Bahan - bahan :
Sotong - dibersihkan, dibuang lendir / kulit luar dan dihiris menyerong , kiri dan kanan (lihat gambar).
4 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
4 tangkai cili kering - direndam dan ditumbuk (tambah lagi jika suka pedas)
1/2 inci halia - ditumbuk
1 tangkai serai - dititik
2 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos tiram
Bawang besar - di belah 6
4 tangkai cili kering - digunting 1 inci panjang
1 biji Tomato - di belah empat atau enam
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak - tumis bahan tumbuk tadi beserta serai sehingga naik bau.
2. Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap cair.
3. Setelah mendidih masukkan sotong - kecilkan api. Biar sebentar sehingga air sotong keluar dan sehingga sotong masak.
4. Masukkan bawang besar dan tomato dan cili kering yang dihiris. Taburkan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali taburkan juga daun bawang.
6. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!
6 comments:
sedap!!!hari ni akak malas masak,so mintak la sikit!!!
Nak tanya sikit laa..macamana you taruk gambar banyak2 kat page lagi satu tu..selalu nya boleh masuk 5 jer..boleh ajar akak sikit tak..masaalah nak upload ni leceh laa.lembab macam naik unta da!!
Huh? Tak sure lah pulak camana Wlily setup the wizio slide show tu. But i remember masa download dulu dia ada tanya which option yang kita nak, gambar sikit ke, banyak ke...why dont you cuba set up lagi. Dont worry, gambar takkan hilang punya..
p/s this few weeks wlily kena rajin mempelbagaikan juadah la..ada visitors :)
eissshh....sotong besar2 ni takut lak nak makan he he...and the kids only like sotong goreng tepung....tapi sotong u nih nampak sedap mcm masak kung pao jer....
Hi zaitgha
sotong besar ni kalo tak hiris kulit dia, keras ler sesangat! Sapa yang pakai dentures memang payah nak gigit la... err..kung pao tu apa ek?
kung pao chicken tuh yg selalu kalu kat kedai dia ada cashew nuts and dried chillies dlm dish tuh....
owh..tu kung pao eh? timakasih..timakasih...kalau zaitgha tak bagi tau, memang sah ler wlily ingat orang kungfu punya or resipi si pembuat pau! Issh...
Post a Comment