CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 24, 2008

Puding Jagung Mutiara

Petang tadi ada jemputan ke rumah rakan, so sempat lah buat puding jagung ni. Ada pulak permata hijau merah kat dalam tu, so sebab tu lah nama dia Puding Jagung Mutiara :)




Wlily buat dua acuan, satu untuk dibawa ke rumah rakan satu lagi untuk wlily sekeluarga. Yang tinggal untuk keluarga tak berapa cantik daa, sebab adunan tak tinggi dan permata pun tak banyak.




Bahan2 :



1 1/2 tahil agar agar or satu bungkus setengah agar agar strips.

3 gelas gula

1 tin susu cair

1 tin susu manis

1 tin jagung manis

3 sudu tepung kastad

3 biji telur

125 gram mentega

1 sudu teh essen vanilla

Pewarna merah dan hijau


Cara membuat 'permata' puding :

1. 1/2 tahil (or 1/2 bungkus) agar2 dibersihkan dan di tus. Tuang air sehingga sama paras dengan agar2 tadi dan masak sehingga cair.

2. Setelah cair - masukkan 1 gelas gula dan 1/2 tin susu manis. Kacau sehingga rata dan agak pekat.


3. Adunan di bahagi dua, satu bahagian di beri pewarna merah dan satu lagi di beri pewarna hijau. Masukkan adunan di dalam bekas dan sejukkan sehingga beku. Setelah beku, potong adunan segiempat kecil. (approx 2 cm x 2 cm)


Cara Membuat :

1. Masak 1 tahil (or satu bungkus) agar agar. Air hendaklah sama paras dengan agar agar tadi. Kacau agar2 sehingga cair.

2. Setelah agar2 cair, masukkan 2 gelas gula. Kacau lagi sehingga agak pekat.


3. Sementara menunggu adunan tadi pekat, buangkan air jagung dalam tin tadi dan blend kan jagung bersama susu cair, susu manis 1/2 tin, telur, mentega dan tepung kastad. Masukkan juga satu gelas air. Blend sehingga semua bahan menjadi halus.

4. Setelah bahan blend halus dan sekata, tuangkan ke dalam agar2 yang di masak tadi. Gaul sehingga mendidih. (note : adunan ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Kecilkan api.

5. Tuang 1 cawan adunan tadi di dalam acuan dan sejukkan. Tabur 'permata' hijau dan merah di atas lapisan tadi. Tuang lagi adunan jagung tadi di atasnya sehingga rata. Biar sejuk. Setelah sejuk tabur lagi dengan adunan permata tadi. Ulang sehingga habis.

6. Note : Sejuk kan dalam peti ais. Kalau hendak lebih senang, tuang sahaja keseluruhan adunan jagung di dalam acuan dan tabur bahan permata di atasnya. Tekan perlahan supaya permata tadi tenggelam dengan elok. Sejukkan.

Selamat mencuba.


2 comments:

Ezza Aziz said...

susu pekat ni yang besar tu ker..sama size dengan susu cair tu?
Ala lupa pulak,apa kabar dik?

Waterlily said...

Wlily kat sini sihat je kak! Bertambah tambah sihat !

Susu pekat ada 3 sizes kan? Yang besar sekali (F&N selalu ada size besar ni), yang medium (sama size dengan susu cair) and yang kecik sikit dari tu (standard size le kiranya). Wlily selalu guna yang standard size tu lah. Tapi kan Kak Izzah, there is no hard and fast rule, kalau kak izzah tak nak manis sangat and tak nak lemak sangat - letak less than 1 tin tu pun tak per..

One more thing - resipi ni guna butter. So bila melapis kena hati hati, make sure tak terlalu keras coz nanti tak lekat. I suggest Kak izzah guna style tuang sekali harung tu..senang cerita. Rasa pun sama gak! :) Selamat mencuba..