Friday, December 26, 2008
Daging Kicap
Posted by Waterlily at 9:23 PM 0 comments
Labels: Daging
Rendang Ayam Pedas
Cili padi tu saje je nak buat gempak..tapi kalau nak makan dengan cili padi macam tu je pon tak apa, janji tahan pedas..
Updated 1/1/2009.
Sorry la lambat update. Better late than never. Kalau nak tau, rendang ayam ni memang la pedas, sampai nak terkencing Wlily dibuatnya. Tapi anak bujang Wlily yang sulung tu cukup suka sebab dia ni boleh tahan bila masuk bab lauk pedas ni.
Bahan - bahan :
1 ekor ayam, dibersihkan dan di potong ikut suka
2 cawan santan (di ambil dari 1 1/2 biji kelapa di campur 500ml air suam)
55 gram kerisik (lebih kurang 1/2 cawan)
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit dihiris halus
Bahan dikisar halus :
8 ulas bawang merah, dikupas
3 ulas bawang putih, dikupas
3 batang serai, dihiris halus
1 cm halia, dikupas
1 cm lengkuas, dikupas
1 cm kunyit hidup, dikupas
5 tangkai cili padi
3 biji buah keras
2 sudu besar pes chilli
Cara Membuat :
1. Campur rata rata ayam dengan bahan kisar dan santan dan renihkan selama 30 minit sehingga hampir kering.
2. Kecilkan api dan tambah kerisik. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan daun kunyit dan kacau cepat cepat sebelum mematikan api.
Posted by Waterlily at 9:15 PM 0 comments
Labels: Ayam
Tuesday, December 23, 2008
Pau Gebu
Sebelum turun, dear hubby sempat ngap dua bijik, hantar sikit kat jiran sebelah, pembantu rumah ngap entah 2 atau 3 bijik. For this recipe you will get around 18 pcs.
Bahan - bahan :
Untuk doh :
300 gram tepung pau (Wlily guna Blue Keys)
130 ml air
11 gram yeast
30 gram shortening
2 sudu teh baking powder
60 gram gula caster
Kertas minyak sebagai alas pau.
Untuk Inti (you all boleh tukar inti lain kalau suka .)
2 biji kentang - dihiris dadu
1 labu bawang besar - dihiris dadu
2 ulas bawang putih - diracik halus
4 sudu besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas)
Isi ayam - di hiris dadu (terpulang banyak mana suka)
Daun bawang dihiris bulat nipis
Garam secukup rasa.
Cara Membuat Doh :
1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.
2. Masukkan gula, yeast, shortening dan tepung/baking powder and gaul sebati. Masukkan air sedikit sedikit dan gaul lagi sehingga dapat di uli menjadi doh. Semasa menguli, lihat keadaan doh, samada perlukan lebih air atau tidak. Lagi lembut doh, lagi lembut pau tu nanti. Ketepikan.
3. Tutup bekas doh dengan kain lembab (Wlily suka guna kitchen towel yang dilembabkan dengan air suam) dan biar sehingga 30 minit.
4. Bentukkan doh menjadi bulat kecil yang beratnya lebih kurang 30gram satu. Sudukan inti dan kepit kan atau di uli bulat (ikut suka sendiri). Letakkan di atas kertas minyak. Ketepikan dan biar lagi selama 30 minit.
5. Kukus selama 10 minit.
Cara Membuat Inti:
1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih dan tumis lagi sehingga agak garing.
2. Masukkan serbuk kari yang telah di buat pes, tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan kacau sehingga agak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga isi ayam - kacau sebentar sehingga ayam masak dan akhir sekali tabur daun bawang.
4. Angkat dan biar sejuk atau suam sebelum di sudu kedalam doh pau tadi.
Posted by Waterlily at 12:42 PM 4 comments
Labels: Dessert, Traditional Delicacies
Keropok Lekor Instant Perantau
Kalau ikut original recipe dari Zue, doh tu kena hiris then canai nipis. Wlily buat dua style, canai nipis and lagi satu hiris macam yang dalam gambar atas ni. Yang canai nipis tu tak sempat ambik gambar you, bila toleh, dah habis! Ciss..anak2 ni tak bagi chance langsung kat mommy dia eh. Dear hubby tak berapa suka, tak tau kenapa, tapi ada hikmah di sebalik nyer le..orang lain dapat makan lebih..da di da di da..
Posted by Waterlily at 12:06 PM 4 comments
Labels: Dessert, Traditional Delicacies
Sunday, December 21, 2008
Fairy Cupcakes
To make buttercream :
Posted by Waterlily at 9:38 PM 6 comments
Saturday, December 20, 2008
Potato Salad
Bahan - bahan :
3 biji kentang (Wlily guna Saudi potato, so size nyer besar...)
