CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 25, 2009

Fucuk Goreng Berinti

Dah lama Wlily tak update blog ni. Sejak akhir akhir ni Wlily agak sibuk dengan kelas bahasa Arab. Starting next week, I think lagi payah nak update blog..bukan tak masak, cuma segalanya kena cepat, so masa untuk ambik gambar tu kurang. Why next week? Haa...next week Wlily dah start belajar membaca Al-Quran. Bukan tak reti baca, memang reti and kenal huruf, tau dengung, tau panjang pendek..tapi Wlily nak belajar dengan cara yang betul, tajwid yang betul, and according to ustazah yang mengajar, kalau betul2 ikut cara kat centre tu, boleh tahfiz! Uiishh...tak de la sampai ke situ, niat nak polish what I have left so long ago lah. Masa kecik 9 tahun dah khatam Quran, tapi bila jarang baca selepas khatam, itu yang buat Wlily merangkak2 macam penyu sakit perut bila baca kitab ni.

Anyway, recently Wlily ada buat Fucuk Goreng Berinti. Masakan ni sesuai sangat kalau campur dengan bahan yong tau foo yang lain. Tapi, kalau nak makan begitu saja pun ok jugak. And, you can also subsitute kulit nya dengan kulit popiah kalau nak cepat. Pun boleh juga :-)






Bahan-bahan:

Fucuk secukupnya (lebih elok jika anda menggunakan fucuk jenis nipis dan lebar daripada yang lurus panjang dan berlipat)

Bahan inti:

200 gm udang (dibuang kulit dan dipotong halus)

100 gram isi ikan tenggiri - dipotong dadu kecil

1/2 labu bawang besar - dihiris dadu kecil

2 ulas bawang putih - dihiris dadu kecil

3 kuntum cendawan cina kering - direndam dan dihiris halus

3 helai daun bawang - dihiris halus

1/2 batang lobak merah - dihiris dadu kecil

2 biji telur

Bahan gaul :

1 camca besar tepung beras

1/2 camca teh garam

1/2 camca teh serbuk perasa

1 camca besar sos tiram

Sedikit lada sulah

Adunan salutan kulit :

1 biji telur

1 camca besar tepung beras - di bancuh dengan sedikit air

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Fucuk hendaklah di lap dengan kain lembab sehingga lembut. Jika menggunakan fucuk jenis tebal dan panjang, wlily lebih gemar merendam nya sehingga lembut. Potong selebar 4" x 2.5" setiap satu (jika menggunakan fucuk lebar). Jika menggunakan fucuk panjang yang biasa - gunting sahaja dalam 2.5' dan perlahan2 buka kulit fucuk sehingga lebar (leceh jugak part ni..:-) )

2. Di tempat lain, gaul kan bahan inti sehingga mesra dan masukkan bahan gaul - kacau lagi sehingga betul2 mesra.

3. Sudukan bahan inti ke atas fucuk yang telah disediakan dan gulung perlahan. Ikat dengan daun bawang (kalau nak senang, boleh gunakan tali kapas). Ulang sehingga habis.

4. Kukus gulungan fucuk tadi sehingga isinya masak (jika masak, warnanya akan bertukar keputihan). Angkat dan ketepikan sehingga agak sejuk. Setelah sejuk, buka / gunting ikatan daun bawang atau tali kapas tadi.

5. Sediakan adunan salutan kulit (make sure tepung beras tidak bergentel). Rendamkan sebentar gulungan fucuk ke dalam adunan salutan kulit dan goreng di dalam minyak tohor (guna api yang sederhana.) Goreng sehingga agak keperangan - angkat, tus dan hidangkan.

Wednesday, February 18, 2009

Paceri Terung

Ini la menu sempoi hari ini bagi keluarga Wlily..di makan bersama Ikan Kuah Lada and ulam petai yang di terbangkan khas dari Malaysia. Kena pulak dengan nasi panas..adeh..diet pun entah ke mana..



