Friday, December 26, 2008
Daging Kicap
Posted by Waterlily at 9:23 PM 0 comments
Labels: Daging
Rendang Ayam Pedas
Cili padi tu saje je nak buat gempak..tapi kalau nak makan dengan cili padi macam tu je pon tak apa, janji tahan pedas..
Updated 1/1/2009.
Sorry la lambat update. Better late than never. Kalau nak tau, rendang ayam ni memang la pedas, sampai nak terkencing Wlily dibuatnya. Tapi anak bujang Wlily yang sulung tu cukup suka sebab dia ni boleh tahan bila masuk bab lauk pedas ni.
Bahan - bahan :
1 ekor ayam, dibersihkan dan di potong ikut suka
2 cawan santan (di ambil dari 1 1/2 biji kelapa di campur 500ml air suam)
55 gram kerisik (lebih kurang 1/2 cawan)
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit dihiris halus
Bahan dikisar halus :
8 ulas bawang merah, dikupas
3 ulas bawang putih, dikupas
3 batang serai, dihiris halus
1 cm halia, dikupas
1 cm lengkuas, dikupas
1 cm kunyit hidup, dikupas
5 tangkai cili padi
3 biji buah keras
2 sudu besar pes chilli
Cara Membuat :
1. Campur rata rata ayam dengan bahan kisar dan santan dan renihkan selama 30 minit sehingga hampir kering.
2. Kecilkan api dan tambah kerisik. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan daun kunyit dan kacau cepat cepat sebelum mematikan api.
Posted by Waterlily at 9:15 PM 0 comments
Labels: Ayam
Tuesday, December 23, 2008
Pau Gebu
Sebelum turun, dear hubby sempat ngap dua bijik, hantar sikit kat jiran sebelah, pembantu rumah ngap entah 2 atau 3 bijik. For this recipe you will get around 18 pcs.
Bahan - bahan :
Untuk doh :
300 gram tepung pau (Wlily guna Blue Keys)
130 ml air
11 gram yeast
30 gram shortening
2 sudu teh baking powder
60 gram gula caster
Kertas minyak sebagai alas pau.
Untuk Inti (you all boleh tukar inti lain kalau suka .)
2 biji kentang - dihiris dadu
1 labu bawang besar - dihiris dadu
2 ulas bawang putih - diracik halus
4 sudu besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas)
Isi ayam - di hiris dadu (terpulang banyak mana suka)
Daun bawang dihiris bulat nipis
Garam secukup rasa.
Cara Membuat Doh :
1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.
2. Masukkan gula, yeast, shortening dan tepung/baking powder and gaul sebati. Masukkan air sedikit sedikit dan gaul lagi sehingga dapat di uli menjadi doh. Semasa menguli, lihat keadaan doh, samada perlukan lebih air atau tidak. Lagi lembut doh, lagi lembut pau tu nanti. Ketepikan.
3. Tutup bekas doh dengan kain lembab (Wlily suka guna kitchen towel yang dilembabkan dengan air suam) dan biar sehingga 30 minit.
4. Bentukkan doh menjadi bulat kecil yang beratnya lebih kurang 30gram satu. Sudukan inti dan kepit kan atau di uli bulat (ikut suka sendiri). Letakkan di atas kertas minyak. Ketepikan dan biar lagi selama 30 minit.
5. Kukus selama 10 minit.
Cara Membuat Inti:
1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih dan tumis lagi sehingga agak garing.
2. Masukkan serbuk kari yang telah di buat pes, tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan kacau sehingga agak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga isi ayam - kacau sebentar sehingga ayam masak dan akhir sekali tabur daun bawang.
4. Angkat dan biar sejuk atau suam sebelum di sudu kedalam doh pau tadi.
Posted by Waterlily at 12:42 PM 4 comments
Labels: Dessert, Traditional Delicacies
Keropok Lekor Instant Perantau
Kalau ikut original recipe dari Zue, doh tu kena hiris then canai nipis. Wlily buat dua style, canai nipis and lagi satu hiris macam yang dalam gambar atas ni. Yang canai nipis tu tak sempat ambik gambar you, bila toleh, dah habis! Ciss..anak2 ni tak bagi chance langsung kat mommy dia eh. Dear hubby tak berapa suka, tak tau kenapa, tapi ada hikmah di sebalik nyer le..orang lain dapat makan lebih..da di da di da..
