CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 25, 2009

Fucuk Goreng Berinti

Dah lama Wlily tak update blog ni. Sejak akhir akhir ni Wlily agak sibuk dengan kelas bahasa Arab. Starting next week, I think lagi payah nak update blog..bukan tak masak, cuma segalanya kena cepat, so masa untuk ambik gambar tu kurang. Why next week? Haa...next week Wlily dah start belajar membaca Al-Quran. Bukan tak reti baca, memang reti and kenal huruf, tau dengung, tau panjang pendek..tapi Wlily nak belajar dengan cara yang betul, tajwid yang betul, and according to ustazah yang mengajar, kalau betul2 ikut cara kat centre tu, boleh tahfiz! Uiishh...tak de la sampai ke situ, niat nak polish what I have left so long ago lah. Masa kecik 9 tahun dah khatam Quran, tapi bila jarang baca selepas khatam, itu yang buat Wlily merangkak2 macam penyu sakit perut bila baca kitab ni.

Anyway, recently Wlily ada buat Fucuk Goreng Berinti. Masakan ni sesuai sangat kalau campur dengan bahan yong tau foo yang lain. Tapi, kalau nak makan begitu saja pun ok jugak. And, you can also subsitute kulit nya dengan kulit popiah kalau nak cepat. Pun boleh juga :-)






Bahan-bahan:

Fucuk secukupnya (lebih elok jika anda menggunakan fucuk jenis nipis dan lebar daripada yang lurus panjang dan berlipat)

Bahan inti:

200 gm udang (dibuang kulit dan dipotong halus)

100 gram isi ikan tenggiri - dipotong dadu kecil

1/2 labu bawang besar - dihiris dadu kecil

2 ulas bawang putih - dihiris dadu kecil

3 kuntum cendawan cina kering - direndam dan dihiris halus

3 helai daun bawang - dihiris halus

1/2 batang lobak merah - dihiris dadu kecil

2 biji telur

Bahan gaul :

1 camca besar tepung beras

1/2 camca teh garam

1/2 camca teh serbuk perasa

1 camca besar sos tiram

Sedikit lada sulah

Adunan salutan kulit :

1 biji telur

1 camca besar tepung beras - di bancuh dengan sedikit air

Garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Fucuk hendaklah di lap dengan kain lembab sehingga lembut. Jika menggunakan fucuk jenis tebal dan panjang, wlily lebih gemar merendam nya sehingga lembut. Potong selebar 4" x 2.5" setiap satu (jika menggunakan fucuk lebar). Jika menggunakan fucuk panjang yang biasa - gunting sahaja dalam 2.5' dan perlahan2 buka kulit fucuk sehingga lebar (leceh jugak part ni..:-) )

2. Di tempat lain, gaul kan bahan inti sehingga mesra dan masukkan bahan gaul - kacau lagi sehingga betul2 mesra.

3. Sudukan bahan inti ke atas fucuk yang telah disediakan dan gulung perlahan. Ikat dengan daun bawang (kalau nak senang, boleh gunakan tali kapas). Ulang sehingga habis.

4. Kukus gulungan fucuk tadi sehingga isinya masak (jika masak, warnanya akan bertukar keputihan). Angkat dan ketepikan sehingga agak sejuk. Setelah sejuk, buka / gunting ikatan daun bawang atau tali kapas tadi.

5. Sediakan adunan salutan kulit (make sure tepung beras tidak bergentel). Rendamkan sebentar gulungan fucuk ke dalam adunan salutan kulit dan goreng di dalam minyak tohor (guna api yang sederhana.) Goreng sehingga agak keperangan - angkat, tus dan hidangkan.

Wednesday, February 18, 2009

Paceri Terung

Ini la menu sempoi hari ini bagi keluarga Wlily..di makan bersama Ikan Kuah Lada and ulam petai yang di terbangkan khas dari Malaysia. Kena pulak dengan nasi panas..adeh..diet pun entah ke mana..



