Crunchy...yummy...mmm...
Bahan - Bahan :
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.
Bahan Untuk Inti :
Carrot - dihiris nipis atau diricik
Sengkuang - dihiris nipis atau diricik
Timun - di buang empulur, dihiris atau diricik.
Bawang besar - di hiris dadu kecil.
Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Udang kering - direndam dan ditumbuk
Garam
Bahan Tabur:
Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
Bawang goreng
Cara membuat Kulit Pai Tee:
1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kuar rata.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan tus.
Cara Membuat Inti:
1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (chilli merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
Selamat mencuba!!!
p/s IMPORTANT TIPS:
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
11 comments:
wlily,apa maksud'kuar ' tu.
saya suka makan pai tee ni,mujur u ada resepi dia. Selalu tanya kawan
pasal resepi ni tapi fail sebab sukatan air mereka main agak agak jer. Nt nak cubala. Sukatan u bagi ni dapat berapa keping?
Apasal ek semua recipes you ni I suka one?? I think kita ni have a lot of things in commonlah...sampai taste buds pun sama!!
This one I suka but tak boleh buat since I don't have the acuan pie tee. You are well-equipped, kitchen diva!
Ezza - sorry la, I think kuar tu bahasa Sarawak la ..that's why i tak berapa suka write dalam BM, mesti ada tersampuk Bahasa Sarawak sikit.
Kuar = Gaul.
Berapa keping? Tak kira la pulak. Errmm...penuh satu container square 6" x 6".
I grew up with my mum's cooking - which is more to chinese style cooking. Pai Tee ni although bukan chinese, but more to Thai I think.
Everybody in my family likes Pai Tee. So, I pun cuba buat - trial and error dan dari panduan resipi resipi yang ada di internet.
p/s I ada banyak acuan kat rumah, acuan pai tee, acuan bahulu, acuan cake, acuan biskut dan macam2 lagi lah...been 'mengumpul' acuan for past few years...hahaha..walaupun ada yang dah laaaamaaa tak pakai.
W lily
I ingat Pai tee ni asal dari baba nyonya la..sebab tu kalau makan kedai mereka ni selalu ada bende ni...Correct me kalau I silap.
Entah la Kak Izzah, I first discovered this delicacy when I went to a Thai Restaurant in Kuching. At that time, it was called 'Top Hat'. That was more than 10 years ago. Lepas tu, everytime pegi thai restaurant kat mana mana pun most of them ada serve Pai Tee. You could be right, it could be a Baba Nyonya delicacy too...
However, if other readers know the origin of Pai Tee, do share with us okay..
Cheers!
I think it's Peranakan/Baba Nyonya. Why? Because bila I pergi restoran Nyonya mesti ada punya dlm menu. Likewise kalau pergi Penang Cafe pun ada juga. Kan ramai org Penang ialah Peranakan.
Thanks MTT - for the clarification. So, folks - there you are, confirmation on the origin of Pai Tee.
Whatever it is, selamat mencuba and I hope you like it as much as we do!
Cheers!
Hi Waterlily,
Wow.. check that out. will try out one these recipes one day. Klu turn out ok, will post it in my food blog. Have you ever been to my kitchen? Rather static nowadays... Hahaha! Take care.
Hi Ja
Thanks for hopping by! Yup, been visiting your food blog, but ye lah - agak static. Kena update selalu tu...your recipes semuanya best best. I was checking out your Daging Berlado, a little bit like the way I do it. Cooked Ayam Tumis Berlada for buka puasa today, and shall post the recipe soon.
Watch the space!
salam...
i one yr silent reader. but this time i go thru yr dessert. tertarik hati nak buat pai tee ni. tapi acuannya mcmmana. alternative acuanlah...coz now i'm in perth. tq
Post a Comment