Posted by Waterlily at 12:06 PM 4 comments
Labels: Dessert, Traditional Delicacies
Sunday, December 21, 2008
Fairy Cupcakes
To make buttercream :
Posted by Waterlily at 9:38 PM 6 comments
Saturday, December 20, 2008
Potato Salad
Bahan - bahan :
3 biji kentang (Wlily guna Saudi potato, so size nyer besar...)
6 - 7 sudu besar mayonaise
100 gram spread cheese (Wlily guna Philadelphia cheese)
1 labu bawang besar - dihiris dadu kecil
1 sudu besar butter
Lada putih secukup rasa
Garam secukup rasa
Daun bawang dihiris nipis
Cara Membuat :
1. Rebus kentang manis bersama kulit sehingga agak lembut. Biar kan sejuk dahulu dan hiris dadu besar.
2. Di dalam bekas lain, masukkan cream cheese, mayonaise, butter dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bawang besar, garam, lada putih dan kacau lagi sehingga mesra. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul lagi.
4. Tuang adunan mayonaise ke atas kentang rebus tadi dan gaulkan sehingga mesra. Masukkan ke dalam peti ais untuk menyejukkan adunan. Semasa menghidang bolehlah di tabur kan sedikit daun bawang ke atas adunan tadi sebagai hiasan.
Posted by Waterlily at 1:12 PM 0 comments
Choco Layered Cheesecake
Look at the cheesecake..almost sinful..I know..heh heh...
Ingredients :
500 gram cream cheese (I used Philadelphia cream cheese) - softened at room temperature
150 gram condensed milk (or you can add more if you prefer it sweeter)
175 gram butter (softened at room temperature)
Chocolate biscuits , or you can use digestive biscuits as well. Last night I used chocolate oreo biscuits sans the cream. I used about 30 - 40 pcs.
1 can Nestle Cream (I've thrown away the can after use..I'll confirm the weight later ok. Or you can refer to the pic of Puck Cream I've taken before this under Vanilla Cream recipe. Its the same type, but of different brand)
Directions :
1. Mix cream cheese, butter and condensed milk and beat well until smooth.
2. Add nestle cream - beat again.
3. Prepare tray or pyrex or any oven proofed container, line with aluminium foil. (I do this so that it is easier for me to take it out after cutting, but you can leave this step out if you wish)
4. First layer - put in the biscuits - its better if the biscuits are rectangular or square in shape so that it will totally cover the base. Pour the batter on top (about 1/2 - 1 cup) - repeat with laying the biscuits and pour the batter again on top. Repeat for few more layers or until you finished the batter.
5. Chill overnight.
Posted by Waterlily at 12:19 PM 3 comments
Labels: Cakes
Wednesday, December 17, 2008
Pizzacup
And this - is for the mommy and the Papa - even the maid lah. Gave some to the neighbours too..
Bahan-bahan :
For the Crust - resepi asal untuk crust from Sweetlily's
200 gram tepung gandum
Garam secukup rasa
12 gram butter
105 ml air
Sedikit sos tomato
Filling / Inti :
600 gram minced beef / daging cincang
1 labu bawang besar - di hiris dadu
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas)
Sedikit Mixed Vege
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu makan butter
1 biji kentang - di kupas kulit dan dihiris dadu kecil
1 sudu teh Sos Tabasco (atau secukupnya, ikut kesukaan masing2)
Garam secukup rasa
Bahan tabur :
1/2 labu bawang besar - dihirs dadu atau boleh juga dihiris bulat
3 batang sosej - dihiris menyerong
1 biji tomato - dihiris nipis
Sedikit Nenas dalam tin - di hiris dadu
Mozarella cheese
Cara Membuat :
1. Masukkan tepung gandum, air dan garam ke dalam bekas - gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh. Masukkan butter dan uli sehingga menjadi doh yang licin.
2. Canaikan sehingga leper and tekan ke dalam acuan. Kemaskan bahagian tepi acuan. Tekan dengan garfu. Sapukan base ini dengan sos tomato. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar and bawang putih sehingga layu, masukkan serbuk kari daging (jangan masukkan air ke dalam serbuk kari) - tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan juga serbuk ketumbar dan kacau lagi.
