CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 23, 2008

Cream Horns

Mulai semalam, maka ramai lah tetamu di rumah Wlily. SIL dan BIL sekeluarga (2 keluarga sebenarnya) tiba dari Malaysia.

Bila dah ramai budak, menu makan pagi pun kena berubah sikit supaya bebudak ni suka. Kalau kita buat lepat pisang ke, goreng pisang ke, alamat bebudak tu tak nak sentuh nanti. So today, untuk breakfast - Wlily made something English lah. Chewah..konon nak jadi omputih lah sekejap. I made Cream Horns, since anak Wlily suka makan Cream Horns ni, I'd figure the other kids pun mesti suka jugak. Memang betul sangkaan Wlily....




Bahan - Bahan :

375 gram block puff pastry (yang instant tu lah..)

1 biji telur ayam - ambil putihnya

1 sudu teh gula castor

Strawberry jam

Custard Cream untuk intinya :

1/2 cawan tepung susu penuh krim (waterlily bedal susu anak wlily punya..lemak you...)

1/4 cawan gula castor

1/4 cawan tepung kastad

1 1/4 cawan air

1/3 cawan cream (Kat Msia, wlily selalu guna Nestle cream, kat abu dhabi ni guna Puck Cream)

Cara Membuat :

1. Panaskan oven 240C. Sediakan tray yang di tabur tepung. Sapukan acuan cream horn dengan mentega cair atau minyak masak.

2. Puff pastry yang telah di giling nipis segi empat memanjang dan di kerat selebar 2.5cm (lebih kurang lah..agak agak je ok).

3. Gulung dari bahagian muncung acuan, berlapis serong sehingga ke hujung muka acuan.

4. Sapukan dengan putih telur, dan tabur dengan castor sugar. Susun dalam tray yang disediakan dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Kurang kan kepanasan oven ke 190C - dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga keperangan dan kulit pasty menjadi kembang. Sejukkan selama 5 minit dan keluarkan dari acuan cream horn.

5. Masukkan sedikit strawberry (anggaran setengah sudu teh) jam ke dalam kelonsong yang telah siap dan di sapu di bahagian tepinya. Guna piping bag untuk mengisikan custard cream pula sehingga agak penuh.

6. Siap untuk dihidang :-)

Untuk membuat inti Custard Cream.

1. Masukkan tepung susu, gula dan tepung kastad ke dalam fying pan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau di atas api sedernana sehingga pekat. Ketepikan dan sejukkan.

2. Setelah adunan sejuk, masukkan nestle cream dan putar sehingga putih dan pekat. Sejukkan dalam peti ais.