Sekarang ni tengah migraine..later Wlily post kan resipi ok. :-)

Update 18 Feb 2009

400 gram sayur terung - di hiris memanjang 2 inci dan direndam dalam air bagi mengelakkan lebam

3 - 4 camca besar rempah kari ikan - dibancuh dengan air

1/2 cawan air asam jawa

150 gram udang yang sederhana dibuang kulit kecuali ekor (jika suka tapi Wlily tak letak sebalik nya Wlily lebih gemar menggantikan dengan 1/2 genggam udang kering, di ketuk kasar)

2 tangkai cili merah, di belah memanjang

Gula secukup rasa (Wlily lebih gemar menggunakan gula merah)

1 sudu besar kicap cair

Garam secukup rasa

Bahan kisar :

10 - 12 tangkai cili kering, direndam dan dituskan

10 ulas bawang merah

1 sudu teh belacan

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan pes kari dan udang kering dan kacau sehingga pecah minyak.

2. Kecilkan api - masukkan terung dan goreng beberapa minit. Tambahkan air asam - besarkan api dan biar sehingga mendidih.

3. Setelah terung lembut, masukkan cili merah, gula dan kicap cair. (Jika anda menggunakan udang, masukkan juga ketika ini.) Perasakan dengan garam. Renihkan selama 2 - 3 minit sehingga udang masak.

Note : Sesetengah orang suka paceri terung yang lebih kuah, dan ada pula yang suka kan kuahnya pekat. Jadi banyak nya air atau pekat nya kuah terpulang kepada selera masing2.

Tuesday, February 17, 2009

Basung Pulut

Sekarang ni, ibu Wlily datang melawat. Bila ada ibu, mula la angin manja datang melanda. Teringat masa kecik dulu ibu masak ini la, itu la...semua Wlily nak.

Today, kami sama sama membuat basung pulut, sejenis makanan tradisional dari Sarawak. My dad loves this delicacy. Its made from glutinous rice and to be eaten with grated coconut and sugar. A simple yet delicious dish indeed.





Daun pisang memainkan peranan penting dalam membuat basung pulut ini. Warnanya sepatutnya agak kehijauan, tetapi disebabkan agak sukar untuk Wlily mendapatkan daun pisang yang fresh di sini, maka ini la hasilnya.


Bahan-bahan :


1 1/2 cawan beras pulut - dibersihkan, direndam 10 minit dan dituskan.
1 sudu teh air kapur
5 camca besar gula
3 camca besar air
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
Daun pisang secukupnya.
Lidi untuk menyemat

Cara Membuat :

1. Gaul beras pulut bersama air kapur sehingga sebati. Anda akan lihat warnanya bertukar seakan kehijauan.

2. Sediakan daun pisang dan bentukkan seperti kon. Masukkan 1 atau 2 sudu beras pulut tadi. Lipat kan bahagian atas daun pisang dan semat. Ulang sehingga beras pulut habis.

3. Rebus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat.

4. Di tempat lain, goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga agak perang (tapi jangan terlalu perang nanti rasanya pahit). Masukkan gula dan kacau lagi.

5. Masukkan pula air dan kacau lagi sehingga gula larut. Angkat dan hidang bersama pulut yang telah masak tadi.

Saturday, February 14, 2009

Award Dari Kak Hanieliza

Beberapa hari yang lalu, Wlily tersedak sampai tiga kali bila membuka blog ni. Tersedak kali pertama bila dapat kunjungan dari Kak Hanieliza - sifu masakan yang memang selalu sangat blognya Wlily intai. Tersedak kali kedua bila dapat tahu Kak Hanieliza bagi award kat Wlily. Tersedak kali ketiga bila baca nama award ni Award Blog Paling Gila (??) Alahai...tapi dia kata paling gila..best..! Thanks Kak Hanieliza!





Sebelum Wlily melanggar syarat-syarat yang tertera kat atas tu...baiklah Wlily tunaikan 5 seruan award ni..

Wlily pass kan pulak award ni pada :

1. Kak Ezza - masakannya simple tapi sedap.

2. Sweetlily - dia ni ratu buat cake tak kira gulung ke tak gulung, and also cuppies and segala macam resipi lah.

3. Zue Murphy - orang jauh tapi dekat kat blog , heheheee..

4. Bro Rozzan - this is THE person yang menjadi catalyst untuk Wlily start cooking blog ni..he (his blog actually) gave me such inspiration to share and to learn about cooking and baking..

Thanks again Kak Hanieliza..and cheers everyone..

