CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 18, 2008

Sambal Tumis Petai

Penatnya dah hilang, tapi kenangan dan keseronokkan masih terasa. Malam tadi Wlily sekeluarga mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih di kediaman kami. Ramai juga tetamu yang datang - dalam 60 orang termasuk kanak-kanak. (I will blog about this further in my other site, jenguklah ke sana nanti ye).

Disebabkan kami ni perantau, I decided on masakan yang bercampur campur. So, kali ini tak ada tema langsung. Semuanya boleh. Sempatlah jugak Wlily sediakan :
1. Nasi (heheheheh..kalau tak de yang ini , haru..!)
2. Butter Prawn (atas permintaan suami)
3. Ikan Bakar Portugis
4. Kari Ayam
5. Roti Jala
6. Sambal tumis petai
7. Pai Tee (atas permintaan teman2)
8. Bingka Labu (juga atas permintaan teman2)

Dalam keadaan mengejar masa, terlupa pulak Wlily nak ambik gambar. Yang diingatkan ialah, barang keperluan tetamu yang nak disediakan. Cuma gambar sambal tumis petai saja yang sempat dirakam - itupun dalam keadaan tergesa2 dan time ceduk pun tak amik sambal - banyak ambik minyak dia je...adeii. Anyway, kalau Wlily buat lagi, Wlily akan replace gambar ok!


Juadah yang kedua habis dimakan setelah butter prawn.

Bahan-bahan:

Petai

Udang sederhana besar - dibersih dan dikupas kulit

Belacan

Bawang Besar - dihiris bulat

Bawang merah / putih

Garam secukup rasa

Air Asam Jawa

Cili Kering

Cara membuat:

1. Bawang besar ditumis sekejap , tetapi tidak terlalu layu. Angkat dan ketepikan.

2. Blend cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah sehingga halus - tumiskan. Masukkan juga air asam jawa - gaul dan tumis sehingga keluar minyak.

3. Masukkan udang - kacau sebentar sehingga udang masak. Tabur garam secukup rasa.

4. Masukkan bawang besar yang telah ditumis tadi dan gaul sekejap.

5. Angkat dan hidang.


7 comments:

Ezza Aziz said...

ada soalan yang you kena jawap:
1. Masak sorang sorang jer ker?
2.Pukul berapa start masak ni?
3.Pukul berapa lak habis masak?
4.siapa yang tolong kemas dapur?
Aduiii,macam reporter lak akak ni...menyibuk jer..hehehee
Akak tanya sebab sebab selalu nya kalau akak buat kenduri atau makan2 kat rumah,gerenti sakit pinggang punya...Mesti abang you suka dengan masakan you ...Tahniah

Madam Tai Tai said...

Hey you...ingat mana you pergi lama menghilang. Rupa-rupanya you've been preparing for a big do.
Wow..60 pax. Terrornya!!

Loved the menu for the berbuka dinner. Yummy..

Btw, my kids just love the Butter Prawn ala Kitchen diva. In fact, Haris declared that every Tue is a Butter Prawn day. Yikes!

Anonymous said...

selalu baca ur blog thru my fren tati (hart to heart). boleh tanya, tanpa malu2, camne your resepi for the ikan bakar portugis?

liza

Waterlily said...

Kak Izzah

1. Masak berdua , saya dan helper. Saya main chef, helper tukang potong bawang segala. Tapi this time dia yang buat bingka labu, boleh tahan rasanya. Lebih kurang sama dengan yang saya buat.
2. Start masak lepas sahur lebih kurang pukul 4.45pagi. Kulit pai tee saya buat the night before.
3. Habis masak pukul 6.00petang, guests dah ada depan gate!!
4. Saya dan helper yang kemas dapur, fortunately and unfortunately saya uzur dan tak dapat bersama berjemaah.
5. Bukan sakit pinggan saja...betis pun sakit berdiri lama sangat. Esoknya semua tak sedar bangun sahur..hahahaa...

Waterlily said...

MTT

Tips for butter prawn :
(1) not too much butter nanti terlalu berminyak.
(2) nak buat egg floss, tuang egg yolk sedikit sedikit sambil mengacau with garfu or that thing that look similar tapi of wooden made. I like my egg floss yellowish and not brownish like most people, so i biarkan minyak+butter tidak terlalu panas.
(3) That night I ubah sikit the recipe, before I angkat udang from kuali, i tabur nestum (after padamkan api) and kacau sekejap !! Yummy!! After letak dalam pinggan, I tabur pulak egg floss. You should try this too.

Ada butter prawn day? hmm...kena jaga kolestrol..hahahaha..

Waterlily said...

Hi Liza

selamat bertandang ke dapur Wlily...jangan lah malu-malu. Recipe Ikan Bakar Portugis tu ada dalam blog ni dah, just click on the recipe title on the side bar.

If you have problem accessing, let me know ya. Nanti I list down lagi untuk you.

Cheers!

Waterlily said...

p/s Kak Izzah..

Dalam banyak banyak masakan tu, yang betul-betul menguji kesabaran Wlily is part buat roti jala. Apa tak nya, saya guna acuan yang mata satu je! Nasib baik saya buat awal, dari pukul 9 pagi sampai pukul 11 pagi! Ada jugak rasa nak guna tin susu and tebuk lubang, tapi tak kesampaian..