CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 16, 2008

Baked Pasta

Hari ni hari menu omputih. Dah lama anak Wlily requested for this dish, hari ni baru terbuat. Itu pun leka tengok TV sampai pasta dalam oven dah jadi pastu! heh heh..bila terlebih masa kat dalam oven tu, the cheese topping pun terlebih tanned la..tapi rasa masih maintain sedap!

Another reason for this recipe is to fulfil a request from a friend :-) I dont know whether this is the recipe that she is looking for, but hey, I promise you its worth a try!





Wlily terpaksa cut the pasta right after keluar oven, sebab anak dah nak makan!

Resipi asal : myresipi tapi Wlily dah modified sket..

Bahan - Bahan :

500gram pasta (Wlily guna 250 gram saja - terpulang pada anda nak guna shell, penne etc)

300 gram daging cincang

1 ulas bawang putih - dicincang

1 labu bawang besar - dipotong dadu

1 1/2 tin kecil tomato puree

5 biji Mushroom button - di hiris nipis (boleh tambah kalau suka)

1 capsicum green - dipotong dadu

1 dried bay leaf

1 sudu teh oregano

1 buku kiub stok daging

1/4 batang carrot - di potong dadu (wlily letak sikit saja sebab anak2 tak suka, but its really up to you nak letak banyak mana)

Parutan keju - mozarella or cheddar or parmesan (wlily selalu guna mozarella campur cheddar. But this time, guna mozarella saja).

3 sudu besar olive oil

Garam secukup rasa

Bahan untuk Kuah Putih :

2 sudu besar butter

1 sudu besar tepung gandum

2 kotak kecil susu segar

Garam secukup rasa

Sedikit lada hitam (kadang kadang wlily letak lada putih je..)

Cara membuat :

1. Panaskan air sehingga mendidih - masukkan pasta, sedikit minyak dan secubit garam. Biar sehingga pasta kembang. Setelah kembang, angkat dan toskan.

2. Panaskan 3 sudu olive oil - masukkan bawang besar dan bawang putih, kacau sehingga layu (jangan tunggu garing).

3. Masukkan daging cincang - dan kacau sehingga daging masak. Masukkan carrot dan kacau sehingga carrot lembut. Masukkan tomato puree dan kacau lagi.

4. Masukkan kiub stok daging (yang telah di hancurkan terlebih dahulu), kacau lagi. Akhir sekali masukkan hirisan mushroom, bay leaf, oregano dan garam secukup rasa. Setelah bahan agak pekat, angkat dan ketepikan.

5. Untuk menyediakan sos putih - panaskan butter sehingga cair, masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat agar tidak berbintil. Masukkan susu dan kacau lagi. Setelah mesra, masukkan lada hitam dan secubit garam). Apabila agak pekat , angkat dan ketepikan.

6. Untuk melapis : Sediakan bekas - taburkan lapisan pasta yang telah kembang tadi, di ikuti dengan lapisan adunan daging cincang. Akhir sekali di ikuti lapisan sos putih. Ulang sehingga 2 lapis. Taburkan cheese pada lapisan atas sekali.

7. Bakar dalam oven 190C selama 30 minit ATAU sehingga parutan cheese kekuningan.

Selamat mencuba!

6 comments:

azian said...

Wlily,
Mesti cuba resipi ni...anak I mesti suka...Thanksm for the recipe...cuti sekolah ni kena masak lebih sikit!

Waterlily said...

Hi Azian :)

Thanks for hopping by! time cuti sekolah la selalu buat menu macam ni! anak wlily pun lebih kurang sama jer...

p/s wlily kalau buat suka buat sos putih lebih sikit, coz my children love them. tapi lain orang, lain preferrence kan. try the recipe as it is dulu ok ..cheers!

Ezza Aziz said...

sedap ni,I pernah buat tapi sos putih tak da la pulak sebab masa belajar hari tu tak habis lagi dah cabut lari!!!
Sakit belakang dah ok ker? Tapi kalau jawatan mak ni kan,sakit ke apa ker kena masak jugak..tak leh ambik mc pun!

Waterlily said...

Alahai Kak Izzah

nape cabut lari bila cooking lesson belum habis? Baked pasta ni favourite anak2, my maid pun suka jugak. I okay je, dear hubby tak berapa berkenan.."tekak tak berapa ngam" katanya..

Belakang masih sakit la...i think i tergeliat muscle ke, tak tau lah!

Madam Tai Tai said...

Sapa lah agaknya kawan you tu, WL? :)

Thanks so much for this recipe. I think it'll help to make potluck events much easier for me!!

Hugs!!

Waterlily said...

Entah lah MTT :) I ni lupa lupa pulak, sapa kawan I tu ye ;-)