Coconut Cupcakes (2)

Today Wlily dapat jemputan harijadi kanak2 lagi. So, pagi pagi dah buat cupcake ni. Sebenarnya Wlily dah buat dulu and dah post pun resipi nya di sini. Seperti biasa, bila sampai part nak men-decor cupcake ni mesti mati akal. Ye lah, Wlily tak reti sangat nak hias hias guna aising segala, tak terrer macam kengkawan yang lain tu. Ding dong ding dong, in the end Wlily decided guna Coconut Flakes (brand Richfood) sebagai topping- senang cerita. Wlily letak sedikit pewarna hijau kat coconut flakes tu, lepas tu tabur manik2 edible yang colorful tu...





Untuk mendapatkan resipinya, sila klik di sini.


Thursday, February 12, 2009

Pau Inti Kacang Merah

Pau ni Wlily buat petang tadi. Sama je resipi dengan yang hari tu, cuma Wlily tukar intinya aje. This time Wlily buat setengah bahan, so dapat la dalam 14 ketul.




Untuk doh pau, boleh refer to resipi yang dulu.
Bahan untuk inti :
Kacang merah
Gula apong atau gula merah secukup rasa
Pewarna merah, jika suka (Wlily tak letak sebab lebih suka original colour. )
Cara Membuat :
1. Rendam kacang merah semalaman.
2. Buangkan air rendaman dan rebus sehingga lembut dan airnya kering. Masukkan gula apong atau gula merah dan gaul sehingga sebati.
3. Setelah agak sejuk blendkan sehingga hancur.

Monday, February 9, 2009

Talam Su'un

Semasa minum petang di rumah rakan hari tu, Wlily berpeluang merasai sejenis kuih tradisional yang memang Wlily tak pernah buat dan tak pernah makan sebelum ni. In fact, Wlily tak pernah tahu pun ada nya kuih ini. It's called Talam Su'un. My friend is a Singaporean, so Wlily tak berapa pasti samada kuih ni tradisional Singapura? Kuih ni ala - ala Serimuka, cuma lapisan bawah nya saja yang lain.

Petang tadi, Wlily cuba buat berpandukan resipi yang diberi - alhamdulillah, rasanya sama. And now, let me share kat sini pulak!

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:

100 gram biji sagu - di basuh dan ditus
Kelapa parut dari 1 biji kelapa
1 packet kecil su'un - direndam sehingga lembut dan di gunting 1 inci
Garam secukup rasa

Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
5 biji telur ayam
2 sudu besar tepung kastad
Pandan paste
1/2 - 3/4 cawan gula (ikut rasa manis masing masing)
Sedikit air mawar, jika suka (Wlily tak letak, sebab Wlily tak suka the after taste..)

Cara Membuat :

1. Gaulkan kesemua bahan untuk lapisan bawah sehingga mesra, dan masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 30 minit. Setelah masak, tekan perlahan dengan menggunakan daun pisang atau plastik supaya agak mampat. Jangan terlalu mampat, nanti lapisan menjadi keras.

2. Kacau kesemua bahan untuk lapisan atas sehingga sebati dan tapis untuk memisahkan ketulan tepung kastad yang mungkin terbit. Tuang dengan perlahan di atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak.

3. Angkat dan hidangkan.

Saturday, February 7, 2009

Ketam Masak Bercili

Menu untuk dinner - ketam. Mula mula nak buat Ketam Masak Oyster Sauce, but last minute decided nak buat Ketam Masak Bercili. Why? Sebab Wlily belum letak gambar & resipi nya di sini.....



Bahan-bahan:

500gram ketam (dibersihkan dan dibelah dua)

6 biji cili merah (ikut kepedasan masing2, boleh dikurangkan / dilebihkan jika suka) - dikisar

5 ulas bawang putih - dikisar

Minyak untuk menumis

1/2 camca teh jus limau nipis

Bahan sos :

2 biji tomato - dihiris dadu kecil (boleh juga gunakan 3 camca besar sos tomato)

1 1/2 camca besar gula

Garam secukup rasa

1 camca teh sos taucu

250 ml air

1 1/2 camca teh tepung jagung

1/2 camca teh kicap pekat

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan sos.

2. Tumiskan bawang putih dan cili merah kisar sehingga agak garing. Masukkan ketam dan kacau sebentar sehingga kulitnya kemerahan.

3. Masukkan campuran sos dan gaul sebentar. Tutup periuk dan renihkan selama 5 minit atau sehingga masak atau kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam jika perlu.

