CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 26, 2008

Daging Kicap

Wlily masak ni dah few days ago, tapi tak sempat nak upload gambar. Ni la menu sempoi bila tak de mood nak masak...heh heh..layan gambar dulu la eh...esok update resipi.



Rendang Ayam Pedas


Ni la menu untuk dinner tadi. Layan gambar lah dulu, esok Wlily update resipi nyer ok..!

Cili padi tu saje je nak buat gempak..tapi kalau nak makan dengan cili padi macam tu je pon tak apa, janji tahan pedas..

Updated 1/1/2009.

Sorry la lambat update. Better late than never. Kalau nak tau, rendang ayam ni memang la pedas, sampai nak terkencing Wlily dibuatnya. Tapi anak bujang Wlily yang sulung tu cukup suka sebab dia ni boleh tahan bila masuk bab lauk pedas ni.

Bahan - bahan :

1 ekor ayam, dibersihkan dan di potong ikut suka

2 cawan santan (di ambil dari 1 1/2 biji kelapa di campur 500ml air suam)

55 gram kerisik (lebih kurang 1/2 cawan)

Garam dan gula secukup rasa

1 helai daun kunyit dihiris halus

Bahan dikisar halus :

8 ulas bawang merah, dikupas

3 ulas bawang putih, dikupas

3 batang serai, dihiris halus

1 cm halia, dikupas

1 cm lengkuas, dikupas

1 cm kunyit hidup, dikupas

5 tangkai cili padi

3 biji buah keras

2 sudu besar pes chilli

Cara Membuat :

1. Campur rata rata ayam dengan bahan kisar dan santan dan renihkan selama 30 minit sehingga hampir kering.

2. Kecilkan api dan tambah kerisik. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Masukkan daun kunyit dan kacau cepat cepat sebelum mematikan api.

Tuesday, December 23, 2008

Pau Gebu

Good Morning!

Pagi ni Wlily bangun berkobar kobar nak buat pau. Dari malam tadi dah ada rasa pau kat tekak ni haa. Lagi pun, Wlily masih ada tepung pau Blue Keys yang Wlily bawak dari KL hari tu. So apa lagi..pagi pagi lagi dah menguli you.

Seingat Wlily le, resipi doh pau ni asal nya di cungkil dari internet jugak, tapi tak ingat sapa yang empunya, dari negeri mana, Malaysia ke, negeri omputih ke..memang tak ingat. But if it is your recipe, do let me know ok so that I can acknowledge you accordingly.



Sebelum turun, dear hubby sempat ngap dua bijik, hantar sikit kat jiran sebelah, pembantu rumah ngap entah 2 atau 3 bijik. For this recipe you will get around 18 pcs.


Bahan - bahan :

Untuk doh :

300 gram tepung pau (Wlily guna Blue Keys)

130 ml air

11 gram yeast

30 gram shortening

2 sudu teh baking powder

60 gram gula caster

Kertas minyak sebagai alas pau.

Untuk Inti (you all boleh tukar inti lain kalau suka .)

2 biji kentang - dihiris dadu

1 labu bawang besar - dihiris dadu

2 ulas bawang putih - diracik halus

4 sudu besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas)

Isi ayam - di hiris dadu (terpulang banyak mana suka)

Daun bawang dihiris bulat nipis

Garam secukup rasa.

Cara Membuat Doh :

1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.

2. Masukkan gula, yeast, shortening dan tepung/baking powder and gaul sebati. Masukkan air sedikit sedikit dan gaul lagi sehingga dapat di uli menjadi doh. Semasa menguli, lihat keadaan doh, samada perlukan lebih air atau tidak. Lagi lembut doh, lagi lembut pau tu nanti. Ketepikan.

3. Tutup bekas doh dengan kain lembab (Wlily suka guna kitchen towel yang dilembabkan dengan air suam) dan biar sehingga 30 minit.

4. Bentukkan doh menjadi bulat kecil yang beratnya lebih kurang 30gram satu. Sudukan inti dan kepit kan atau di uli bulat (ikut suka sendiri). Letakkan di atas kertas minyak. Ketepikan dan biar lagi selama 30 minit.

5. Kukus selama 10 minit.

Cara Membuat Inti:

1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih dan tumis lagi sehingga agak garing.

2. Masukkan serbuk kari yang telah di buat pes, tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan kentang dan kacau sehingga agak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga isi ayam - kacau sebentar sehingga ayam masak dan akhir sekali tabur daun bawang.

4. Angkat dan biar sejuk atau suam sebelum di sudu kedalam doh pau tadi.

Keropok Lekor Instant Perantau

Sebenarnya kan, dah beberapa kali Wlily buat Keropok Lekor instant ni..tapi cuma kali ni je Wlily lagi cepat dari anak2 Wlily. Kena cepat tangkap gambar woo...kalau tidak, kejap je dah kena ngap. Keropok lekor ni agak rangup, that's why anak2 Wlily suka.

First time tengok resipi ni kat blog Zue Murphy..terus jatuh cinta and teringat ingat sampai tak lena tidur malam. Siap pesan lagi kat kakak ipar supaya bawak constarch flour dari Kuching. Kuching you...jauh datang. Kat sini ada jual kut, cuma Wlily je tak jumpa.

Kalau ikut original recipe dari Zue, doh tu kena hiris then canai nipis. Wlily buat dua style, canai nipis and lagi satu hiris macam yang dalam gambar atas ni. Yang canai nipis tu tak sempat ambik gambar you, bila toleh, dah habis! Ciss..anak2 ni tak bagi chance langsung kat mommy dia eh. Dear hubby tak berapa suka, tak tau kenapa, tapi ada hikmah di sebalik nyer le..orang lain dapat makan lebih..da di da di da..


Bahan - bahan :
2/3 cawan tepung kanji
1/3 cawan tepung gandum
1 tin ikan tuna tanpa mayonaise (tengok gambar dalam blog Zue Murphy ok.)
Garam secukup rasa
Lada Putih secukup rasa (yang ni Wlily tambah sendiri)
Sedikit air (yang ni Wlily tambah sendiri supaya senang nak uli.)

