(Wlily buat 1/2 dari resipi ini)
Bahan - bahan:
1.5 kg ayam ( dipotong ikut suka)
2 camca teh garam - untuk bahan perap
2 camca teh serbuk lada sulah - untuk bahan perap
1 camca besar serbuk cili
3 camca besar minyak
750 ml santan pekat (daripada 1 biji kelapa)
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
2 camca besar gula
5 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 helai daun kunyit (dibuang pelepahnya dan dimayang halus)
Bahan tumbuk :
2.5 cm kunyit hidup
4 labu bawang merah besar
1 labu bawang putih
3 batang serai
5 biji cili merah
Cara Membuat:
1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 1 jam. Ketepikan.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk cili.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis campuran bahan tumbuk di atas api sederhana sehingga harum.
4. Masukkan ayam dan goreng atas api besar untuk kira kira 2 minit.
5. Masukkan santan pekat kemudian tambah garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Kacau selalu sehingga ayam masak dan kuahnya pekat.
6. Bubuh gula, kemudian daun limau purut dan daun kunyit.
7. Masak lagi selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.
6 comments:
Hello,
How are you? I am Paula and I came across your name in Kak Ezza's place and thought I'd swing by to say hi.:-)
Amboi, Kak Waterlily juga pakar di dapur!!!!
Alamak, tadi saja Paula berasa begitu lapar selepas ke blog Kak Ezza dan sekarang kena visual attack pula haha...wow- your curry looks absolutely yummy!!!!!
Thanks for sharing :-)
Have a nice day!
Salam to you and your family.
Komen Pak Malim kucing ray yg alim.
Saya tak boleh komen banyak, kata kucing ray yg kena lanyak. Susah nak menaip kalau asyik kena lap mulut, kerana air liur meleleh tengok ayam yg Waterlily masak, kata Pak Malim sambil memakai baju pesak.
Hi Masterswordsmith :-)
Thanks for hopping by.
Pakar? No, cant say cooking is my forte at all. But I love cooking and baking.
Have a nice day to you too Paula.
Hi, Pak Malim kucing Ray yang alim,
So good to have you here again.
Wah! Sampai begitu sekali kecur..
Hati2 laptop sensitive boleh hancur
Kata Wlily sambil menggoreng cucur
Nah, ambik ni sehelai dua tissue,
Untuk mengelap apa yang perlu,
Kata Wlily sambil membuat tiramisu.
OMG!! This is just the way i love my rendang ayam!!! i nak try buatlah! Tx!
Hi Mumsie
Thanks for hopping by :-)
Its quite easy to make this dish, and since you love rendang - go try this one! Lemme know how it turns out later ya..
Cheers
Post a Comment