4. Akhir sekali masukkan jus limau. Kacau sebentar dan angkat.


Friday, February 6, 2009

Fried Spaghetti Seafood

Petang tadi ada jemputan minum petang kat rumah kawan. Rasa malas pulak nak masak apa2, tapi kena jugak ke dapur. Tak kan nak datang tangan kosong ye tak? Since tuan rumah dah sediakan roti jala and kari ayam, chocolate cake and buah buahan, I decided to bring some fried spaghetti over. Senang je nak buat , lebih kurang macam buat mee goreng biasa.








Bahan-bahan :


Spaghetti (quantity terpulang kepada kehendak masing2, but for this recipe, I used lebih kurang 1/2 kotak or setengah bungkus)


Parutan Cheddar cheese


Sedikit Butter (anggaran 1 sudu kecil)


Minyak untuk menggoreng (anggaran 1/4 cawan)


Bunga Kubis


Broccolli (kalau nak letak sayur sawi pun boleh tapi Wlily tak letak)


Udang (boleh juga di tambah bahan seafood lain seperti sotong, jika suka)


1/2 can mushroom / kulat dalam tin.


3 sudu besar cili sos


Chilli paste (ikut kepedasan masing masing)


2 biji telur - dipukul


Paprika


2 ulas bawang putih - diketuk


Garam secukup rasa


Cara Membuat :


1. Rebus spaghetti bersama beberapa titik minyak sehingga masak, angkat dan tuskan.


2. Di dalam kuali berlainan, panaskan butter sehingga cair, campurkan minyak masak. Setelah panas, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan chilli paste dan kacau sehingga agak garing. Masukkan telur - biar seketika sehingga setengah masak, dan kacau sehingga adunan telur berketul2.


3. Masukkan udang (atau seafood lain jika ada) , mushroom dan chilli sos. Jika terlalu kering, tuangkan sedikit air. Kacau sehingga udang separuh masak. Masukkan spaghetti dan gaul rata. Taburkan cheddar cheese dan gaul sehingga cheese cair. Masukkan sayuran dan gaul lagi. Perasakan dengan garam.


4. Angkat dan hidangkan. Tabur sedikit paprika di atasnya jika suka.





Thursday, February 5, 2009

Bingka Labu

Wlily sangat suka makan bingka labu ni, especially kat bahagian 'kerak' ..laju je masuk dalam mulut..




Nanti Wlily update resipi ya!

Update 6.2.2009.

Bahan-bahan :

1/2 biji labu sederhana besar, dikupas kulit dan dihiris sederhana besar (chunky)

1 tin susu cair

1/2 tin susu manis

2 sudu besar mentega (dalam 50 gram)

3 biji telur

2 bungkus santan packet

1 gelas air

4 - 4 1/2 cawan tepung gandum (byk nya tepung bergantung kepada quantity labu yang digunakan)

3 camca besar minyak masak (or minyak sayur)

Gula dan garam secukup rasa

Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Blendkan labu, telur dan mentega sehingga halus.

2. Masukkan sekali, susu cair, susu manis, tepung, santan packet, satu gelas air dan lain lain bahan di atas. Blend kan lagi sehingga betul betul hancur dan halus.

3. Sapu acuan dengan mentega. Tuangkan bahan blend tadi di dalam acuan dan bakar sehingga masak. Gunakan api bawah dahulu, setelah adunan masak kekuningan di bahagian tepi dan bawah, tambahkan pula api bahagian atas.

4. Setelah bahagian atas kekuningan dan adunan kenyal (melantun) bila di tekan dengan jari - ianya telah masak!

Nota :

Tiap tiap kali Wlily buat Bingka Labu ni, sukatan tepung nya berbeza beza. So, the best way to know whether you have the right batter is bila adunan itu di tuang dari senduk dari aras 6 - 7 inci, ianya tidak putus (my mom named the texture 'ekor tikus'.)

Ikan Pesmol

Lauk for lunch today was Ikan Pesmol, tapi Wlily sendiri tak sempat makan sebab ada jemputan hari jadi pulak di sebelah petang. So bila kecoh kecoh, rush sana rush sini..sampai terlupa nak makan.

Meh tengok gambar and resipi. Enjoy!






Source : Chef Wan.

Bahan2:

1 ekor ikan siakap dibersihkan (wlily rembat jer apa ikan yang ada kat Abu Dhabi ni..)