Cara Membuatnya (this was how I did it, cara yang ORI, go to Zue's blog ok ) -
1. Tapis dan buangkan minyak yang terdapat bersama ikan tuna. Hancurkan dengan menggunakan garfu.
2. Di tempat lain, gaulkan tepung kanji, tepung gandum, lada putih , garam - masukkan ikan tuna tadi dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Uli sehingga dapat menjadi bentuk cylindrical - kemudian di hiris menyerong tapi jangan terlalu nipis - dan di canai (giling?) sehingga agak nipis.
4. Untuk mendapat bentuk seperti dalam gambar, uli doh sehingga dapat bentuk cylindrical dan belah dua (one end to the other on the opposite).
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

Sunday, December 21, 2008

Fairy Cupcakes

Tonight, I attended a neighbour's daughter birthday party. It was a BBQ styled party and the wife's a Romanian so I expect a lot of Romanian dishes. Therefore, I decided not to make any salads or marinated anything to bring over. Instead I baked some Fairy Cupcakes. I posted the recipe in my other blog a few months ago.

Since it was a little girl's (she just turned 1) birthday do, I decorated the cupcakes with white and pink buttercream toppings. I'm no expert in decorating cuppies, nowhere near the likes of Zaitgha, Sweetlily, Aunty Yochana and the rest, but I think they (the cuppies I made and decorated) can still delight the children. Boleh la tuu....cukup makan..







Sebelum sempat di bawa pergi ke rumah jiran, tiga empat bijik dah kena ngap dulu oleh anak2 Wlily.

Ingredients :


3 large eggs
1 cup caster sugar
1 1/2 cup flour - all purpose
3/4 cup vegetable oil / butter
1 tsp vanilla essence
1 tsp baking powder
1/4 cup fresh milk


To make buttercream :

125 gram icing sugar - sieved
1 - 2 tablespoon warm milk
75 gram butter - softened at room temperature
Vanilla essence
Food colouring


Directions :

1. Pre heat oven 180C. Sift flour together with baking powder.
2. On high speed, beat eggs and vanilla essence until smooth.
3. While mixing, slowly add sugar, then butter or vegetable oil.
4. Throw in the flour mixture and mix, first using the spatula then continue to mix at moderate speed.
5. Lastly add in milk and beat until the desired consistency is achieved.
6. Line baking tray with cupcakes, pour in the batter and bake 20 - 25 minutes or until the top is slightly brown.

To make buttercream :

1. Whip butter and icing sugar until well mixed, then continue to beat at high speed until smooth.
2. Add in warm milk and beat at moderate speed for a minute or two. Add in vanilla essence and coloring of your choice, beat again. Sppon the batter into piping bag and decorate the cuppies anyhow you like!

Saturday, December 20, 2008

Potato Salad

Potato salad ni senang sangat nak buat nyer...tutup dua dua belah mata pun boleh...whip whip whip dah siapp! Memang sedap kalau di makan dengan hidangan BBQ.



Bahan - bahan :

3 biji kentang (Wlily guna Saudi potato, so size nyer besar...)

6 - 7 sudu besar mayonaise

100 gram spread cheese (Wlily guna Philadelphia cheese)

1 labu bawang besar - dihiris dadu kecil

1 sudu besar butter

Lada putih secukup rasa

Garam secukup rasa

Daun bawang dihiris nipis

Cara Membuat :

1. Rebus kentang manis bersama kulit sehingga agak lembut. Biar kan sejuk dahulu dan hiris dadu besar.

2. Di dalam bekas lain, masukkan cream cheese, mayonaise, butter dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bawang besar, garam, lada putih dan kacau lagi sehingga mesra. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul lagi.

4. Tuang adunan mayonaise ke atas kentang rebus tadi dan gaulkan sehingga mesra. Masukkan ke dalam peti ais untuk menyejukkan adunan. Semasa menghidang bolehlah di tabur kan sedikit daun bawang ke atas adunan tadi sebagai hiasan.

Choco Layered Cheesecake

I made this chilled cheesecake a day before yesterday as dessert for our visitors who came last night. We had a simple BBQ dinner and I prepared (marinated) the chicken wings, the sliced beef, chicken drumbsticks and beef ribs by midday. Dear hubby bought some sausages too. In the afternoon, I started to boil the potatoes to make some potato salad. This would complement to BBQed dish.

By 7pm, while waiting for the visitors I decided to cook some fried rice - just in case the visitors didnt have appetite for the BBQ beef ribs, chicken wings ... heh heh..licin you..tu yang tak sempat ambik gambar tu.

Oh..I've digressed a bit, sorry..:-) Here's the recipe for the Choco Layered Cheesecake

Look at the cheesecake..almost sinful..I know..heh heh...


Ingredients :


500 gram cream cheese (I used Philadelphia cream cheese) - softened at room temperature

150 gram condensed milk (or you can add more if you prefer it sweeter)

175 gram butter (softened at room temperature)

Chocolate biscuits , or you can use digestive biscuits as well. Last night I used chocolate oreo biscuits sans the cream. I used about 30 - 40 pcs.

1 can Nestle Cream (I've thrown away the can after use..I'll confirm the weight later ok. Or you can refer to the pic of Puck Cream I've taken before this under Vanilla Cream recipe. Its the same type, but of different brand)

Directions :

1. Mix cream cheese, butter and condensed milk and beat well until smooth.

2. Add nestle cream - beat again.

3. Prepare tray or pyrex or any oven proofed container, line with aluminium foil. (I do this so that it is easier for me to take it out after cutting, but you can leave this step out if you wish)

4. First layer - put in the biscuits - its better if the biscuits are rectangular or square in shape so that it will totally cover the base. Pour the batter on top (about 1/2 - 1 cup) - repeat with laying the biscuits and pour the batter again on top. Repeat for few more layers or until you finished the batter.

5. Chill overnight.

Wednesday, December 17, 2008

Pizzacup

I wanted to make some Roti Kebab for breakfast this morning but abandoned the idea. Pizza seemed more interesting. Heck, how about pizzacup? You know..with so many cupcakes around, how about pizzacup for a change? hehehhe....

This time I made the crust thin, I decided so after looking at Sweetlily's mouthwatering pizza pics! Thanks SL!


These are for the children...the mozarella cheese topping is slightly overbaked, as you can see. Terleka sekejap, coz pepagi my neighbour decided to come over pulak...



And this - is for the mommy and the Papa - even the maid lah. Gave some to the neighbours too..