4. Masukkan daging cincang dan tumis lagi sehingga daging agak masak. Masukkan kentang, mixed vege, tabasco sos dan kacau sehingga kentang menjadi lembut. Biar sehingga agak kering. Masukkan butter. Kacau lagi. Tabur garam secukup rasa, kacau sebentar. Angkat dan ketepikan.
5. Tuangkan inti ke dalam acuan base tadi dan ratakan. Hias dengan bahan tabur tadi. Di atas sekali taburkan mozarella cheese.
6. Bakar dengan suhu 200C selama 20 minit atau sehingga base betul betul masak..
Posted by Waterlily at 12:41 PM 5 comments
Saturday, December 13, 2008
Chocolate Cake paling simple dan lazat..
Waduh..time sejuk cegini - perut ni asyik nak kena isi aje, apa tak kembang badan ni eh! Kat Malaysia musim hujan kan? Haa..sure ramai yang asyik nak ke dapur je nak ngap ngap ngap..hee hee..
Terpulang pada citarasa masing masing la camana nak hias coklat kek ni..nak tabur chocolate rice atas ganache tu pun boleh, letak gegula warna warni tu pun boleh..jangan letak bijik saga dah le..
Bahan - bahan :
Updated 14 Dec 08 - in metrics
1 1/4 gelas tepung naik sendiri (or 150 gram)
1 gelas gula (or 210 gram)
1 gelas serbuk koko (Wlily guna Cadbury cocoa powder) - or 100 gram
1 gelas melted butter (kalau tak cukup butter, letak setengah gelas then top up dengan minyak sayur / vegetable oil pun tak pe) - about 2.2 dl or 220 ml
1 tin susu - 410 gram or 384 ml (tin size biasa untuk susu cair tu la..I used susu cair Nestle)
4 biji telur ayam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat (Wlily jarang letak sebab tak berapa berkenan rasanyer)
Untuk ganache / topping:
1 buku cooking chocolate (anggaran 250 gram)
200 gram whipping cream
Cara Membuat :
1. Ayak tepung bersama baking powder and soda bikarbonat. Di dalam bekas lain pukul telur sehingga sebati.
2. Masukkan cocoa powder, susu cair dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati. Masukkan telur, kacau lagi sehingga sebati. Masukkan pula melted butter - pukul lagi.
3. Tuangkan tepung sedikit sedikit sambil di pukul hingga sebati. (note : do not overbeat).
4. Tuang dalam bekas acuan dan kukus (steam) sehingga masak.
5. Cairkan chocolate cake dengan menggunakan kaedah double boiler - setelah cair, masukkan whipping cream - kacau sehingga sebati. Tuangkan ganache ini ke atas kek yang telah masak dan disejukkan terlebih dahulu. Boleh lah di hias mengikut citarasa masing masing.
Ini la dia gelas (cawan?) IKEA yang Wlily gunakan untuk sukatan Chocolate Cake ni..
Posted by Waterlily at 7:50 PM 20 comments
Labels: Cakes
Friday, December 12, 2008
Braided Doughnuts
Posted by Waterlily at 8:59 PM 11 comments
Labels: Bread
Wednesday, December 10, 2008
Beef Potato Pie
Posted by Waterlily at 9:08 PM 2 comments
Labels: Dessert
Thursday, December 4, 2008
Vanilla Cream
Pagi tadi Wlily buat bread puding lagi. This time, Wlily kurang kan gula supaya kurang manis. Ye lah, kat rumah sekarang ni ramai tetamu, ada yang kuat manis, ada yang tak suka manis - so Wlily ambik jalan tengah. Bread Puding yang kurang manis, dimakan bersama vanilla cream yang manis dan lemak. Mmm..terangkat you...
Wlily snap gambar ni sebab nak tunjuk camana rupe reduced cream yang Wlily guna tu..kat tanah Pak Abu ni, yang ada Puck Cream jer, Nestle Cream tu susah nak dapat. Tin nyer kecik jer, kalau kat Msia, you can go either to Carrefour or Giant (kat Giant selalu ada) and head straight to baking section. Or , tanya salesmen or salesgirl kat sana ..
Bahan -bahan :
Posted by Waterlily at 5:33 PM 2 comments
Labels: Dessert
Monday, December 1, 2008
Portuguese Egg Tart (1)
The whole cara cara memasak was recorded you...nampak lah I gigil kut...lepaih ni depa tunjuk kat my MIL ;-0! Selalunya Wlily masak or bake cakes apa segala masa they all tak de kat rumah. Bila balik tau siap je.