Sedikit garam

Lada hitam yang baru dikisar

Minyak untuk menggoreng

1 batang serai dititik

2 cm lengkuas, dititik

10 tangkai cili padi

2 helai daun limau purut

2 helai daun salam

500 ml santan (daripada 1 biji kelapa)

Air perahan dari 1 biji limau nipis

Sedikit gula

Bahan dikisar halus:

5 tangkai cili merah

10 tangkai cili padi

4 ulas bawang merah, dikupas

2 ulas bawang putih, dikupas

10 biji buah keras

1/2 sudu teh kunyit serbuk

1/2 inci halia, dikupas

Cara Membuat:

1. Lumur ikan dengan garam dan lada hitam, dan goreng sehingga garing. Tuskan dan letak dalam pinggan.

2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata. Campur santan dan renihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.

3. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidangkan.

Wednesday, February 4, 2009

Ayam Goreng Seri Wangi

Hari ni masak simple aje..ayam goreng. Walaupun simple, tapi cukup semua rasa and bau. Wangi, masam dan manis. Cuba lah.

Original source: Chef Wan





Bahan - Bahan (Wlily dah modified sikit..)


4 keping dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis2 memanjang. (Wlily guna satu ekor ayam dipotong ikut suka- guna seluruh bahagian, buang kulit tapi tak buang tulang.)


Minyak untuk menumis dan juga untuk deep fry


2 batang serai dihiris halus


1 kuntum bunga kantan dihiris halus2


10 tangkai cili padi dihiris2


2 sudu besar rempah tomyam (Wlily guna 1 sudu besar sahaja)


1/4 cawan air (60 ml)


1 sudu teh madu (Wlily guna 3 camca BESAR)


1 1/2 sudu besar mayonaise


3 helai daun limau purut, dihiris halus2


Bahan pemerap (dibancuh)


2 sudu besar sos tiram


Garam


1 biji telur sederhana dipukul


3 sudu besar tepung jagung


Cara Membuat :


1. Ayam di bersih dan digaul rata dengan bahan pemerap dan ketepikan selama 15 minit)


2. Setelah itu ayam digoreng dengan kaedah deep fry sehingga garing. Tuskan.


3. Di dalam kuali lain, tumiskan serai, bunga kantan, cili padi serta rempah tomyam sehingga naik baunya.


4. Masukkan air, madu serta ayam goreng. Kacau rata. Angkat dan tambah mayonaise dan kacau lagi. Tabur daun limau purut.



Tuesday, February 3, 2009

Sayur Rebung Masak Lemak

Kalau nak tau, Wlily cukup suka makan sayur rebung, samada di masak lemak atau masak kicap. Masak kicap?? Haa...ada masa nanti (stok rebung dah habis, next time kalau ada, Wlily share camana nak buat ok!)




But for today, menu tengahari is Rebung Masak Lemak. My peberet..







Cara memasak nya memang senang, semua orang boleh buat le kut. Nanti Wlily update ye..now nak makan dulu..heh heh..late lunch la..

Monday, February 2, 2009

Pulut Bersambal

Hi!! I'm back..!

Layan gambar dulu ok, later I post the recipe. Nak rush pegi sekolah jap..





Update 2/2/09

Bahan - bahan :

1/2 biji kelapa parut

1 batang serai

1/2 inci halia

1/2 inci lengkuas

Sedikit kunyit hidup

Garam

Aji no moto (jika suka)

2 biji bawang putih

4 biji bawang merah

Cili kering - mengikut kepedasan masing masing

1 genggam udang kering

Cara Membuat Inti / Sambal:

1. Tumbuk semua bahan kecuali kelapa parut.

2. Campur bahan tumbuk dengan kelapa parut, masukkan garam secukup rasa dan goreng tanpa minyak sehingga garing.

3. Setelah garing, blend sekejap (jangan terlalu halus). Taburkan di atas pulut yang telah masak.

Cara Membuat Pulut :

1. 3 cawan beras pulut - di bersih dan dimasak seperti memasak nasi biasa di dalam periuk elektrik. Untuk lebih wangi, masukkan sehelai daun pandan yang diikat terlebih dahulu.

2. Sediakan daun pisang yang telah di gunting 5" x 3". Sapukan dengan sedikit minyak. Bentukkan pulut dan letak di atas daun pisang, taburkan inti / sambal dan lipat daun pisang seperti didalam gambar di atas.