CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 13, 2008

Chocolate Cake paling simple dan lazat..

Waduh..time sejuk cegini - perut ni asyik nak kena isi aje, apa tak kembang badan ni eh! Kat Malaysia musim hujan kan? Haa..sure ramai yang asyik nak ke dapur je nak ngap ngap ngap..hee hee..


Petang tadi Wlily buat Chocolate Cake. This is the easiest chocolate cake recipe yang Wlily ade lah...gerenti anak2 kecik you all pun boleh buat, apatah lagi anak dara..tutup sebelah mata je dah walla! Resipi ni dulu Wlily cungkil dari mak kawan Wlily...haa..sampai kat mak dia aku mintak resipi you, jangan tak caya.




Kalau ikut strictly to the kitab kitab ahli nujum la..buat coklat kek kena tahan sabar, letak dulu dalam peti ais, bagi ganache dia set..so that bila kita hiris, tak de la sememeh macam yang dalam gambar ni haa...tak sampai 10 minit anak2 dah mintak dah...apa nak buat. Nanti kalo ko buat, ko letak lama sket la dalam peti ais tu ek. Lagi satu, make sure guna pisau yang warm la..so that senang sket nak hiris nanti.


Terpulang pada citarasa masing masing la camana nak hias coklat kek ni..nak tabur chocolate rice atas ganache tu pun boleh, letak gegula warna warni tu pun boleh..jangan letak bijik saga dah le..



Bahan - bahan :

Updated 14 Dec 08 - in metrics

1 1/4 gelas tepung naik sendiri (or 150 gram)

1 gelas gula (or 210 gram)

1 gelas serbuk koko (Wlily guna Cadbury cocoa powder) - or 100 gram

1 gelas melted butter (kalau tak cukup butter, letak setengah gelas then top up dengan minyak sayur / vegetable oil pun tak pe) - about 2.2 dl or 220 ml

1 tin susu - 410 gram or 384 ml (tin size biasa untuk susu cair tu la..I used susu cair Nestle)

4 biji telur ayam

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat (Wlily jarang letak sebab tak berapa berkenan rasanyer)

Untuk ganache / topping:

1 buku cooking chocolate (anggaran 250 gram)

200 gram whipping cream

Cara Membuat :

1. Ayak tepung bersama baking powder and soda bikarbonat. Di dalam bekas lain pukul telur sehingga sebati.

2. Masukkan cocoa powder, susu cair dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati. Masukkan telur, kacau lagi sehingga sebati. Masukkan pula melted butter - pukul lagi.

3. Tuangkan tepung sedikit sedikit sambil di pukul hingga sebati. (note : do not overbeat).

4. Tuang dalam bekas acuan dan kukus (steam) sehingga masak.

5. Cairkan chocolate cake dengan menggunakan kaedah double boiler - setelah cair, masukkan whipping cream - kacau sehingga sebati. Tuangkan ganache ini ke atas kek yang telah masak dan disejukkan terlebih dahulu. Boleh lah di hias mengikut citarasa masing masing.


Ini la dia gelas (cawan?) IKEA yang Wlily gunakan untuk sukatan Chocolate Cake ni..

20 comments:

Madam Tai Tai said...

WL, sorry soalan bodoh - your gelas measurement tu is equivalent to what? Eg. the measurement for butter (1 gelas) is that the same as 250gm of butter? Sugar pulak?

Hee..hee..I'm such an idiot when it comes to cooking, kan.

Waterlily said...

Sorry MTT for not being so clear...and its not a stupid question. I ni je tak tak explain betul betul.

I used a normal glass, and make sure you use the same glass for sugar, flour and the rest so that the ration is the same. Kat sana ada IKEA tak? Best to use the IKEA's plastic colorful cups tu. Sat..I snap gambar and tepek kat sini la nanti ok..

p/s hey, you boleh buat kuah kacang, boleh masak rendang..idiot amende pulak??

mamasita said...

Mameee!Chocolate cake pulak!Adoi Waterlily!What have you done to me lately?(macam lagu Jeanette Jackson)!hahaha..besoklah try.Hari ni my daughters takde mood nak ke kitchen!Masing2 meleseh main laptop!hehehe..
Thank you..ooooh!Sedapnya!

