CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 27, 2008

Sotong Masak Cili

Pagi tadi Wlily pegi Mina Fish Market, terpandang la sotong-sotong segar. Sotong kat Abu Dhabi ni mak oii besar nyer! Wlily beli sekor je lah, yang sederhana besar. Teringin pulak nak makan sotong hari ni :)


Bahan - bahan :


Sotong - dibersihkan, dibuang lendir / kulit luar dan dihiris menyerong , kiri dan kanan (lihat gambar).


4 ulas bawang merah - ditumbuk


1 ulas bawang putih - ditumbuk


4 tangkai cili kering - direndam dan ditumbuk (tambah lagi jika suka pedas)


1/2 inci halia - ditumbuk


1 tangkai serai - dititik


2 sudu makan sos cili


1/2 sudu makan sos tiram


Bawang besar - di belah 6


4 tangkai cili kering - digunting 1 inci panjang


1 biji Tomato - di belah empat atau enam


Sedikit kicap cair


Garam secukup rasa


Cara Membuat :


1. Panaskan minyak - tumis bahan tumbuk tadi beserta serai sehingga naik bau.


2. Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap cair.


3. Setelah mendidih masukkan sotong - kecilkan api. Biar sebentar sehingga air sotong keluar dan sehingga sotong masak.


4. Masukkan bawang besar dan tomato dan cili kering yang dihiris. Taburkan garam secukup rasa.


5. Akhir sekali taburkan juga daun bawang.


6. Angkat dan hidangkan.




Selamat mencuba!

Sunday, October 26, 2008

Acar Buah

Acar buah ni specialty my MIL and SIL. Sempat jugak mereka kirim kat Wlily sekeluarga di Abu Dhabi ni. Timakasih...timakasih...!



Rasa acar buah ni masam-masam manis...


Dalca

Menu makan tengahari ini - Ayam Masak Dalca. Dimakan pulak dengan ikan terubuk masin - huhuhu....dekat atas kerusi pun boleh bersila!




Mmmm....


Lebih kurang sama seperti masakan kari yang lain, cuma masukkan dalca yang telah dibersih dan direbus terlebih dahulu.

Layan gambar dulu eh!

Nasi Lemak

Menu breakfast hari ini adalah Nasi Lemak. Hmm...bagi menambah lagi lemak yang ada..heh heh..



Wlily rasa semua orang tau buat Nasi Lemak ni. So, kita layan gambar nyer lah ye...

Friday, October 24, 2008

Puding Jagung Mutiara

Petang tadi ada jemputan ke rumah rakan, so sempat lah buat puding jagung ni. Ada pulak permata hijau merah kat dalam tu, so sebab tu lah nama dia Puding Jagung Mutiara :)




Wlily buat dua acuan, satu untuk dibawa ke rumah rakan satu lagi untuk wlily sekeluarga. Yang tinggal untuk keluarga tak berapa cantik daa, sebab adunan tak tinggi dan permata pun tak banyak.




Bahan2 :



1 1/2 tahil agar agar or satu bungkus setengah agar agar strips.

3 gelas gula

1 tin susu cair

1 tin susu manis

1 tin jagung manis

3 sudu tepung kastad

3 biji telur

125 gram mentega

1 sudu teh essen vanilla

Pewarna merah dan hijau


Cara membuat 'permata' puding :

1. 1/2 tahil (or 1/2 bungkus) agar2 dibersihkan dan di tus. Tuang air sehingga sama paras dengan agar2 tadi dan masak sehingga cair.

2. Setelah cair - masukkan 1 gelas gula dan 1/2 tin susu manis. Kacau sehingga rata dan agak pekat.


3. Adunan di bahagi dua, satu bahagian di beri pewarna merah dan satu lagi di beri pewarna hijau. Masukkan adunan di dalam bekas dan sejukkan sehingga beku. Setelah beku, potong adunan segiempat kecil. (approx 2 cm x 2 cm)


Cara Membuat :

1. Masak 1 tahil (or satu bungkus) agar agar. Air hendaklah sama paras dengan agar agar tadi. Kacau agar2 sehingga cair.

2. Setelah agar2 cair, masukkan 2 gelas gula. Kacau lagi sehingga agak pekat.


3. Sementara menunggu adunan tadi pekat, buangkan air jagung dalam tin tadi dan blend kan jagung bersama susu cair, susu manis 1/2 tin, telur, mentega dan tepung kastad. Masukkan juga satu gelas air. Blend sehingga semua bahan menjadi halus.

4. Setelah bahan blend halus dan sekata, tuangkan ke dalam agar2 yang di masak tadi. Gaul sehingga mendidih. (note : adunan ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Kecilkan api.