6 - 7 sudu besar mayonaise
100 gram spread cheese (Wlily guna Philadelphia cheese)
1 labu bawang besar - dihiris dadu kecil
1 sudu besar butter
Lada putih secukup rasa
Garam secukup rasa
Daun bawang dihiris nipis
Cara Membuat :
1. Rebus kentang manis bersama kulit sehingga agak lembut. Biar kan sejuk dahulu dan hiris dadu besar.
2. Di dalam bekas lain, masukkan cream cheese, mayonaise, butter dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bawang besar, garam, lada putih dan kacau lagi sehingga mesra. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul lagi.
4. Tuang adunan mayonaise ke atas kentang rebus tadi dan gaulkan sehingga mesra. Masukkan ke dalam peti ais untuk menyejukkan adunan. Semasa menghidang bolehlah di tabur kan sedikit daun bawang ke atas adunan tadi sebagai hiasan.
Posted by Waterlily at 1:12 PM 0 comments
Choco Layered Cheesecake
Look at the cheesecake..almost sinful..I know..heh heh...
Ingredients :
500 gram cream cheese (I used Philadelphia cream cheese) - softened at room temperature
150 gram condensed milk (or you can add more if you prefer it sweeter)
175 gram butter (softened at room temperature)
Chocolate biscuits , or you can use digestive biscuits as well. Last night I used chocolate oreo biscuits sans the cream. I used about 30 - 40 pcs.
1 can Nestle Cream (I've thrown away the can after use..I'll confirm the weight later ok. Or you can refer to the pic of Puck Cream I've taken before this under Vanilla Cream recipe. Its the same type, but of different brand)
Directions :
1. Mix cream cheese, butter and condensed milk and beat well until smooth.
2. Add nestle cream - beat again.
3. Prepare tray or pyrex or any oven proofed container, line with aluminium foil. (I do this so that it is easier for me to take it out after cutting, but you can leave this step out if you wish)
4. First layer - put in the biscuits - its better if the biscuits are rectangular or square in shape so that it will totally cover the base. Pour the batter on top (about 1/2 - 1 cup) - repeat with laying the biscuits and pour the batter again on top. Repeat for few more layers or until you finished the batter.
5. Chill overnight.
Posted by Waterlily at 12:19 PM 3 comments
Labels: Cakes
Wednesday, December 17, 2008
Pizzacup
And this - is for the mommy and the Papa - even the maid lah. Gave some to the neighbours too..
Bahan-bahan :
For the Crust - resepi asal untuk crust from Sweetlily's
200 gram tepung gandum
Garam secukup rasa
12 gram butter
105 ml air
Sedikit sos tomato
Filling / Inti :
600 gram minced beef / daging cincang
1 labu bawang besar - di hiris dadu
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas)
Sedikit Mixed Vege
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu makan butter
1 biji kentang - di kupas kulit dan dihiris dadu kecil
1 sudu teh Sos Tabasco (atau secukupnya, ikut kesukaan masing2)
Garam secukup rasa
Bahan tabur :
1/2 labu bawang besar - dihirs dadu atau boleh juga dihiris bulat
3 batang sosej - dihiris menyerong
1 biji tomato - dihiris nipis
Sedikit Nenas dalam tin - di hiris dadu
Mozarella cheese
Cara Membuat :
1. Masukkan tepung gandum, air dan garam ke dalam bekas - gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh. Masukkan butter dan uli sehingga menjadi doh yang licin.
2. Canaikan sehingga leper and tekan ke dalam acuan. Kemaskan bahagian tepi acuan. Tekan dengan garfu. Sapukan base ini dengan sos tomato. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar and bawang putih sehingga layu, masukkan serbuk kari daging (jangan masukkan air ke dalam serbuk kari) - tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan juga serbuk ketumbar dan kacau lagi.
4. Masukkan daging cincang dan tumis lagi sehingga daging agak masak. Masukkan kentang, mixed vege, tabasco sos dan kacau sehingga kentang menjadi lembut. Biar sehingga agak kering. Masukkan butter. Kacau lagi. Tabur garam secukup rasa, kacau sebentar. Angkat dan ketepikan.
5. Tuangkan inti ke dalam acuan base tadi dan ratakan. Hias dengan bahan tabur tadi. Di atas sekali taburkan mozarella cheese.
6. Bakar dengan suhu 200C selama 20 minit atau sehingga base betul betul masak..
Posted by Waterlily at 12:41 PM 5 comments
Saturday, December 13, 2008
Chocolate Cake paling simple dan lazat..
Waduh..time sejuk cegini - perut ni asyik nak kena isi aje, apa tak kembang badan ni eh! Kat Malaysia musim hujan kan? Haa..sure ramai yang asyik nak ke dapur je nak ngap ngap ngap..hee hee..
Terpulang pada citarasa masing masing la camana nak hias coklat kek ni..nak tabur chocolate rice atas ganache tu pun boleh, letak gegula warna warni tu pun boleh..jangan letak bijik saga dah le..