Sekarang ni tengah migraine..later Wlily post kan resipi ok. :-)

Update 18 Feb 2009

400 gram sayur terung - di hiris memanjang 2 inci dan direndam dalam air bagi mengelakkan lebam

3 - 4 camca besar rempah kari ikan - dibancuh dengan air

1/2 cawan air asam jawa

150 gram udang yang sederhana dibuang kulit kecuali ekor (jika suka tapi Wlily tak letak sebalik nya Wlily lebih gemar menggantikan dengan 1/2 genggam udang kering, di ketuk kasar)

2 tangkai cili merah, di belah memanjang

Gula secukup rasa (Wlily lebih gemar menggunakan gula merah)

1 sudu besar kicap cair

Garam secukup rasa

Bahan kisar :

10 - 12 tangkai cili kering, direndam dan dituskan

10 ulas bawang merah

1 sudu teh belacan

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan pes kari dan udang kering dan kacau sehingga pecah minyak.

2. Kecilkan api - masukkan terung dan goreng beberapa minit. Tambahkan air asam - besarkan api dan biar sehingga mendidih.

3. Setelah terung lembut, masukkan cili merah, gula dan kicap cair. (Jika anda menggunakan udang, masukkan juga ketika ini.) Perasakan dengan garam. Renihkan selama 2 - 3 minit sehingga udang masak.

Note : Sesetengah orang suka paceri terung yang lebih kuah, dan ada pula yang suka kan kuahnya pekat. Jadi banyak nya air atau pekat nya kuah terpulang kepada selera masing2.

Tuesday, February 17, 2009

Basung Pulut

Sekarang ni, ibu Wlily datang melawat. Bila ada ibu, mula la angin manja datang melanda. Teringat masa kecik dulu ibu masak ini la, itu la...semua Wlily nak.

Today, kami sama sama membuat basung pulut, sejenis makanan tradisional dari Sarawak. My dad loves this delicacy. Its made from glutinous rice and to be eaten with grated coconut and sugar. A simple yet delicious dish indeed.





Daun pisang memainkan peranan penting dalam membuat basung pulut ini. Warnanya sepatutnya agak kehijauan, tetapi disebabkan agak sukar untuk Wlily mendapatkan daun pisang yang fresh di sini, maka ini la hasilnya.


Bahan-bahan :


1 1/2 cawan beras pulut - dibersihkan, direndam 10 minit dan dituskan.
1 sudu teh air kapur
5 camca besar gula
3 camca besar air
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
Daun pisang secukupnya.
Lidi untuk menyemat

Cara Membuat :

1. Gaul beras pulut bersama air kapur sehingga sebati. Anda akan lihat warnanya bertukar seakan kehijauan.

2. Sediakan daun pisang dan bentukkan seperti kon. Masukkan 1 atau 2 sudu beras pulut tadi. Lipat kan bahagian atas daun pisang dan semat. Ulang sehingga beras pulut habis.

3. Rebus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat.

4. Di tempat lain, goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga agak perang (tapi jangan terlalu perang nanti rasanya pahit). Masukkan gula dan kacau lagi.

5. Masukkan pula air dan kacau lagi sehingga gula larut. Angkat dan hidang bersama pulut yang telah masak tadi.

Saturday, February 14, 2009

Award Dari Kak Hanieliza

Beberapa hari yang lalu, Wlily tersedak sampai tiga kali bila membuka blog ni. Tersedak kali pertama bila dapat kunjungan dari Kak Hanieliza - sifu masakan yang memang selalu sangat blognya Wlily intai. Tersedak kali kedua bila dapat tahu Kak Hanieliza bagi award kat Wlily. Tersedak kali ketiga bila baca nama award ni Award Blog Paling Gila (??) Alahai...tapi dia kata paling gila..best..! Thanks Kak Hanieliza!





