CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 9, 2008

Ayam Berandah

Ayam Berandah ni lebih kurang macam masakan kicap biasa, cuma rasanya lain sedikit. Kentang goreng nipis dan rangup menambah kan rasa enak. Ini lah menu untuk anak-anak Wlily yang akan balik sekolah nanti :) Favourite si Syafiq yang eldest tu.. Sebenarnya, lebih enak jika kuah pekat dan sedikit sahaja, tapi disebabkan anak Wlily tu suka makan berkuah...Wlily tambah air lebih sedikit...


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - di bersihkan dan dipotong sesuka hati

1 sudu besar serbuk ketumbar

8 biji bawang merah - ditumbuk

2 biji bawang putih - ditumbuk

Rempah ratus (cengkih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang - dan kaum kerabat yang lain lah)

1 tangkai serai - dititik

1/2 inci hali - ditumbuk

1/2 inci lengkuas - ditumbuk

1 sudu besar rata sos lingam

2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu teh lada putih

1 sudu besar kerisik

Garam, gula secukup rasa

1 labu bawang besar di belah empat

1/2 cawan air (atau ikut kesukaan masing masing samada mahu kuah pekat atau tidak)

1 biji kentang - di bersih dan dihiris nipis dan digoreng (jgn buang kulit)

Cara Membuat :

1. Marinate ayam dengan bahan tumbuk, lada putih, serbuk ketumbar, kicap cair, kicap pekat dan sos lingam - biar sekejap (anggaran 10 minit sahaja)

2. Tumis ayam yang telah di perap bersama serai dan rempah ratus. Gaul sehingga sebati dan masukkan air, biar sebentar. Masukkan kerisik dan gaul lagi - biar sehingga mendidih.

3. Tabur garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris empat.

4. Angkat dan hidangkan bersama kepingan kentang yang telah digoreng.

p/s kadang kadang Wlily masukkan juga buah gajus yang telah digoreng terlebih dahulu untuk menambahkan rasa lemak kacang pulak....

5 comments:

Ezza Aziz said...

sedap! tentang sup ekor tu akak tak pernah buat sebab tiada permintaan. Yang suka sangat makan sup ekor ni pak mentua I...bila makan dengan dia ni ,mesti itu yang di order nya. Bila you balik cuti ni, anak akak bertunang Januari ni. Nt akak update kan citer merisik ni tapi no photo laa...lupa nak suruh anak snap.

Waterlily said...

Hi Kak Izzah..

InsyaAllah balik bulan depan sebab nak uruskan renewal permit pembantu rumah.

Ooo...January nanti anak Kak Izzah bertunang ye? Tahniah..Kak izzah pun sure jenuh memikirkan persiapan kan? Tak pe, buat pelan pelan...

Tak sabar tunggu kak izzah upload cerita merisik tu nanti!

Ummi365 said...

drrooling... jeles jeles.. i am deprived of all those spicy and oily food.. grrrr geram geram.. asam pedas ekur lagi.. eee tak tahan.. kenapalah cholesterol ni tinggi sangat.. kalau tidak memang balik office cari itu ekor untuk masak hehehe..

Waterlily said...

Hi Ummi365

Your first time in my kitchen blog i see..thanks for hopping by!

You know what? I havent checked my cholesterol level yet...entah entah lagi tinggi dari ummi tak? tu pasal pening memanjang ?? or high BP ke? or...???

Waterlily said...
This comment has been removed by the author.