Resipi nyer tak payah lah Wlily tulis lagi ek..sebab dah buat dulu. Just refer to the label under 'tart' kat side bar tu ok!
Posted by Waterlily at 12:22 PM 2 comments
Bread Puding
Pagi tadi sempat jugak Wlily buat Puding Roti untuk sarapan pagi. Daripada roti tak habis dimakan, baik digunakan sepenuh nya. Lain dapur lain caranya ;-) Yang putih putih kat atas tu Wlily tabur gula aising. Saje nak bagi cantik, selalu Wlily tak letak pun... Bahan - bahan : 8 keping roti gardenia (brand lain pun tak per..) 4 biji telur ayam 30 gram butter - cair kan. 150 gram gula 475 ml susu cair 1 sudu teh esen vanilla Sedikit kismis Cara Membuatnya : 1. Potong bahagian tepi roti dan carik carik kan - campak dalam acuan. Tabur sedikit kismis di celah celah roti tadi. 2. Tuang butter yang telah cair ke atas roti tadi. 3. Di tempat lain - pukul telur, masukkan susu, gula dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati. 4. Tuangkan adunan telur ke dalam acuan tadi. Tabur kan lebihan kismis ke atas roti. Biarkan adunan telur agak serap ke dalam roti - masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga keperangan. 5. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama vanilla cream.
Posted by Waterlily at 12:36 AM 0 comments
Garlic Bread
Bertambah sedap kalau ada daun parsley. Tapi Wlily tak letak sebab tak de stock kat rumah..
Bahan2 :-
Posted by Waterlily at 12:26 AM 0 comments
Labels: Bread
Wednesday, November 26, 2008
Waterlily's Fruit Cake
Deco yang sempoi kat atas kek tu saje je Wlily buat, sebab anak dara tengah menangis time tu, so bila dia tengok kek ala-ala birthday cake ni..senyap la dia...senyum balik si Sasha tu :-)
Malam ni ada buat BBQ, so fruit cake ni Wlily buat sebagai salah satu dessert lah. Tetamu belum balik lagi dari meronda-ronda kat Abu Dhabi and Al Ain, kek dah kena makan...ahakkss!!
I will update the recipe nanti ok! Cheers..
Posted by Waterlily at 6:31 PM 0 comments
Labels: Cakes
Monday, November 24, 2008
Spaghetti Bolognaise
Gambar kedua, spaghetti yang telah di tabur parmesan cheese.
Bahan - Bahan untuk kuah:
500 gram - 700 gram daging cincang (minced beef).
1 labu bawang besar - di hiris dadu
2 ulas bawang putih - di cincang halus
1 biji capsicum hijau atau merah - di hiris dadu
10 - 15 biji cendawan butang - di belah 2 atau 4
1 biji tomato - dihiris dadu
2 helai bay leaf
1 sudu teh oregano
3 sudu besar tomato puree
1/2 botol sos spaghetti (wlily selalu guna preggo - traditional) kalau guna 1 botol pun boleh jika suka
Garam dan gula secukup rasa.
Cara Membuat :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging cincang - kacau sehingga daging cincang masak.
2. Masukkan tomato, capsicum (cili benggala) dan cendawan butang. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan tomato puree, bay leaf dan oregano. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan sos preggo, kacau lagi sehingga mendidih. Tabur garam dan gula secukup rasa.
4. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus sehingga lembut terlebih dahulu.
Nota : Spaghetti hendaklah direbus dengan air yang telah di campur setitik dua minyak olive dan sedikit garam.
Posted by Waterlily at 9:13 AM 6 comments
Labels: Mee and Pasta
Sunday, November 23, 2008
Cream Horns
Bahan - Bahan :
375 gram block puff pastry (yang instant tu lah..)
1 biji telur ayam - ambil putihnya
1 sudu teh gula castor
Strawberry jam
Custard Cream untuk intinya :
1/2 cawan tepung susu penuh krim (waterlily bedal susu anak wlily punya..lemak you...)