Sebelum Wlily melanggar syarat-syarat yang tertera kat atas tu...baiklah Wlily tunaikan 5 seruan award ni..

Wlily pass kan pulak award ni pada :

1. Kak Ezza - masakannya simple tapi sedap.

2. Sweetlily - dia ni ratu buat cake tak kira gulung ke tak gulung, and also cuppies and segala macam resipi lah.

3. Zue Murphy - orang jauh tapi dekat kat blog , heheheee..

4. Bro Rozzan - this is THE person yang menjadi catalyst untuk Wlily start cooking blog ni..he (his blog actually) gave me such inspiration to share and to learn about cooking and baking..

Thanks again Kak Hanieliza..and cheers everyone..

Coconut Cupcakes (2)

Today Wlily dapat jemputan harijadi kanak2 lagi. So, pagi pagi dah buat cupcake ni. Sebenarnya Wlily dah buat dulu and dah post pun resipi nya di sini. Seperti biasa, bila sampai part nak men-decor cupcake ni mesti mati akal. Ye lah, Wlily tak reti sangat nak hias hias guna aising segala, tak terrer macam kengkawan yang lain tu. Ding dong ding dong, in the end Wlily decided guna Coconut Flakes (brand Richfood) sebagai topping- senang cerita. Wlily letak sedikit pewarna hijau kat coconut flakes tu, lepas tu tabur manik2 edible yang colorful tu...





Untuk mendapatkan resipinya, sila klik di sini.


Thursday, February 12, 2009

Pau Inti Kacang Merah

Pau ni Wlily buat petang tadi. Sama je resipi dengan yang hari tu, cuma Wlily tukar intinya aje. This time Wlily buat setengah bahan, so dapat la dalam 14 ketul.




Untuk doh pau, boleh refer to resipi yang dulu.
Bahan untuk inti :
Kacang merah
Gula apong atau gula merah secukup rasa
Pewarna merah, jika suka (Wlily tak letak sebab lebih suka original colour. )
Cara Membuat :
1. Rendam kacang merah semalaman.
2. Buangkan air rendaman dan rebus sehingga lembut dan airnya kering. Masukkan gula apong atau gula merah dan gaul sehingga sebati.
3. Setelah agak sejuk blendkan sehingga hancur.

Monday, February 9, 2009

Talam Su'un

Semasa minum petang di rumah rakan hari tu, Wlily berpeluang merasai sejenis kuih tradisional yang memang Wlily tak pernah buat dan tak pernah makan sebelum ni. In fact, Wlily tak pernah tahu pun ada nya kuih ini. It's called Talam Su'un. My friend is a Singaporean, so Wlily tak berapa pasti samada kuih ni tradisional Singapura? Kuih ni ala - ala Serimuka, cuma lapisan bawah nya saja yang lain.

Petang tadi, Wlily cuba buat berpandukan resipi yang diberi - alhamdulillah, rasanya sama. And now, let me share kat sini pulak!

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:

100 gram biji sagu - di basuh dan ditus
Kelapa parut dari 1 biji kelapa
1 packet kecil su'un - direndam sehingga lembut dan di gunting 1 inci
Garam secukup rasa

Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
5 biji telur ayam
2 sudu besar tepung kastad
Pandan paste
1/2 - 3/4 cawan gula (ikut rasa manis masing masing)
Sedikit air mawar, jika suka (Wlily tak letak, sebab Wlily tak suka the after taste..)

Cara Membuat :

1. Gaulkan kesemua bahan untuk lapisan bawah sehingga mesra, dan masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 30 minit. Setelah masak, tekan perlahan dengan menggunakan daun pisang atau plastik supaya agak mampat. Jangan terlalu mampat, nanti lapisan menjadi keras.

2. Kacau kesemua bahan untuk lapisan atas sehingga sebati dan tapis untuk memisahkan ketulan tepung kastad yang mungkin terbit. Tuang dengan perlahan di atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak.

3. Angkat dan hidangkan.