Bahan-bahan :

For the Crust - resepi asal untuk crust from Sweetlily's

200 gram tepung gandum

Garam secukup rasa

12 gram butter

105 ml air

Sedikit sos tomato

Filling / Inti :

600 gram minced beef / daging cincang

1 labu bawang besar - di hiris dadu

1 ulas bawang putih - dicincang halus

1 sudu besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas)

Sedikit Mixed Vege

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 sudu makan butter

1 biji kentang - di kupas kulit dan dihiris dadu kecil

1 sudu teh Sos Tabasco (atau secukupnya, ikut kesukaan masing2)

Garam secukup rasa

Bahan tabur :

1/2 labu bawang besar - dihirs dadu atau boleh juga dihiris bulat

3 batang sosej - dihiris menyerong

1 biji tomato - dihiris nipis

Sedikit Nenas dalam tin - di hiris dadu

Mozarella cheese

Cara Membuat :

1. Masukkan tepung gandum, air dan garam ke dalam bekas - gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh. Masukkan butter dan uli sehingga menjadi doh yang licin.

2. Canaikan sehingga leper and tekan ke dalam acuan. Kemaskan bahagian tepi acuan. Tekan dengan garfu. Sapukan base ini dengan sos tomato. Ketepikan.

3. Tumis bawang besar and bawang putih sehingga layu, masukkan serbuk kari daging (jangan masukkan air ke dalam serbuk kari) - tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan juga serbuk ketumbar dan kacau lagi.

4. Masukkan daging cincang dan tumis lagi sehingga daging agak masak. Masukkan kentang, mixed vege, tabasco sos dan kacau sehingga kentang menjadi lembut. Biar sehingga agak kering. Masukkan butter. Kacau lagi. Tabur garam secukup rasa, kacau sebentar. Angkat dan ketepikan.

5. Tuangkan inti ke dalam acuan base tadi dan ratakan. Hias dengan bahan tabur tadi. Di atas sekali taburkan mozarella cheese.

6. Bakar dengan suhu 200C selama 20 minit atau sehingga base betul betul masak..

Saturday, December 13, 2008

Chocolate Cake paling simple dan lazat..

Waduh..time sejuk cegini - perut ni asyik nak kena isi aje, apa tak kembang badan ni eh! Kat Malaysia musim hujan kan? Haa..sure ramai yang asyik nak ke dapur je nak ngap ngap ngap..hee hee..


Petang tadi Wlily buat Chocolate Cake. This is the easiest chocolate cake recipe yang Wlily ade lah...gerenti anak2 kecik you all pun boleh buat, apatah lagi anak dara..tutup sebelah mata je dah walla! Resipi ni dulu Wlily cungkil dari mak kawan Wlily...haa..sampai kat mak dia aku mintak resipi you, jangan tak caya.




Kalau ikut strictly to the kitab kitab ahli nujum la..buat coklat kek kena tahan sabar, letak dulu dalam peti ais, bagi ganache dia set..so that bila kita hiris, tak de la sememeh macam yang dalam gambar ni haa...tak sampai 10 minit anak2 dah mintak dah...apa nak buat. Nanti kalo ko buat, ko letak lama sket la dalam peti ais tu ek. Lagi satu, make sure guna pisau yang warm la..so that senang sket nak hiris nanti.


Terpulang pada citarasa masing masing la camana nak hias coklat kek ni..nak tabur chocolate rice atas ganache tu pun boleh, letak gegula warna warni tu pun boleh..jangan letak bijik saga dah le..



Bahan - bahan :

Updated 14 Dec 08 - in metrics

1 1/4 gelas tepung naik sendiri (or 150 gram)

1 gelas gula (or 210 gram)

1 gelas serbuk koko (Wlily guna Cadbury cocoa powder) - or 100 gram

1 gelas melted butter (kalau tak cukup butter, letak setengah gelas then top up dengan minyak sayur / vegetable oil pun tak pe) - about 2.2 dl or 220 ml

1 tin susu - 410 gram or 384 ml (tin size biasa untuk susu cair tu la..I used susu cair Nestle)

4 biji telur ayam

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat (Wlily jarang letak sebab tak berapa berkenan rasanyer)

Untuk ganache / topping:

1 buku cooking chocolate (anggaran 250 gram)

200 gram whipping cream

Cara Membuat :

1. Ayak tepung bersama baking powder and soda bikarbonat. Di dalam bekas lain pukul telur sehingga sebati.

2. Masukkan cocoa powder, susu cair dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati. Masukkan telur, kacau lagi sehingga sebati. Masukkan pula melted butter - pukul lagi.

3. Tuangkan tepung sedikit sedikit sambil di pukul hingga sebati. (note : do not overbeat).

4. Tuang dalam bekas acuan dan kukus (steam) sehingga masak.

5. Cairkan chocolate cake dengan menggunakan kaedah double boiler - setelah cair, masukkan whipping cream - kacau sehingga sebati. Tuangkan ganache ini ke atas kek yang telah masak dan disejukkan terlebih dahulu. Boleh lah di hias mengikut citarasa masing masing.


Ini la dia gelas (cawan?) IKEA yang Wlily gunakan untuk sukatan Chocolate Cake ni..

Friday, December 12, 2008

Braided Doughnuts

I got to learn how to make these doughnuts from my Romanian neighbour. Very tasty and soft..gebu gitu..




Sebenarnya, cara membuatnya macam donut biasa jer, cuma rasa dan texture yang sedap dan lembut tu yang bagi oomph..!

Bahan-bahan :


500 gram tepung gandum (tambah jika perlu)
300 ml susu penuh krim (full cream milk) - tambah jika perlu
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
4 sudu besar instant yeast (I used DCL)
Essen vanilla
1 biji lemon di parut kulitnya
1 1/2 sudu besar mentega

Cara Membuat:-


1. Panaskan susu di atas api sederhana sehingga agak suam.
2. Di dalam bekas lain, masukkan gula dan yeast dan parutan lemon. Tuangkan susu suam dan gaul hingga sebati dan sehingga gula cair.
3. Masukkan kuning telur, essen vanilla, butter dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan sehingga rata dan kenyal. Ketepikan dan tutup doh dengan kain lembab. Biar sehingga lebih kurang 1/2 jam hingga satu jam adunan akan kembang dua kali ganda.
5. Tabur tepung di atas permukaan rata, dan bentuk kan doh seperti kehendak masing masing. Dah nama resepi ni braided donut - kena lah buat bentuk tocang ye tak? heh heh..tapi kalo nak buat bentuk roket pun suka hati kamu la...
6. Panaskan minyak atas api sederhana - deep fry sehingga keperangan. Angkat dan tabur gula halus (gula yang telah di blend) ke atas nya. Sedap dimakan waktu petang atau masa hujan you...