Waterlily said...

Mamasita

hahaha..cuba, jangan tak cuba..its easy to bake, really.

Cake ni pun anak2 Wlily (3 yo & 4yo) ada tolong jugak, tolong tuang tepung dalam bekas, tolong whisk the egg, tolong kacau sekacau kacau nya sampai kecoh dapur ! hahahahha...

Madam Tai Tai said...

WL, no I don't have the IKEA cup...but will try to get hold of one bila balik nanti kalau sempat ke IKEA lah.

Thanks ek menjawab soalan I. :-)

mamasita said...

My daughters tanya..kukus or bake?Thanks.Dah buat.We baked.Tapi I rasa tak brapa menjadi. hehe

Waterlily said...

Mamasita,

This cake kena di kukus. I thought i mentioned kat recipe tu..sorry, lemme check again and amend. Alahai..wasted la pulak your bahan bahan tu..

Waterlily said...

Mamasita..

Wlily mentioned 'kukus' la..anyway, most chocolate cakes kena bake but not this one - that's why your daughter bake the batter kut..anyway, tell her jgn putus asa..kalau sudi buat lagi..rajin nye your daughter ni:)

mamasita said...

Betulah..memang you tulis kukus.Tapi we voted to bake sebab kitaorang tak pernah kukus!My dughter kata nanti jadi macam caramel!So thats why we opted to bake it!hahahaha..
And will sampaikan compliment you pada the 'chefs'!hehe..thanks

ms hart said...

Yum yum...will definitely try this one!! I looooove chocolate cake!! The recipe I always do pun steam jugak. I prefer the steam one, kan? Tak payah susah hati kot terkering lah, ter-merekah lah! Always so moist...hmmm...sedapnya, tak sabar nak try!

Oh by the way my dear, I telah berjaya menjejaki puff pastry kat carrefour semalam!! Yay!! Nanti akan ku buat jugak Portuguese tart mu yang mengancam jiwa raga anak tekak I nihh!!! Thank you very much!!

p/s (banyaknya nak bercakap dgn chef ni eh?) I dah dapatkan recipe carrot cake yang my guest bawak masa Raya tu. She sms-ed to me over the weekend. Will email it to you, k?

ms hart said...

Oooopss..baru tengok profile chef...tak de email add pulak kat situ! So how to pass to you the recipe ya chef????

Waterlily said...

Ms Hart! Thanks soooo much..! Alahai..i ingat ekspedisi menjejaki resipi tu gagal, rupe rupe nyer berjaya jugak hingga ke puncak sms ya? heheheee..

Try this add : waterlily-lily@gmail.com

mamasita said...

Waterlily? You tahu what my 2 chefress tengah buat right now.They all angkut resipi mana tak tahu.Tapi tengah buat carrot-pineapple cake!Lantaklah!Main kat dapur!hahaha.

The other holiday- at- home siblings, plus A n I tukang bagi markah!hehehe

ms hart said...

Chef! Email to you bounced lah! Email to MrsN semalam pun bounced jugak! bengang je! Tapi tak pe, nanti I try guna email larling i tu, ya? Tungguuuu!!!

mamasita said...

Ya Chef?Come over to my blog and click on some photos I snap pasal some public beaches kat Balok and Cherating.Asyik duduk kat dapur je.You bagi resipi2 lazat kitaorang nanti tambah montok kang!hehehe

Waterlily said...

Alahai Ms Hart...

Bounced? Macam bunyi cheque tendang je..hahahaha...

Lemme cheque username tu active lagi ke tak ok?

Waterlily said...

Ms Hart

sorry ar..you should try this email instead waterlilydakitchenz@gmail.com

ms hart said...

Chef, sent oredi! Got or not??

Ezza Aziz said...

oooo I pun nak resepi carrot cake tu..jangan lupa email kat akak lak tau...

PrincessLara said...

Ms Wlily,

Vote my fav - chocolate cake paling simple and sedapppp .. Disebabkan your cup cakes, skrg I dah ada oven and mixer. Thanks to you ...


~PrincessLara~