5. Tuang 1 cawan adunan tadi di dalam acuan dan sejukkan. Tabur 'permata' hijau dan merah di atas lapisan tadi. Tuang lagi adunan jagung tadi di atasnya sehingga rata. Biar sejuk. Setelah sejuk tabur lagi dengan adunan permata tadi. Ulang sehingga habis.

6. Note : Sejuk kan dalam peti ais. Kalau hendak lebih senang, tuang sahaja keseluruhan adunan jagung di dalam acuan dan tabur bahan permata di atasnya. Tekan perlahan supaya permata tadi tenggelam dengan elok. Sejukkan.

Selamat mencuba.


Thursday, October 23, 2008

Daging Rusa Masak Kari

Daging rusa ni sedap tau! Selalunya Wlily masak kari atau masak kicap. Tengahari tadi, daging rusa masak kari ini lah menu utama kami... Cara memasaknya sama dengan masak kari daging biasa. Cuma kena perap lebih sikit lah nak buangkan bau hamis nyer tu :)

Tengok gambar dulu ok. Nanti Wlily update resipi nyer.


Terpulang pada selera masing masing, nak hiris nipis2, atau sederhana tebal...

Update @ 24 October 2008.

Bahan2 :

1/2 kilo daging rusa - dibersih, dihiris nipis dan di perap 15 minit (marinate untuk hilang bau hamis)

Bahan perap / marinate :

4 biji bwang merah - tumbuk

2 biji bawang putih - tumbuk

1/2 inci halia - ditumbuk

Sedikit serbuk kunyit (boleh juga kalau nak guna kunyit hidup - tumbuk)

Bahan - Bahan utama:

7 - 10 biji bawang merah - tumbuk

4 biji bawang putih - tumbuk

1/2 inci halia - tumbuk

Rempah ratus

2 sudu makan besar kari daging (Wlily guna kari daging Babas) - di campur sedikit air untuk dijadikan paste

1 biji tomato - dipotong dadu

1 biji tomato - di belah 4

1 mangkuk kecil santan pekat

Air asam jawa

2 - 3 sudu makan cili giling

Garam.

Kerisik (approx 100 gm)

Daun kari

Halba campur

1 - 2 tangkai cili hidup

Bawang goreng

Cara Membuat :

1. Perap daging rusa dengan bahan perap selama 15 - 20 minit. Selepas itu daging tadi hendaklah di bersihkan kembali.

2. Panaskan minyak - tumis tomato yang telah dipotong dadu sehingga layu.

3. Setelah tomato layu, masukkan bawang merah dan putih, serai, halba campur, halia, daun kari serta rempah ratus dan tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan serbuk kari yang dicampur sedikit air, kerisik dan juga cili giling - tumis sehingga pecah minyak.

5. Masukkan pula air dan kentang - biar hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan santan dan air asam jawa dan masak lagi sehingga daging empuk. Tabur garam secukup rasa.

6. Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan cili hidup sebagai hiasan.

7. Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.

Selamat mencuba!

Monday, October 20, 2008

Pulut Panggang

We had these for breakfast :) We also had fried rice and nasi impit with Kuah Kacang. Plentiful, I know - well, we had some guests coming over.

Meh, jamu mata dulu ok....!


Inilah dia pulut panggang orang perantau...

Update @ October 21st, 2008.

Bahan2 :

1/2 Kilo beras pulut - bersih dan tuskan

1 -2 packet Santan (tambah kalau hendak lemak lagi) - di campur sedikit air.

Secubit garam

Daun pisang, di bersih, lap dan di gunting segiempat (rectangle) approx 4'' x 3'' untuk lapik dalam dan 5'' x 4'' untuk lapik luar. (or you can cut at your own desired sizes...no hard and fast rules here

Lidi

Bahan inti :

Segenggam udang kering - direndam, tuskan dan blend (boleh ditukar menggunakan daging cincang / minced meat atau daging biasa jika suka - daging dihiris halus)

10 ulas bawang merah - blend

4 ulas bawang putih - blend

5 tangkai cili kering - blend

Sedikit belacan - blend

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Kukus pulut sehingga masak (beras pulut hendaklah sentiasa direnjis air).

2. Tumiskan bawang, cili kering, belacan sehingga naik bau, masukkan cili kering atau daging dan kacau sehingga masak. Tabur garam secukup rasa.

3. Ambil segenggam pulut yang telah masak dan tekan di atas aluminium foil. Ratakan. Letakkan inti di tengah dan gulung. Kalau hendak senang boleh juga gunakan acuan pulut panggang atau acuan samperit (without the nozzle).