1/4 cawan gula castor
1/4 cawan tepung kastad
1 1/4 cawan air
1/3 cawan cream (Kat Msia, wlily selalu guna Nestle cream, kat abu dhabi ni guna Puck Cream)
Cara Membuat :
1. Panaskan oven 240C. Sediakan tray yang di tabur tepung. Sapukan acuan cream horn dengan mentega cair atau minyak masak.
2. Puff pastry yang telah di giling nipis segi empat memanjang dan di kerat selebar 2.5cm (lebih kurang lah..agak agak je ok).
3. Gulung dari bahagian muncung acuan, berlapis serong sehingga ke hujung muka acuan.
4. Sapukan dengan putih telur, dan tabur dengan castor sugar. Susun dalam tray yang disediakan dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Kurang kan kepanasan oven ke 190C - dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga keperangan dan kulit pasty menjadi kembang. Sejukkan selama 5 minit dan keluarkan dari acuan cream horn.
5. Masukkan sedikit strawberry (anggaran setengah sudu teh) jam ke dalam kelonsong yang telah siap dan di sapu di bahagian tepinya. Guna piping bag untuk mengisikan custard cream pula sehingga agak penuh.
6. Siap untuk dihidang :-)
Untuk membuat inti Custard Cream.
1. Masukkan tepung susu, gula dan tepung kastad ke dalam fying pan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau di atas api sedernana sehingga pekat. Ketepikan dan sejukkan.
2. Setelah adunan sejuk, masukkan nestle cream dan putar sehingga putih dan pekat. Sejukkan dalam peti ais.
Posted by Waterlily at 10:56 AM 0 comments
Labels: Dessert
Sunday, November 16, 2008
Baked Pasta
Wlily terpaksa cut the pasta right after keluar oven, sebab anak dah nak makan!
Resipi asal : myresipi tapi Wlily dah modified sket..
Bahan - Bahan :
500gram pasta (Wlily guna 250 gram saja - terpulang pada anda nak guna shell, penne etc)
300 gram daging cincang
1 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 1/2 tin kecil tomato puree
5 biji Mushroom button - di hiris nipis (boleh tambah kalau suka)
1 capsicum green - dipotong dadu
1 dried bay leaf
1 sudu teh oregano
1 buku kiub stok daging
1/4 batang carrot - di potong dadu (wlily letak sikit saja sebab anak2 tak suka, but its really up to you nak letak banyak mana)
Parutan keju - mozarella or cheddar or parmesan (wlily selalu guna mozarella campur cheddar. But this time, guna mozarella saja).
3 sudu besar olive oil
Garam secukup rasa
Bahan untuk Kuah Putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak kecil susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam (kadang kadang wlily letak lada putih je..)
Cara membuat :
1. Panaskan air sehingga mendidih - masukkan pasta, sedikit minyak dan secubit garam. Biar sehingga pasta kembang. Setelah kembang, angkat dan toskan.
2. Panaskan 3 sudu olive oil - masukkan bawang besar dan bawang putih, kacau sehingga layu (jangan tunggu garing).
3. Masukkan daging cincang - dan kacau sehingga daging masak. Masukkan carrot dan kacau sehingga carrot lembut. Masukkan tomato puree dan kacau lagi.
4. Masukkan kiub stok daging (yang telah di hancurkan terlebih dahulu), kacau lagi. Akhir sekali masukkan hirisan mushroom, bay leaf, oregano dan garam secukup rasa. Setelah bahan agak pekat, angkat dan ketepikan.
5. Untuk menyediakan sos putih - panaskan butter sehingga cair, masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat agar tidak berbintil. Masukkan susu dan kacau lagi. Setelah mesra, masukkan lada hitam dan secubit garam). Apabila agak pekat , angkat dan ketepikan.
6. Untuk melapis : Sediakan bekas - taburkan lapisan pasta yang telah kembang tadi, di ikuti dengan lapisan adunan daging cincang. Akhir sekali di ikuti lapisan sos putih. Ulang sehingga 2 lapis. Taburkan cheese pada lapisan atas sekali.
7. Bakar dalam oven 190C selama 30 minit ATAU sehingga parutan cheese kekuningan.
Selamat mencuba!