Wednesday, December 10, 2008

Beef Potato Pie

Resipi ni Wlily dapat dari Kak Nina, kawan my SIL. Sedap you...especially the pastry. Rasa inti pie ni dah di 'Malaysianized' kan..heh heh..




Bunga cengkih kat atas Pie tu saje je untuk hiasan, kekonon nak nampak macam pineapple ..


Nanti Wlily update resipi nyer ok...
Update @ 11 Dec 2008
Bahan - bahan :
1 kilo kentang
250 gram butter - dipotong cube terlebih dahulu (tinggal sedikit untuk glaze acuan)
1 gelas tepung gandum
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
3 biji telur
2 biji kuning telur untuk disapu atas kulit pie
Untuk Inti:
800 gram daging - dihiris halus (boleh juga guna kan daging cincang)
Mixed Vege (Wlily letak sikit je sebab anak2 tak suka)
1 labu bawang besar - dihiris dadu
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
Daun sup dan daun bawang - dihiris nipis
Garam secukup rasa
1 sudu besar oregano
3 sudu besar kari daging (Wlily guna kari Babas) - dicampur sedikit air untuk pes
Cara Membuat :
1. Rebus kentang bersama kulit sehingga empuk. Setelah empuk, buangkan kulit dan lenyekkan (mash.)
2. Masukkan butter yang telah dipotong cube dan lenyek bersama sehingga sebati. Masukkan juga gula.
3. Setelah kentang agak sejuk, pukul telur bersama garam terlebih dahulu dan tuang ke dalam adunan kentang tadi, gaul sehingga sebati. Masukkan tepung dan gaul lagi sehingga rata dan menjadi doh. Ketepikan.
4. Tumis bawang putih sehingga agak perang (jangan terlalu garing), masukkan 1/2 bahan bawang labu tadi dan tumis lagi sehingga agak layu.
5. Masukkan kari pes dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sehingga daging empuk.
6. Masukkan lebihan bawang besar tadi bersama mixed vege dan oregano. Kacau lagi sehingga sebati dan layu.
7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan garam secukup rasa. Gaul lagi sehingga mesra - angkat dan ketepikan.
8. Sapu butter pada acuan , kemudian taburkan sedikit tepung di atas dan tepi acuan.
9. Ambil separuh dari adunan kentang dan ratakan di dalam acuan. Tuangkan inti daging tadi dan ratakan juga. Lapis kan separuh lagi adunan kentang di atas sekali. Sapukan kuning telur di bahagian atas adunan kentang. Lorekkan di atas adunan kentang (lihat gambar) dan bakar sehingga masak atau pai menjadi keperangan. (or you can set your oven at 120C dan bakar sehingga keperangan.)

Thursday, December 4, 2008

Vanilla Cream

Pagi tadi Wlily buat bread puding lagi. This time, Wlily kurang kan gula supaya kurang manis. Ye lah, kat rumah sekarang ni ramai tetamu, ada yang kuat manis, ada yang tak suka manis - so Wlily ambik jalan tengah. Bread Puding yang kurang manis, dimakan bersama vanilla cream yang manis dan lemak. Mmm..terangkat you...






Wlily snap gambar ni sebab nak tunjuk camana rupe reduced cream yang Wlily guna tu..kat tanah Pak Abu ni, yang ada Puck Cream jer, Nestle Cream tu susah nak dapat. Tin nyer kecik jer, kalau kat Msia, you can go either to Carrefour or Giant (kat Giant selalu ada) and head straight to baking section. Or , tanya salesmen or salesgirl kat sana ..


Bahan -bahan :

1 tin nestle cream

300 ml susu cair

4 biji kuning telur

3 sudu besar gula

3 sudu teh tepung jagung

1 sudu teh essen vanilla


Cara Membuatnya :


1. Panaskan nestle cream bersama susu cair di atas api sederhana sehingga mendidih. Padamkan api.

2. Dalam bekas lain, pukul kuning telur, gula dan tepung jagung sehingga sebati. Masukkan adunan telur ke dalam adunan susu cair tadi. Panaskan di atas api sederhana dan kacau perlahan lahan sehingga adunan agak pekat.

3. Setelah adunan pekat, angkat dan ketepikan. Masukkan essen vanilla dan kacau lagi sehingga sebati.

4. Boleh dimakan bersama Bread Puding atau mana mana sticky puding yang lain.

Selamat mencuba..!

Monday, December 1, 2008

Portuguese Egg Tart (1)


Pagi tadi Wlily bukak kelas memasak, ajar kakak2 ipar buat Portuguese Egg Tarts...heh heh... they all pun boleh tahan terrer masak memasak ni you...so nervous jugak lah bila kena beraksi depan they all nih!

The whole cara cara memasak was recorded you...nampak lah I gigil kut...lepaih ni depa tunjuk kat my MIL ;-0! Selalunya Wlily masak or bake cakes apa segala masa they all tak de kat rumah. Bila balik tau siap je.

Resipi nyer tak payah lah Wlily tulis lagi ek..sebab dah buat dulu. Just refer to the label under 'tart' kat side bar tu ok!


Bread Puding

Pagi tadi sempat jugak Wlily buat Puding Roti untuk sarapan pagi. Daripada roti tak habis dimakan, baik digunakan sepenuh nya.

Disebabkan Wlily masih mamai pepagi buta, bila buat puding roti ni, Wlily buat cara orang malas lah. You can also call resipi ni resipi style orang malas...main campak campak je.


Lain dapur lain caranya ;-) Yang putih putih kat atas tu Wlily tabur gula aising. Saje nak bagi cantik, selalu Wlily tak letak pun...


Bahan - bahan :

8 keping roti gardenia (brand lain pun tak per..)

4 biji telur ayam

30 gram butter - cair kan.

150 gram gula

475 ml susu cair

1 sudu teh esen vanilla

Sedikit kismis

Cara Membuatnya :

1. Potong bahagian tepi roti dan carik carik kan - campak dalam acuan. Tabur sedikit kismis di celah celah roti tadi.

2. Tuang butter yang telah cair ke atas roti tadi.

3. Di tempat lain - pukul telur, masukkan susu, gula dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati.

4. Tuangkan adunan telur ke dalam acuan tadi. Tabur kan lebihan kismis ke atas roti. Biarkan adunan telur agak serap ke dalam roti - masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga keperangan.

5. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama vanilla cream.



Garlic Bread

Garlic bread ni sesuai di makan waktu minum petang bersama mushroom soup.



Bertambah sedap kalau ada daun parsley. Tapi Wlily tak letak sebab tak de stock kat rumah..

Bahan2 :-

1 - 2 kayu french bread - dihiris menyerong (lihat gambar)
1/2 buku salted butter
2 sudu besar susu pekat
6 ulas bawang putih dicincang
Satu sudu teh daun parsley kering
Cara :
1. Lembutkan butter pada suhu bilik.
2. Masukkan susu pekat, bawang putih dan daun parsley kering ke dalam adunan butter dan gaul sehingga sebati.
3. Sapukan ke atas roti perancis yang telah dihiris tadi (both sides) dan bakar sehingga keperangan.
4. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama mushroom soup.

Wednesday, November 26, 2008

Waterlily's Fruit Cake

I love fruit cakes! There are lots of fruit cakes recipes around I know, but I always make mine this way..learned it from my mom. Sedap you...seperti biasa, Wlily modified sikit dari resipi asal my mom, sebab nak kurang kan gula.


Deco yang sempoi kat atas kek tu saje je Wlily buat, sebab anak dara tengah menangis time tu, so bila dia tengok kek ala-ala birthday cake ni..senyap la dia...senyum balik si Sasha tu :-)


Malam ni ada buat BBQ, so fruit cake ni Wlily buat sebagai salah satu dessert lah. Tetamu belum balik lagi dari meronda-ronda kat Abu Dhabi and Al Ain, kek dah kena makan...ahakkss!!

I will update the recipe nanti ok! Cheers..

Monday, November 24, 2008

Spaghetti Bolognaise

Bila angin omputih dah melanda tekak..lambat pulak lah nak hilang angin ni. Pagi ni, Wlily sediakan spaghetti pulak untuk tetamu yang datang.




Gambar kedua, spaghetti yang telah di tabur parmesan cheese.

Bahan - Bahan untuk kuah:

500 gram - 700 gram daging cincang (minced beef).

1 labu bawang besar - di hiris dadu

2 ulas bawang putih - di cincang halus

1 biji capsicum hijau atau merah - di hiris dadu

10 - 15 biji cendawan butang - di belah 2 atau 4

1 biji tomato - dihiris dadu

2 helai bay leaf

1 sudu teh oregano

3 sudu besar tomato puree

1/2 botol sos spaghetti (wlily selalu guna preggo - traditional) kalau guna 1 botol pun boleh jika suka

Garam dan gula secukup rasa.

Cara Membuat :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging cincang - kacau sehingga daging cincang masak.

2. Masukkan tomato, capsicum (cili benggala) dan cendawan butang. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan tomato puree, bay leaf dan oregano. Biar hingga mendidih.

3. Masukkan sos preggo, kacau lagi sehingga mendidih. Tabur garam dan gula secukup rasa.

4. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus sehingga lembut terlebih dahulu.

Nota : Spaghetti hendaklah direbus dengan air yang telah di campur setitik dua minyak olive dan sedikit garam.

Sunday, November 23, 2008

Cream Horns

Mulai semalam, maka ramai lah tetamu di rumah Wlily. SIL dan BIL sekeluarga (2 keluarga sebenarnya) tiba dari Malaysia.

Bila dah ramai budak, menu makan pagi pun kena berubah sikit supaya bebudak ni suka. Kalau kita buat lepat pisang ke, goreng pisang ke, alamat bebudak tu tak nak sentuh nanti. So today, untuk breakfast - Wlily made something English lah. Chewah..konon nak jadi omputih lah sekejap. I made Cream Horns, since anak Wlily suka makan Cream Horns ni, I'd figure the other kids pun mesti suka jugak. Memang betul sangkaan Wlily....




Bahan - Bahan :

375 gram block puff pastry (yang instant tu lah..)

1 biji telur ayam - ambil putihnya

1 sudu teh gula castor

Strawberry jam

Custard Cream untuk intinya :

1/2 cawan tepung susu penuh krim (waterlily bedal susu anak wlily punya..lemak you...)

1/4 cawan gula castor

1/4 cawan tepung kastad

1 1/4 cawan air

1/3 cawan cream (Kat Msia, wlily selalu guna Nestle cream, kat abu dhabi ni guna Puck Cream)

Cara Membuat :

1. Panaskan oven 240C. Sediakan tray yang di tabur tepung. Sapukan acuan cream horn dengan mentega cair atau minyak masak.

2. Puff pastry yang telah di giling nipis segi empat memanjang dan di kerat selebar 2.5cm (lebih kurang lah..agak agak je ok).

3. Gulung dari bahagian muncung acuan, berlapis serong sehingga ke hujung muka acuan.

4. Sapukan dengan putih telur, dan tabur dengan castor sugar. Susun dalam tray yang disediakan dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Kurang kan kepanasan oven ke 190C - dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga keperangan dan kulit pasty menjadi kembang. Sejukkan selama 5 minit dan keluarkan dari acuan cream horn.

5. Masukkan sedikit strawberry (anggaran setengah sudu teh) jam ke dalam kelonsong yang telah siap dan di sapu di bahagian tepinya. Guna piping bag untuk mengisikan custard cream pula sehingga agak penuh.

6. Siap untuk dihidang :-)

Untuk membuat inti Custard Cream.

1. Masukkan tepung susu, gula dan tepung kastad ke dalam fying pan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau di atas api sedernana sehingga pekat. Ketepikan dan sejukkan.

2. Setelah adunan sejuk, masukkan nestle cream dan putar sehingga putih dan pekat. Sejukkan dalam peti ais.

Sunday, November 16, 2008

Baked Pasta

Hari ni hari menu omputih. Dah lama anak Wlily requested for this dish, hari ni baru terbuat. Itu pun leka tengok TV sampai pasta dalam oven dah jadi pastu! heh heh..bila terlebih masa kat dalam oven tu, the cheese topping pun terlebih tanned la..tapi rasa masih maintain sedap!

Another reason for this recipe is to fulfil a request from a friend :-) I dont know whether this is the recipe that she is looking for, but hey, I promise you its worth a try!





Wlily terpaksa cut the pasta right after keluar oven, sebab anak dah nak makan!

Resipi asal : myresipi tapi Wlily dah modified sket..