4. Balutkan pulut berinti yang telah digulung dalam daun pisang (lapik dalam). Kemaskan gulungan.

5. Balut lagi menggunakan another daun pisang untuk lapik luar dan kemaskan satu bahagian hujungnya dengan lidi.

6. Tuangkan 2 sudu santan pekat (yang telah dicampur secubit garam) ke atas pulut di dalam gulungan tadi. Kemaskan hujung yang satu lagi dengan lidi.

7. Panggang sehingga masak. Gulungan pulut hendaklah sentiasa di balikkan supaya tidak hangus. Wlily bakar atas frying pan saja (tanpa minyak).

Selamat mencuba!!

Wednesday, October 15, 2008

Kek Lapis Sarawak

Untuk memenuhkan popular request (cheh! - berangan tak habis2..), Wlily post kan gambar Kek Lapis Sarawak yang Wlily 'tunjuk tunjuk' tempoh hari for our Hari Raya.. :)


So disebabkan kek2 ni 'kek tunjuk', tak dapatlah Wlily nak serta kan resipi nyer! Kita jamu mata je lah ok :)



Wlily tak 'tunjuk' pulak kek yang ada design flower or abstract dalam nyer..sebab, Wlily ni cerewet sikit..bab bab kek yang complicated camtu, Wlily kena tengok orang yang membuat nyer dulu..baru boleh decide nak order ke tak ..



Actually, senang jer nak buat Kek Lapis Sarawak ni...tapi kalau dah kena penangan "M", yang senang pun Wlily tak buat..heh heh... kalau nak tau, lagi nipis layer tu, lagi cepat dia masak.. One of these days lah, kalau M dah tak de lagi, Wlily buat ok!

Daging Masak Hitam

Kapla masih pusing da....letak gambar dulu eh...kapla dah clear nanti, Wlily letak resipi nyer plak :)

Ingredient serupa ngan masakan daging yang lain cuma yang ini guna kismis hitam. That's why warna negro sket..


Daging masak hitam ni quite a popular dish kat Sarawak masa Hari Raya.


Sorry le, baru perasan yang resipi nyer belum ada lagi. Meh saya update kan ye..

Update @ 25 October 2008

1 kilo daging - di bersih dan dihiris ikut suka dan di marinate 1/2 jam.


Bahan2 untuk marinate :


1 labu bawang besar - tumbuk


10 biji bawang merah - tumbuk


4 bawang putih - tumbuk


Segenggam kismis hitam - di blend


1/2 inci halia - ditumbuk


1/2 inci lengkuas - ditumbuk


1 sudu besar serbuk ketumbar


1 sudu teh serbuk jintan manis


1 sudu teh jintan putih


1 sudu teh lada


Kicap Pekat


Kicap cair

1 tangkai serai - diketuk


1 sudu besar kerisek


Rempah ratus


Garam secukup rasa


Kacang peas (untuk hiasan)


Minyak sapi untuk menumis




Cara Membuat :


1. Panaskan minyak sapi - dan tumis rempah ratus, serai dan masukkan sekali daging yang telah dimarinate tadi. Kacau sebentar. Masukkan air dan biar sehingga daging empuk.


2. Setelah hampir empuk, masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Biar lagi sehingga mendidih dan daging betul betul empuk.


3. Angkat dan hidangkan dengan taburan kacang peas.


Selamat mencuba!

Nasi Minyak Azkaban

Weii...nasi minyak ni spesel tau... spesel, sebab Wlily suka makan nasi ni..hahahaa...

Sorry la, kapla ada sikit pusing da...tapi sebab nak share resipi ngan kengkawan ni, diteruskan jugak lah niat nan murni ni..chewah!


Yang ini kaler kuning campur putih...


Yang ni kaler kuning semua..anak Wlily nak makan pagi tadi, so daun sup tu kena letak tepi lah, sebab anak dara I tu tak suka daun daun nih!


Cara buat sama ngan nasi minyak, cuma Wlily letak sedikit susu cair. Sedap you... would be better kalau guna beras basmathi I guess, tapi kan cik abang kita tu tak suka makan nasi basmathi daa...

Wlily letak gambar la dulu, bila hilang pening nanti, sambung letak resipi ok :)

Sorry ler, lambat update. Better late than never ye tak? heh heh..