Posted by Waterlily at 9:28 PM 6 comments
Labels: Mee and Pasta
Wednesday, November 12, 2008
Kerutup Ayam
Bahan-bahan :
1 ekor ayam , di bersihkan dan di potong dua belas (Wlily potong sesuka hati)
Minyak Masak untuk deep fry
2 sudu besar pes chilli kering
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis (serbuk kasar)
1 sudu besar jintan putih (serbuk halus)
1.5 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 cawan santan (diperah dari 1 biji kelapa)
2 sudu besar gula melaka parut atau gula perang (Wlily guna gula perang)
1 cawan kerisik (or 110 gm)
3 keping asam gelugur
gram
gula
Bahan Perap (ditumbuk lumat-lumat)
15 ulas bawang merah, dikupas
3 ulas bawang putih, dikupas
2.5 cm halia, dikupas
2 cm lengkuas, dikupas
1 batang serai - dihiris halus halus
Cara Membuat :
1. Gaul ayam dengan bahan pemerap dan biar di dalam peti sejuk selama 2 jam (Wlily letak 45 minit je).
2. Panaskan minyak masak dan goreng terendam ayam sehingga kuning keemasan. Tuskan.
3. Tinggalkan 1/4 cawan minyak masak di dalam kuali dan simpan selebihnya. Tumis chilli paste serta ketumbar, jintan manis , jintan putih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi.
4. Tambah santan, kacau dan masukkan ayam goreng. Renihkan selama 20 minit. Campur gula melaka atau gula perang, kerisik dan asam gelugor dan renihkan selama 5 minit lagi. Perasakan dengan garam dan gula.
Posted by Waterlily at 2:17 PM 2 comments
Labels: Ayam
Brussel Sprouts with Oyster Sauce
Posted by Waterlily at 1:18 PM 0 comments
Labels: Sayur
Tuesday, November 11, 2008
Kuih Kaswi
Resipi ni saya ambik dari dapur Sweetlily, but original recipe is from Bro Rozzan. Saja Wlily letak dalam bekas comel nak bagi anak-anak suka.
Esok saja Wlily update resipi ye.... :)
Updated @ 12 Nov 2008
Bahan A :
450 ml air
350 gm gula melaka
240 gm gula pasir
daun pandan
Bahan B:
190 gm tepung gandum
120gm tepung kanji
60 gm tepung beras
900 ml air
1 sudu makan air kapur
2 sudu makan air abucang
2 sudu makan pewarna coklat (Wlily tak letak)
Cara Membuat :
1. Satukan Bahan A dan Bahan B - kemudian tapiskan.
2. Kukus sehingga masak. Jika anda menggunakan acuan kecil - masa mengukus adalah selama 10 - 15 minit. Jika menggunakan loyang besar, masa mengukus adalah selama 30 - 40 minit.
3. Hidangkan dengan kelapa parut (putih) yang dikukus dan dicampur sedikit garam.
Posted by Waterlily at 6:59 PM 0 comments
Labels: Traditional Delicacies
Monday, November 10, 2008
Daging Dendeng
Bila dah kenyang, 'enjin' agak slow sket..esok la update resipi ye...heh heh
Updated @ 11 Nov 2008
Bahan - bahan:
1/2 Kilo Daging - di bersih dan di hiris 4" x 4" - di rebus sehingga empuk
1 - 2 cawan air rebusan daging
10 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1/2 inci lengkuas - ditumbuk
2 sudu chilli paste (kalau nak rasa pedas, letak lebih sikit)
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan gula merah
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan kicap pekat manis (Wlily guna kicap manis Habhal)
Air asam jawa
Garam
8 - 10 biji bawang merah - dihiris nipis dan digoreng (untuk bawang goreng)
Cara Membuat :
1. Daging yang telah empuk - dihiris sederhana nipis, ditumbuk sedikit dan di goreng sebentar , jangan terlalu garing. Angkat dan asingkan.
2. Tumis semua bahan tumbuk bersama chilli paste dan serbuk kari sehingga pecah minyak. Perlahankan api.
3. Tuang air rebusan daging dan masukkan gula merah, gula pasir - kacau sehingga sebati.
4. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan serbuk ketumbar serta garam secukup rasa - kacau lagi. Setelah kuah agak pekat, masukkan daging dan gaul sehingga kuah dan daging mesra.
5. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan balik balikan daging sehingga rata.
