sudah di panaskan pada 180C / 350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

Selamat mencuba!

Tepung Pelita Perantau

Perantau? hahaha..two reasons for that (i) for those who live outside Malaysia where Daun Pisang is a rare species or never heard of (ii) for those who like tepung pelita, but tak betah nak buat, but still suka makan - hence this simple recipe. Been searching for this recipe from various sites and blogs, so what you see here below is the combination of all those tips given.

Its yummy, easy to prepare, there are two ways to do it. Either way - is simple. Just the way I like it.



Taddaa....

Bahan-bahan:

4 cawan tepung beras
5 cawan air
1 1/2 cawan gula
4 cawan santan (dari satu biji kelapa - what I normally do is, amik je dari santan kotak harmuni)
5 helai Daun pandan - blend untuk dapatkan airnya (kalau nak shortcut lagi, use the pandan emulco, tapi tak sama wangi nyer)
Sedikit gula or air gula
4 sudu besar tepung beras (sukatan sudu rata)

Cara membuat (1) - without kukus (steam)

1. Gaul tepung beras, air, gula dan air pandan hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan di atas api sehingga pekat. This will be your bahan A.

2. Kuar santan dan 4 sudu tepung beras hingga sebati. Masukkan garam. Jangan malu nak taburkan garam, because the more the garam, semakin lemak lah rasa santan itu. Err..but not too much macam buat ikan masin la pulak. Masak atas api sederhana sehingga pekat. This will be your bahan B.

3. Sedia kan acuan. Lagi comel lagi elok so that bebudak suka makan. Orang tua pun suka tengok. For first timers, acuan ni memainkan peranan penting, kena cari yang cute cute, so that bila tak berapa jadi, at least, orang kata...cantiknye you buat..heheheh..

4. Masukkan air gula sedikit dalam tiap tiap acuan. Selepas itu, tuangkan atau sudukan Bahan A dalam tiap tiap acuan, ratakan - diikuti bahan B di atas nya. Sejukkan.

Cara Membuat (2) - Kukus - (My personal preference sebab kuihnya jadi lembut dan lemak)

1. Bahan A hendaklah di biarkan tanpa di masak di atas api.

2. Taburkan gula di dalam acuan, or kalau rajin, tuangkan air gula yang telah di masak (you know, those brownish air gula..).

3. Tuangkan Bahan A dalam acuan - dan kukus sehingga pekat atau masak. (err..sebelum nak kukus tu, ensure air kukusan dah mendidih terlebih dahulu.)

4. Tuangkan Bahan B di atas bahan A yang telah masak tadi. Kukus sehingga pekat.

5. Siap untuk di hidang dan dijamu selera.

Personally, I prefer the kukus way because lagi lembut but it takes longer time. The pics above shows Recipe A (without the kukus).

Enjoy!


Ketam Masak Oyster Sauce

We have arrived safely in Abu Dhabi. Fasting here is totally different from Malaysia. One of the obvious is of course the weather. I went out yesterday morning to the temperature of 39C, and that was only at 9.45am. By the time I went back after fetching my children from school slightly after noon time, it was scorching 45C! Anyway, I will blog about my return to Abu Dhabi in my other site.

Yesterday, we had two main dishes for buka puasa - Ketam Masak Oyster and Kari Kepala Ikan. I was contemplating to cook Ketam Masak Kari Kering at first, but decided not to since there's already the Kari Kepala Ikan. At the wet market yesterday, I noticed all the crabs are so small, macam anak2 ketam pulak...must be the weather.

Pic above taken before the gravy were poured onto the crabs. You have a choice to cook it with less or more gravy.

Bahan-Bahan:

1 Kilo Ketam - bersihkan dan tus (buang kulit belakang dan kalau ketam size besar, belah dua)

10 Ulas Bawang Merah (shallots) - di tumbuk

5 Ulas Bawang Putih (garlic) - ditumbuk

Sedikit Halia (ginger) - ditumbuk

I batang serai dititik (lemon grass)

10 tangkai cili kering - di rendam dan di tumbuk (kalau nak lagi pedas, tambahkan cili kering)

3 - 4 tangkai cili kering, di hiris atau gunting 1 inchi

Sedikit gajus (this time saya tak letak gajus, sebab lupa nak beli..heh heh)

Sos Tiram

Garam secukup rasa.

Minyak untuk menggoreng.