Bahan - Bahan :

500gram pasta (Wlily guna 250 gram saja - terpulang pada anda nak guna shell, penne etc)

300 gram daging cincang

1 ulas bawang putih - dicincang

1 labu bawang besar - dipotong dadu

1 1/2 tin kecil tomato puree

5 biji Mushroom button - di hiris nipis (boleh tambah kalau suka)

1 capsicum green - dipotong dadu

1 dried bay leaf

1 sudu teh oregano

1 buku kiub stok daging

1/4 batang carrot - di potong dadu (wlily letak sikit saja sebab anak2 tak suka, but its really up to you nak letak banyak mana)

Parutan keju - mozarella or cheddar or parmesan (wlily selalu guna mozarella campur cheddar. But this time, guna mozarella saja).

3 sudu besar olive oil

Garam secukup rasa

Bahan untuk Kuah Putih :

2 sudu besar butter

1 sudu besar tepung gandum

2 kotak kecil susu segar

Garam secukup rasa

Sedikit lada hitam (kadang kadang wlily letak lada putih je..)

Cara membuat :

1. Panaskan air sehingga mendidih - masukkan pasta, sedikit minyak dan secubit garam. Biar sehingga pasta kembang. Setelah kembang, angkat dan toskan.

2. Panaskan 3 sudu olive oil - masukkan bawang besar dan bawang putih, kacau sehingga layu (jangan tunggu garing).

3. Masukkan daging cincang - dan kacau sehingga daging masak. Masukkan carrot dan kacau sehingga carrot lembut. Masukkan tomato puree dan kacau lagi.

4. Masukkan kiub stok daging (yang telah di hancurkan terlebih dahulu), kacau lagi. Akhir sekali masukkan hirisan mushroom, bay leaf, oregano dan garam secukup rasa. Setelah bahan agak pekat, angkat dan ketepikan.

5. Untuk menyediakan sos putih - panaskan butter sehingga cair, masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat agar tidak berbintil. Masukkan susu dan kacau lagi. Setelah mesra, masukkan lada hitam dan secubit garam). Apabila agak pekat , angkat dan ketepikan.

6. Untuk melapis : Sediakan bekas - taburkan lapisan pasta yang telah kembang tadi, di ikuti dengan lapisan adunan daging cincang. Akhir sekali di ikuti lapisan sos putih. Ulang sehingga 2 lapis. Taburkan cheese pada lapisan atas sekali.

7. Bakar dalam oven 190C selama 30 minit ATAU sehingga parutan cheese kekuningan.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 12, 2008

Kerutup Ayam

Wlily suka masak Kerutup Ayam ni sebab simple je cara nya, rasa masakan ni pun ala ala rendang gitu, cuma tak letak daun kunyit je. Resipi asal dari buku 'Sedapnyaa' oleh Chef Wan kita yang termashyur tu...



Bahan-bahan :

1 ekor ayam , di bersihkan dan di potong dua belas (Wlily potong sesuka hati)

Minyak Masak untuk deep fry

2 sudu besar pes chilli kering

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar jintan manis (serbuk kasar)

1 sudu besar jintan putih (serbuk halus)

1.5 cm kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

3 cawan santan (diperah dari 1 biji kelapa)

2 sudu besar gula melaka parut atau gula perang (Wlily guna gula perang)

1 cawan kerisik (or 110 gm)

3 keping asam gelugur

gram

gula

Bahan Perap (ditumbuk lumat-lumat)

15 ulas bawang merah, dikupas

3 ulas bawang putih, dikupas

2.5 cm halia, dikupas

2 cm lengkuas, dikupas

1 batang serai - dihiris halus halus

Cara Membuat :

1. Gaul ayam dengan bahan pemerap dan biar di dalam peti sejuk selama 2 jam (Wlily letak 45 minit je).

2. Panaskan minyak masak dan goreng terendam ayam sehingga kuning keemasan. Tuskan.

3. Tinggalkan 1/4 cawan minyak masak di dalam kuali dan simpan selebihnya. Tumis chilli paste serta ketumbar, jintan manis , jintan putih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi.

4. Tambah santan, kacau dan masukkan ayam goreng. Renihkan selama 20 minit. Campur gula melaka atau gula perang, kerisik dan asam gelugor dan renihkan selama 5 minit lagi. Perasakan dengan garam dan gula.

Brussel Sprouts with Oyster Sauce

Semalam Cik Abang balik dari Frankfurt, "ada beli barang" katanya. Ishh..ada chance la ni. "Apa dia?" tak sabar nak tau ni.. "Bukak beg tu, dalam bungkus plastik tu ada sayur." Haaaah..? Sayur???..hmmm..sayur pun sayur lah..

Jauh cik abang aku pegi kerja, bila balik bawak sayur. Tak ape...bagus jugak tu, agaknya kesian kat I lah yang asyik pening pening lalat nih.. Dia beli Brussel Sprouts, banyak lak tu. So today, Wlily masak simple je - esok esok, masak lain pulak lah.

Meh tengok gambar dulu ..




Sedap, rangup, dan manis rasa sayur ni ..

Bahan - bahan :
15 labu Brussels Sprouts - di cuci
2 sudu makan oyster sauce
1 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh tepung jagung di campur 2 sudu besar air
1/4 cawan air
Cara Membuat :
1. Potong pangkal brussel sprouts and hiris X sedalam lebih kurang 1/8 inci.
2. Panas kan air didalam periuk -masukkan secubit garam dan setitik dua minyak kacang. Masukkan brussel sprout - golek golek kan sehingga agak lembut tetapi jangan terlalu layu atau terlebih rebus. Angkat dan toskan.
3. Panas minyak - tumis bawang putih sehingga wangi - masukkan oyster sauce - kacau dan tuangkan air tepung jagung. Kacau lagi. Masukkan air dan biar mendidih.
4. Masukkan minyak bijan dan lada putih. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar dan angkat.
5. Untuk menghidang, tuangkan kuah oyster sauce ini ke atas brussels sprout.

Tuesday, November 11, 2008

Kuih Kaswi

Resipi ni saya ambik dari dapur Sweetlily, but original recipe is from Bro Rozzan. Saja Wlily letak dalam bekas comel nak bagi anak-anak suka.