6. Angkat dan hidangkan.
Posted by Waterlily at 8:57 PM 4 comments
Labels: Daging
Sunday, November 9, 2008
Ayam Berandah
Ayam Berandah ni lebih kurang macam masakan kicap biasa, cuma rasanya lain sedikit. Kentang goreng nipis dan rangup menambah kan rasa enak. Ini lah menu untuk anak-anak Wlily yang akan balik sekolah nanti :) Favourite si Syafiq yang eldest tu.. Sebenarnya, lebih enak jika kuah pekat dan sedikit sahaja, tapi disebabkan anak Wlily tu suka makan berkuah...Wlily tambah air lebih sedikit... Bahan-bahan : 1/2 ekor ayam - di bersihkan dan dipotong sesuka hati 1 sudu besar serbuk ketumbar 8 biji bawang merah - ditumbuk 2 biji bawang putih - ditumbuk Rempah ratus (cengkih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang - dan kaum kerabat yang lain lah) 1 tangkai serai - dititik 1/2 inci hali - ditumbuk 1/2 inci lengkuas - ditumbuk 1 sudu besar rata sos lingam 2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu teh lada putih 1 sudu besar kerisik Garam, gula secukup rasa 1 labu bawang besar di belah empat 1/2 cawan air (atau ikut kesukaan masing masing samada mahu kuah pekat atau tidak) 1 biji kentang - di bersih dan dihiris nipis dan digoreng (jgn buang kulit) Cara Membuat : 1. Marinate ayam dengan bahan tumbuk, lada putih, serbuk ketumbar, kicap cair, kicap pekat dan sos lingam - biar sekejap (anggaran 10 minit sahaja) 2. Tumis ayam yang telah di perap bersama serai dan rempah ratus. Gaul sehingga sebati dan masukkan air, biar sebentar. Masukkan kerisik dan gaul lagi - biar sehingga mendidih. 3. Tabur garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris empat. 4. Angkat dan hidangkan bersama kepingan kentang yang telah digoreng. p/s kadang kadang Wlily masukkan juga buah gajus yang telah digoreng terlebih dahulu untuk menambahkan rasa lemak kacang pulak....
Posted by Waterlily at 1:39 PM 5 comments
Labels: Ayam
Saturday, November 8, 2008
Asam Pedas Ekor Lembu
Sedap dimakan bersama nasi panas, ulam ulaman...uissh!!..
Update@ 9 Nov 2008
Bahan - bahan :
1/2 kilo ekor lembu - di bersih dan di rebus sehingga empuk terlebih dahulu
1 labu bawang merah besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk (Wlily guna serbuk kunyit je..1/2 sudu teh)
3 tangkai serai - ditumbuk
5 tangkai cili kering - ditumbuk (sukatan ikut lidah masing masing - nak pedas tambah lagi...)
Sedikit belacan - di bakar atas api sebentar dan ditumbuk
2 - 3 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan - di belah 2 (kali ni Wlily tak letak pun)
1 sudu besar asam jawa - di campur 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Pelakon ekstra - terpulang kepada minat masing masing - tapi Wlily selalu letak tomato je. Kalau letak terung or kacang bende...lari la rasa ekor lembu tu ek...moooo...mooo..
Cara Membuat :
1. Tumis semua bahan tumbuk sehingga wangi. Kalau guna serbuk kunyit - masukkan juga.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar , biar mendidih.
3. Masukkan daging yang telah empuk, gaul hingga sebati dan mendidih (keep on stirring). Tuangkan juga air rebusan daging tadi (anggaran dalam 2 - 3 cawan sahaja). Biar sehingga betul betul mendidih dan rasa tumisan serap ke daging.
4. Tabur garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali tabur daun limau purut. Angkat dan hidangkan.
p/s Jangan biarkan daun limau purut dimasak terlalu lama...nanti pahit kuah nya beb!
Posted by Waterlily at 12:33 PM 1 comments
Labels: Daging
Thursday, November 6, 2008
Ayam Masak Kurma
Resipi Wlily ni lain sikit lah agak nya dari yang lain sebab Wlily letak susu manis sket. WHAT??! some of you may terkezut la..tapi betul, ada letak susu manis. Rasa pun sedap...ada rasa lemak susu sket...heh heh...bab lemak ni jangan main sangat tau..nanti naik satu badan!
Bila dah lama tak rasa ayam masak kurma ni, bila makan semuanya licin!