Update @ 25 October 2008

Bahan - bahan :

4 cawan beras - di bersih dan di tus

1/2 labu bawang besar - dihiris nipis

8 biji bawang merah - di hiris

2 ulas bawang putih - dihiris

Rempah ratus

1 tangkai serai - di ketuk

1 helai daun pandan - di bersih & diikat

1/2 tin susu cair

Air secukupnya

Sedikit kismis - digoreng dengan minyak sapi terlebih dahulu (dengan sedikit minyak)

Sedikit gajus - di bersih dan goreng dengan minyak sapi terlebih dahulu

Minyak sapi untuk menumis

Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Cara Membuat :

1. Tumis bawang besar, bawang putih, bawang merah, serai dan rempah ratus sehingga naik bau.

2. Masukkan 2 cawan air, garam, serbuk perasa (jika suka) dan daun pandan. Biar mendidih.

3. Masukkan susu cair. Biar mendidih lagi.

4. Sediakan beras tadi di dalam periuk elektrik dan tuang dengan air bahan tumis & susu tadi. Masukkan sedikit pewarna kuning (jika suka) tapi jangan pulak terlalu banyak ye.

5. Make sure Quantity air bahan tumis & susu ada lah seperti memasak nasi seperti biasa.

6. Setelah nasi masak, gaul. sentiasa agar tidak terlalu padat.

7. Tabur dengan kismis dan gajus yang telah goreng tadi. Kalau suka boleh juga tabur kan hirisan daun sup sebagai hiasan.

Selamat mencuba!

Sunday, October 12, 2008

Shorba lagi....

Hari ini Wlily sekeluarga bertukar selera...untuk lunch, we had Shorba (again...) but this time kami makan bersama roti nan pulak :)


This time, I made the gravy thicker so that it goes well with the roti ..



Please refer to the recipe here.

Friday, October 10, 2008

Roti Jala

Made these during our Hari Raya Open house recently in Kuching. There are various versions of Roti Jala recipes. I've tried all I think, and for our open house - I followed the recipe below but of course in larger quantity.



Roti Jala - best eaten with Curry Chicken or Beef. Some take it with serunding too :)


Original recipe from Mat Gebu's blog :) I have copied and pasted the recipe below.


Bahan2 :

2 cawan tepung gandum
*1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar santan atau susu cair ( I used santan)
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air2 camca besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggris kuali

Cara Membuat :

  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan dan ketepikan.
  2. Biar adunan rehat 20 minit. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
  3. Dalam kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
  4. Bila roti jala kelihatan pucat. Lipat dua menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing.
  5. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca

p/s I decided on this recipe because its different from the ones that I normally make i.e. the usage of baking powder. But hey - it turned out great. Try it sometimes :)

Wednesday, October 8, 2008

Lontong Togel

Haa...jangan tersedak pulak bila baca Lontong Togel.. :) Dia togel sebab tak ada tempe...Wlily kalau masak lontong memang tak pernah letak tempe ni. My family pun tak berapa sangat dengan tempe ni, so...





Ini lah dia Lontong Togel yang Wlily masak untuk Raya Open House tempoh hari. Sorry la, gambar tak berapa clear.


Bahan-bahan:

Nasi impit:

Untuk Kuah:

10 ulas bawang merah - blend

4 ulas bawang putih - blend

Sedikit halia - blend

Setengah genggam udang kering - blend

Sedikit kunyit hidup - blend bersama bawang

Pucuk - di rendam sehingga lembut, kemudian di gunting pendek pendek.

Su'un - di rendam sehingga lembut

Sotong kering - di rendam semalaman bersama key (ubat untuk rendam sotong yang warna putih tu, you all panggil apa ek?) - setelah kembang, kikis dan buangkan kulit lendir, bersih kan dan dihiris kecil.

Udang - di bersih dan dibuang kulit

Kacang panjang - di potong 1 inchi

Carrot - dihiris nipis dan panjang (macam batang mancis)

Sengkuang - di hiris nipis dan panjang

Santan

Garam

Serbuk kunyit (kalau kuah tidak cukup kuning)

Cara Membuat :

1. Rebuskan sotong yang telah dihiris bersama bahan blend sehingga lembut.

2. Masukkan santan, carrot dan sengkuang yang telah dihiris. Banyaknya santan bergantung kepada banyak nya air yang digunakan untuk merebus sotong tadi. Kalau banyak air, kena banyak lah santan supaya pekat :)

3. Masukkan juga su'un dan pucuk yang telah direndam lembut. Kalau kuah agak pucat, masukkan serbuk kunyit (kalau suka). Biar mendidih.

4. Tabur garam secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan udang dan kacang panjang. Jangan biarkan terlalu lama mendidih.

6. Angkat dan hidangkan bersama nasi impit dan sambal tumis!

7. Senangkan? Selamat mencuba.

p/s I know some lontong recipes are more complicated - and I'd like you to share yours too..:)