CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

Pau Gebu

Good Morning!

Pagi ni Wlily bangun berkobar kobar nak buat pau. Dari malam tadi dah ada rasa pau kat tekak ni haa. Lagi pun, Wlily masih ada tepung pau Blue Keys yang Wlily bawak dari KL hari tu. So apa lagi..pagi pagi lagi dah menguli you.

Seingat Wlily le, resipi doh pau ni asal nya di cungkil dari internet jugak, tapi tak ingat sapa yang empunya, dari negeri mana, Malaysia ke, negeri omputih ke..memang tak ingat. But if it is your recipe, do let me know ok so that I can acknowledge you accordingly.



Sebelum turun, dear hubby sempat ngap dua bijik, hantar sikit kat jiran sebelah, pembantu rumah ngap entah 2 atau 3 bijik. For this recipe you will get around 18 pcs.


Bahan - bahan :

Untuk doh :

300 gram tepung pau (Wlily guna Blue Keys)

130 ml air

11 gram yeast

30 gram shortening

2 sudu teh baking powder

60 gram gula caster

Kertas minyak sebagai alas pau.

Untuk Inti (you all boleh tukar inti lain kalau suka .)

2 biji kentang - dihiris dadu

1 labu bawang besar - dihiris dadu

2 ulas bawang putih - diracik halus

4 sudu besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas)

Isi ayam - di hiris dadu (terpulang banyak mana suka)

Daun bawang dihiris bulat nipis

Garam secukup rasa.

Cara Membuat Doh :

1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.

2. Masukkan gula, yeast, shortening dan tepung/baking powder and gaul sebati. Masukkan air sedikit sedikit dan gaul lagi sehingga dapat di uli menjadi doh. Semasa menguli, lihat keadaan doh, samada perlukan lebih air atau tidak. Lagi lembut doh, lagi lembut pau tu nanti. Ketepikan.

3. Tutup bekas doh dengan kain lembab (Wlily suka guna kitchen towel yang dilembabkan dengan air suam) dan biar sehingga 30 minit.

4. Bentukkan doh menjadi bulat kecil yang beratnya lebih kurang 30gram satu. Sudukan inti dan kepit kan atau di uli bulat (ikut suka sendiri). Letakkan di atas kertas minyak. Ketepikan dan biar lagi selama 30 minit.

5. Kukus selama 10 minit.

Cara Membuat Inti:

1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih dan tumis lagi sehingga agak garing.

2. Masukkan serbuk kari yang telah di buat pes, tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan kentang dan kacau sehingga agak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga isi ayam - kacau sebentar sehingga ayam masak dan akhir sekali tabur daun bawang.

4. Angkat dan biar sejuk atau suam sebelum di sudu kedalam doh pau tadi.

4 comments:

Ezza Aziz said...

hai,macam ada buaya pulak kat abu dhabi ni..main ngap ngap jer..hahaha

Waterlily said...

Hahahha...ya lah, mak buaya, pak buaya, anak buaya pun ada..

p/s I've added you in gmail so you need to confirm first ok.

ms hart said...

Chef Diva, pau Muar famous kat sini. Untuk yg ayam/daging punya, siap ada telur sebiji burung puyuh! Sedap, and kids look forward to that one bite yang 'terjumpa' telur tu!!

pearl said...

Ms Hart

Fuiyoo...first time I dengar pau letak telur burung puyuh..and I really want to try that..cuma nyer, dear hubby tak makan anything to do with birds lah, daging burung ke, telur burung ke..maybe I just made a few lah kut. Err..first, nak kena cari telur burung puyuh kat padang pasir ni dulu..uwaaa...

Pearl a.k.a Waterlily laa..