Bahan2 :
1 ekor ayam - di bersih dan di potong sesuka hati
3 sudu besar serbuk kurma (Wlily guna Adabi)
1 mangkuk santan
10 biji bawang merah - ditumbuk
3 biji bawang putih - ditumbuk
2 biji buah keras - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1 tangkai serai - dititik
Rempah ratus
1 - 2 biji kentang - di belah 4
1 sudu teh susu manis (boleh lebihkan jika hendak lebih rasa lemak susu)
1 sudu besar (rata) kerisik
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak sapi
Bahan hiasan:
1 tangkai cili merah - di belah tengah
1 tangkai cili hijau - di belah tengah
Bawang besar - di belah empat
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak sapi - tumis bawang, serai, bahan tumbuk dan rempah ratus sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kurma yang telah dicampur sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, gaul sebentar. Tuangkan santan dan masukkan juga kentang. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan kerisik. Biar mendidih lagi sehingga agak pekat dan kentang menjadi empuk.
4. Masukkan susu pekat, tabur garam secukup rasa. Masukkan bahan hiasan dan gaul sebentar.
5. Angkat dan hidangkan.
Posted by Waterlily at 3:10 PM 2 comments
Labels: Ayam
Wednesday, November 5, 2008
Banana Chocolate Rice Cake
Anak dara Wlily si Sasha tu, sekali terkam haa..dua bijik sekali..! Abang2 dia belum balik sekolah lagi nih..
Bahan-bahan :
225 gram pisang dilenyek (lebih kurang dua biji )
135 gram gula
190 gram tepung gandum (Wlily guna self raise flour)
60 ml susu segar
1 sudu teh baking powder (Wlily letak baking soda)
115 gram unsalted butter - di lembut
1 sudu teh essen vanilla
125 gram Chocolate chips (Wlily guna chocolate rice)
1 biji telur
Secubit garam
Cara Membuat :
1. Panaskan oven pada suhu 175C (350F). Tabur tepung pada acuan 8x8 (sebab adunan ni sedikit saja)
2. Gaulkan gula, tepung, baking soda bersama secubit garam.
3. Di tempat lain, lenyekkan pisang, masukkan telur, essen vanilla, butter dan susu segar. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan pisang ke dalam adunan tepung tadi dan gaul rata (do not over mix / beat).
5. Setelah sebati, masukkan ke dalam acuan atau tuang dalam paper cup jika suka.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga masak.
Selamat mencuba!!
Posted by Waterlily at 3:31 PM 2 comments
Labels: Cakes
Sunday, November 2, 2008
Pundi-Pundi Wang Thai
I have to make these again tomorrow, sebab yang tadi tak cukup..semua nak lagi!!
Bahan2 :
1/4 cawan minyak masak + minyak masak untuk menggoreng terendam
4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus halus
200 gram isi ayam, di dadu kecil2
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh lada putih serbuk
1/2 sudu teh minyak bijan
6 kuntum cendawan cina, direndam dengan air panas dan dihiris nipis-nipis
6 biji sengkuang cina, dikupas dan didadu kecil kecil (Wlily tak letak sebab tak ada stok ..)
200 gram udang yang kecil, di buang kulit dan urat
55 gram suun, direndam dan tuskan
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
1 sudu teh tepung jagung di bancuh dengan 1 sudu besar air
20 keping kulit popia 10cm x 10 cm (Wlily guna yang saiz besar tu, and letak isi banyak sket..senang nak buat bunga kat atas tu pun..)
10-12 tangkai daun bawang kering (Wlilu guna daun kucai, senang sikit nak ikat..)
Cara Membuat:
1. Untuk membuat intinya, panaskan 1/4 cawan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih, ayam dan sos tiram, kicap cair, lada putih dan minyak bijan. Kacau sehingga ayam empuk. Masukkan cendawan dan sengkuang cina serta udang dan masak selama 1 minit sahaja.
2. Campur suun dan daun bawang. Kacau rata rata. Tambah bancuhan tepung jagung dan masak sehingga pekat. Sejukkan.
3. Ambil 2 keping kulit popia dan bubuh 4 sudu teh inti di atasnya. Bawa hujung kulit popia ke tengah dan ikat dengan daun bawang kering.
Wlily guna kulit popia besar, dapat la 10 keping...padan pun tak cukup :)
Posted by Waterlily at 7:22 PM 11 comments
Labels: Dessert