Cara Membuat:

1. Panas kan minyak. Setelah panas, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

2. Masuk kan oyster sauce (saya suka letak lebih oyster sauce, supaya ada lebih kuah). Kuar rata. Kalau ada gajus, boleh di masukkan sekali. Kuar lagi.

3. Masukkan ketam, kuar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit air. Masukkan juga cili kering yang di hiris tadi beserta hirisan daun bawang dan sedikit garam. Tutup tudung periuk atau kuali. Biar beberapa minutes sehingga ketam masak (bertukar warna kemerahan). Perlahan kan api.

4. Setelah masak, hidang dan tabur lagi hirisan daun bawang sebagai hiasan atau penyeri.

Tuesday, September 2, 2008

Lala Tumis Pedas

This is our main dish for berbuka puasa today. Cant remember where the original recipe is from but the one below has been modified so that it is easier to prepare. I first cooked this Lala Tumis Pedas about 3 years ago and ever since, has been a hit among the family. So enjoy!




Bahan2 :

1/2 kilo lala (depends on you how much you want to cook actually)

I batang serai - di ketuk / titik (sorry, lupa nak letak dalam gambar below)

1/2 sudu besar taucu (sesetengah taucu tersangatlah masin, therefore you may need to adjust)

Sedikit sos tiram

Sedikit tepung jagung - di campur satu sudu air

Sedikit gula

Cili Merah - di hiris

Daun sup - di hiris 1 inchi panjang



Bahan ditumbuk :

4 ulas bawang merah - ditumbuk (kalau tak nak, tak ape - most of the time I cook Lala without it)

4 ulas bawang putih - ditumbuk

Halia - dikupas dan ditumbuk

5 - 6 biji cili merah - ditumbuk (hari ini saya guna cili boh)



Serai (lemon grass) and halia (ginger) were left out from the above pic.



Cara Membuat :


1. Bersihkan lala dan tuskan.

2. Panas minyak dan tumis bahan tumbuk & serai yang di titik tadi sehingga wangi.

3. Masukkan sos tiram, taucu, lala dan kacau sehingga rata. Tutup kuali / periuk for 2 minutes or sehingga kulit lala terbuka. Perlahankan api.

4. Masukkan sedikit air (kalau nak sedap lagi boleh letak air rebusan ikan). Tuang air bancuhan tepung jagung, daun bawang dan tabur gula secukup rasa. Let it simmer.

5. Setelah pekat, angkat dan hias dengan cili dan sedikit hirisan dan bawang.

6. Kekadang saya masukkan sedikit sos cili untuk perisa manis dan untuk membuatkan lala lebih menarik dan 'berkilat'.

Selamat mencuba!

Monday, September 1, 2008

Waterlily's Mee Rebus

Mee Rebus paling simple. If I can do it, so can you.

Bahan Bahan.
1/2 kg - 1 kg mee kuning - di selur.

2 - 3 biji keledek (depends on size)

4 ulas Bawang merah - di tumbuk

3 ulas bawang putih - di tumbuk

I tangkai serai - di ketuk

Rempah tumis
Udang Kering (di tumbuk atau blend)
Kari daging (I used kari daging Baba's)
Santan


Bahan Tabur (garnishing)


Udang - di rebus dan buang kulit

Daun Sup & Daun Bawang - di hiris halus

Cili merah - di hiris nipis

Limau Kasturi - di belah dua

Taugeh - di selur

Telur ayam - di rebus dan di belah dua

Tahu - di goreng dan dihiris nipis.
Daging - di rebus
Bawang goreng.







Cara membuat kuah (gravy):

1. Keledek dibuang kulit dan di rebus - setelah empuk, blend kan.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai, rempah ratus sehingga naik bau.

3. Masukkan udang kering yang sudah di blend, biar sebentar sehingga masak. Masukkan serbuk kari yang dicampur sedikit air, tumis sehingga keluar minyak.

4. Masukkan keledek yang telah di blend dan tumis lagi. Setelah agak pekat masukkan air rebusan daging. Biar sehingga mendidih.

5. Masukkan santan, biar mendidih lagi tapi jangan pecah minyak. Tabur garam secukup rasa.

6. Note : Banyak nya air rebusan daging terpulang kepada selera masing masing, samada hendak kuah yang cair atau tidak. But for us family, we prefer it thick.

Cheers! Selamat mencuba.