Esok saja Wlily update resipi ye.... :)

Updated @ 12 Nov 2008

Bahan A :

450 ml air

350 gm gula melaka

240 gm gula pasir

daun pandan

Bahan B:

190 gm tepung gandum

120gm tepung kanji

60 gm tepung beras

900 ml air

1 sudu makan air kapur

2 sudu makan air abucang

2 sudu makan pewarna coklat (Wlily tak letak)

Cara Membuat :

1. Satukan Bahan A dan Bahan B - kemudian tapiskan.

2. Kukus sehingga masak. Jika anda menggunakan acuan kecil - masa mengukus adalah selama 10 - 15 minit. Jika menggunakan loyang besar, masa mengukus adalah selama 30 - 40 minit.

3. Hidangkan dengan kelapa parut (putih) yang dikukus dan dicampur sedikit garam.

Monday, November 10, 2008

Daging Dendeng

Yang ni one of Wlily's favourite pulak.. :) Menu utama during dinner..





Bila dah kenyang, 'enjin' agak slow sket..esok la update resipi ye...heh heh

Updated @ 11 Nov 2008

Bahan - bahan:

1/2 Kilo Daging - di bersih dan di hiris 4" x 4" - di rebus sehingga empuk

1 - 2 cawan air rebusan daging

10 ulas bawang merah - ditumbuk

3 ulas bawang putih - ditumbuk

1/2 inci halia - ditumbuk

1/2 inci lengkuas - ditumbuk

2 sudu chilli paste (kalau nak rasa pedas, letak lebih sikit)

1 sudu makan serbuk kari

2 sudu makan gula merah

1/2 sudu makan gula pasir

1 sudu teh serbuk ketumbar

2 sudu makan kicap pekat manis (Wlily guna kicap manis Habhal)

Air asam jawa

Garam

8 - 10 biji bawang merah - dihiris nipis dan digoreng (untuk bawang goreng)

Cara Membuat :

1. Daging yang telah empuk - dihiris sederhana nipis, ditumbuk sedikit dan di goreng sebentar , jangan terlalu garing. Angkat dan asingkan.

2. Tumis semua bahan tumbuk bersama chilli paste dan serbuk kari sehingga pecah minyak. Perlahankan api.

3. Tuang air rebusan daging dan masukkan gula merah, gula pasir - kacau sehingga sebati.

4. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan serbuk ketumbar serta garam secukup rasa - kacau lagi. Setelah kuah agak pekat, masukkan daging dan gaul sehingga kuah dan daging mesra.

5. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan balik balikan daging sehingga rata.

6. Angkat dan hidangkan.

Sunday, November 9, 2008

Ayam Berandah

Ayam Berandah ni lebih kurang macam masakan kicap biasa, cuma rasanya lain sedikit. Kentang goreng nipis dan rangup menambah kan rasa enak. Ini lah menu untuk anak-anak Wlily yang akan balik sekolah nanti :) Favourite si Syafiq yang eldest tu.. Sebenarnya, lebih enak jika kuah pekat dan sedikit sahaja, tapi disebabkan anak Wlily tu suka makan berkuah...Wlily tambah air lebih sedikit...


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - di bersihkan dan dipotong sesuka hati

1 sudu besar serbuk ketumbar

8 biji bawang merah - ditumbuk

2 biji bawang putih - ditumbuk

Rempah ratus (cengkih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang - dan kaum kerabat yang lain lah)

1 tangkai serai - dititik

1/2 inci hali - ditumbuk

1/2 inci lengkuas - ditumbuk

1 sudu besar rata sos lingam

2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu teh lada putih

1 sudu besar kerisik

Garam, gula secukup rasa

1 labu bawang besar di belah empat

1/2 cawan air (atau ikut kesukaan masing masing samada mahu kuah pekat atau tidak)

1 biji kentang - di bersih dan dihiris nipis dan digoreng (jgn buang kulit)

Cara Membuat :

1. Marinate ayam dengan bahan tumbuk, lada putih, serbuk ketumbar, kicap cair, kicap pekat dan sos lingam - biar sekejap (anggaran 10 minit sahaja)

2. Tumis ayam yang telah di perap bersama serai dan rempah ratus. Gaul sehingga sebati dan masukkan air, biar sebentar. Masukkan kerisik dan gaul lagi - biar sehingga mendidih.

3. Tabur garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris empat.

4. Angkat dan hidangkan bersama kepingan kentang yang telah digoreng.

p/s kadang kadang Wlily masukkan juga buah gajus yang telah digoreng terlebih dahulu untuk menambahkan rasa lemak kacang pulak....

Saturday, November 8, 2008

Asam Pedas Ekor Lembu

Salah satu masakan kegemaran cik abang Wlily...

Nanti Wlily sertakan resipi nyer ok. Sabarr...lately ni asyik pening kepala aje...banyak sangat makan daging lembu kut..alahai...



Sedap dimakan bersama nasi panas, ulam ulaman...uissh!!..

Update@ 9 Nov 2008

Bahan - bahan :

1/2 kilo ekor lembu - di bersih dan di rebus sehingga empuk terlebih dahulu

1 labu bawang merah besar - ditumbuk

2 ulas bawang putih - ditumbuk

1/2 inci halia - ditumbuk

1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk (Wlily guna serbuk kunyit je..1/2 sudu teh)

3 tangkai serai - ditumbuk

5 tangkai cili kering - ditumbuk (sukatan ikut lidah masing masing - nak pedas tambah lagi...)

Sedikit belacan - di bakar atas api sebentar dan ditumbuk

2 - 3 helai daun limau purut

1 kuntum bunga kantan - di belah 2 (kali ni Wlily tak letak pun)

1 sudu besar asam jawa - di campur 1/2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis

Pelakon ekstra - terpulang kepada minat masing masing - tapi Wlily selalu letak tomato je. Kalau letak terung or kacang bende...lari la rasa ekor lembu tu ek...moooo...mooo..

Cara Membuat :

1. Tumis semua bahan tumbuk sehingga wangi. Kalau guna serbuk kunyit - masukkan juga.

2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar , biar mendidih.

3. Masukkan daging yang telah empuk, gaul hingga sebati dan mendidih (keep on stirring). Tuangkan juga air rebusan daging tadi (anggaran dalam 2 - 3 cawan sahaja). Biar sehingga betul betul mendidih dan rasa tumisan serap ke daging.

4. Tabur garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali tabur daun limau purut. Angkat dan hidangkan.

p/s Jangan biarkan daun limau purut dimasak terlalu lama...nanti pahit kuah nya beb!