Bahan - bahan :
Updated 14 Dec 08 - in metrics
1 1/4 gelas tepung naik sendiri (or 150 gram)
1 gelas gula (or 210 gram)
1 gelas serbuk koko (Wlily guna Cadbury cocoa powder) - or 100 gram
1 gelas melted butter (kalau tak cukup butter, letak setengah gelas then top up dengan minyak sayur / vegetable oil pun tak pe) - about 2.2 dl or 220 ml
1 tin susu - 410 gram or 384 ml (tin size biasa untuk susu cair tu la..I used susu cair Nestle)
4 biji telur ayam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat (Wlily jarang letak sebab tak berapa berkenan rasanyer)
Untuk ganache / topping:
1 buku cooking chocolate (anggaran 250 gram)
200 gram whipping cream
Cara Membuat :
1. Ayak tepung bersama baking powder and soda bikarbonat. Di dalam bekas lain pukul telur sehingga sebati.
2. Masukkan cocoa powder, susu cair dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati. Masukkan telur, kacau lagi sehingga sebati. Masukkan pula melted butter - pukul lagi.
3. Tuangkan tepung sedikit sedikit sambil di pukul hingga sebati. (note : do not overbeat).
4. Tuang dalam bekas acuan dan kukus (steam) sehingga masak.
5. Cairkan chocolate cake dengan menggunakan kaedah double boiler - setelah cair, masukkan whipping cream - kacau sehingga sebati. Tuangkan ganache ini ke atas kek yang telah masak dan disejukkan terlebih dahulu. Boleh lah di hias mengikut citarasa masing masing.
Ini la dia gelas (cawan?) IKEA yang Wlily gunakan untuk sukatan Chocolate Cake ni..
Posted by Waterlily at 7:50 PM 20 comments
Labels: Cakes
Friday, December 12, 2008
Braided Doughnuts
Posted by Waterlily at 8:59 PM 11 comments
Labels: Bread
Wednesday, December 10, 2008
Beef Potato Pie
Posted by Waterlily at 9:08 PM 2 comments
Labels: Dessert
Thursday, December 4, 2008
Vanilla Cream
Pagi tadi Wlily buat bread puding lagi. This time, Wlily kurang kan gula supaya kurang manis. Ye lah, kat rumah sekarang ni ramai tetamu, ada yang kuat manis, ada yang tak suka manis - so Wlily ambik jalan tengah. Bread Puding yang kurang manis, dimakan bersama vanilla cream yang manis dan lemak. Mmm..terangkat you...
Wlily snap gambar ni sebab nak tunjuk camana rupe reduced cream yang Wlily guna tu..kat tanah Pak Abu ni, yang ada Puck Cream jer, Nestle Cream tu susah nak dapat. Tin nyer kecik jer, kalau kat Msia, you can go either to Carrefour or Giant (kat Giant selalu ada) and head straight to baking section. Or , tanya salesmen or salesgirl kat sana ..
Bahan -bahan :
Posted by Waterlily at 5:33 PM 2 comments
Labels: Dessert
Monday, December 1, 2008
Portuguese Egg Tart (1)
The whole cara cara memasak was recorded you...nampak lah I gigil kut...lepaih ni depa tunjuk kat my MIL ;-0! Selalunya Wlily masak or bake cakes apa segala masa they all tak de kat rumah. Bila balik tau siap je.
Resipi nyer tak payah lah Wlily tulis lagi ek..sebab dah buat dulu. Just refer to the label under 'tart' kat side bar tu ok!
Posted by Waterlily at 12:22 PM 2 comments
Bread Puding
Pagi tadi sempat jugak Wlily buat Puding Roti untuk sarapan pagi. Daripada roti tak habis dimakan, baik digunakan sepenuh nya. Lain dapur lain caranya ;-) Yang putih putih kat atas tu Wlily tabur gula aising. Saje nak bagi cantik, selalu Wlily tak letak pun... Bahan - bahan : 8 keping roti gardenia (brand lain pun tak per..) 4 biji telur ayam 30 gram butter - cair kan. 150 gram gula 475 ml susu cair 1 sudu teh esen vanilla Sedikit kismis Cara Membuatnya : 1. Potong bahagian tepi roti dan carik carik kan - campak dalam acuan. Tabur sedikit kismis di celah celah roti tadi. 2. Tuang butter yang telah cair ke atas roti tadi. 3. Di tempat lain - pukul telur, masukkan susu, gula dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati. 4. Tuangkan adunan telur ke dalam acuan tadi. Tabur kan lebihan kismis ke atas roti. Biarkan adunan telur agak serap ke dalam roti - masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga keperangan. 5. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama vanilla cream.
Posted by Waterlily at 12:36 AM 0 comments
Garlic Bread
Bertambah sedap kalau ada daun parsley. Tapi Wlily tak letak sebab tak de stock kat rumah..
Bahan2 :-
Posted by Waterlily at 12:26 AM 0 comments
Labels: Bread