Thursday, November 6, 2008

Ayam Masak Kurma

Bukak tutup bukak tutup freezer, tak tau apa nak masak. Yang ada ikan sherry, ayam dan sedikit daging. Masak ayam je lah. Tapi masak apa ya? Fikir punya fikir, hmm..dah lama tak buat ayam masak kurma. So itu lah menu hari ini... :)

Resipi Wlily ni lain sikit lah agak nya dari yang lain sebab Wlily letak susu manis sket. WHAT??! some of you may terkezut la..tapi betul, ada letak susu manis. Rasa pun sedap...ada rasa lemak susu sket...heh heh...bab lemak ni jangan main sangat tau..nanti naik satu badan!

Bila dah lama tak rasa ayam masak kurma ni, bila makan semuanya licin!



Bahan2 :

1 ekor ayam - di bersih dan di potong sesuka hati

3 sudu besar serbuk kurma (Wlily guna Adabi)

1 mangkuk santan

10 biji bawang merah - ditumbuk

3 biji bawang putih - ditumbuk

2 biji buah keras - ditumbuk

1/2 inci halia - ditumbuk

1 tangkai serai - dititik

Rempah ratus

1 - 2 biji kentang - di belah 4

1 sudu teh susu manis (boleh lebihkan jika hendak lebih rasa lemak susu)

1 sudu besar (rata) kerisik

Garam secukup rasa

1 sudu besar minyak sapi

Bahan hiasan:

1 tangkai cili merah - di belah tengah

1 tangkai cili hijau - di belah tengah

Bawang besar - di belah empat

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak sapi - tumis bawang, serai, bahan tumbuk dan rempah ratus sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk kurma yang telah dicampur sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, gaul sebentar. Tuangkan santan dan masukkan juga kentang. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan kerisik. Biar mendidih lagi sehingga agak pekat dan kentang menjadi empuk.

4. Masukkan susu pekat, tabur garam secukup rasa. Masukkan bahan hiasan dan gaul sebentar.

5. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, November 5, 2008

Banana Chocolate Rice Cake

Resipi asal dari Allrecipes.com tapi Wlily dah ubah sikit. Originally it requires chocolate chips, tapi disebab kan tak de chocolate chip kat rumah, Wlily rembat je chocolate rice..ahaks! Dah tu, sebab nak bagi anak2 seronok makan, Wlily letak la dalam paper cup comel. Kalau letak dalam acuan gitu je memang tak laku sangat, sebab anak2 tak berapa gemar banana cakes..

Anyway, this one proved to be different. They simpy love 'em! Lembut, gebu and because I was ever so generous with the chocolate rice .. it adds nicely to the flavor (kalau letak chocolate chip lagi sedap kut..)

Anak dara Wlily si Sasha tu, sekali terkam haa..dua bijik sekali..! Abang2 dia belum balik sekolah lagi nih..


Bahan-bahan :

225 gram pisang dilenyek (lebih kurang dua biji )

135 gram gula

190 gram tepung gandum (Wlily guna self raise flour)

60 ml susu segar

1 sudu teh baking powder (Wlily letak baking soda)

115 gram unsalted butter - di lembut

1 sudu teh essen vanilla

125 gram Chocolate chips (Wlily guna chocolate rice)

1 biji telur

Secubit garam

Cara Membuat :

1. Panaskan oven pada suhu 175C (350F). Tabur tepung pada acuan 8x8 (sebab adunan ni sedikit saja)

2. Gaulkan gula, tepung, baking soda bersama secubit garam.

3. Di tempat lain, lenyekkan pisang, masukkan telur, essen vanilla, butter dan susu segar. Kacau hingga sebati.

4. Tuang adunan pisang ke dalam adunan tepung tadi dan gaul rata (do not over mix / beat).

5. Setelah sebati, masukkan ke dalam acuan atau tuang dalam paper cup jika suka.

6. Masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga masak.

Selamat mencuba!!

Sunday, November 2, 2008

Pundi-Pundi Wang Thai

Petang tadi Wlily dapat call dari Consultant Paeditrician yang merawat anak saya si Syahmi tu. Alhamdulillah, keputusan blood test yang dilakukan untuk kali ketiga menunjukkan Syahmi beransur sihat dan katanya "there's nothing to worry about anymore." What a relieve!

So petang tadi, Wlily buat lah Pundi Wang Thai untuk anak Wlily tu... Original recipe is from Chef Wan's "Sedapnyaa.." book. Untuk inti, Wlily guna apa yang ada dalam peti ais tu je. The original recipe requires the ingredients stated below.





I have to make these again tomorrow, sebab yang tadi tak cukup..semua nak lagi!!

Bahan2 :

1/4 cawan minyak masak + minyak masak untuk menggoreng terendam

4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus halus

200 gram isi ayam, di dadu kecil2

2 sudu besar sos tiram

1 sudu teh kicap cair

1/2 sudu teh kicap cair

1/2 sudu teh lada putih serbuk

1/2 sudu teh minyak bijan

6 kuntum cendawan cina, direndam dengan air panas dan dihiris nipis-nipis

6 biji sengkuang cina, dikupas dan didadu kecil kecil (Wlily tak letak sebab tak ada stok ..)

200 gram udang yang kecil, di buang kulit dan urat

55 gram suun, direndam dan tuskan

2 tangkai daun bawang dihiris nipis

1 sudu teh tepung jagung di bancuh dengan 1 sudu besar air

20 keping kulit popia 10cm x 10 cm (Wlily guna yang saiz besar tu, and letak isi banyak sket..senang nak buat bunga kat atas tu pun..)

10-12 tangkai daun bawang kering (Wlilu guna daun kucai, senang sikit nak ikat..)

Cara Membuat:

1. Untuk membuat intinya, panaskan 1/4 cawan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih, ayam dan sos tiram, kicap cair, lada putih dan minyak bijan. Kacau sehingga ayam empuk. Masukkan cendawan dan sengkuang cina serta udang dan masak selama 1 minit sahaja.

2. Campur suun dan daun bawang. Kacau rata rata. Tambah bancuhan tepung jagung dan masak sehingga pekat. Sejukkan.

3. Ambil 2 keping kulit popia dan bubuh 4 sudu teh inti di atasnya. Bawa hujung kulit popia ke tengah dan ikat dengan daun bawang kering.

Wlily guna kulit popia besar, dapat la 10 keping...padan pun tak cukup :)