CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 14, 2008

Ayam Bali

Haa..jangan salah sangka, ayam ini bukan diimport dari Bali. Resipi ini terbang dari dapur Ms Hart. Tergerak hati saya nak mencuba bila melihat bahan yang digunakan lain dari yang lain ...iaitu cuka. Tak pernah pulak masak ayam letak cuka sebelum ni. Tapi itulah hakikatnya...banyak benar resipi yang Wlily tak pernah cuba lagi - yang sedap sedap seperti Ayam Bali ini.

Syabas Ms Hart! Resipi ayam ni dapat thumbs up dari dapur Wlily!





Sungguh menyelerakan....cubalah!

Bahan - bahan:

1 ekor ayam - dibersihkan

Bahan Perap (diperap bersama ayam selama 1/2 jam):

10-12 biji bwg merah

6-8 biji bwg putih

1-1.5 inch halia

2 senduk sederhana cili boh (atau cili kering diblend)

2 senduk sederhana cuka (atau air asam limau/ asam jawa jika anda alah dengan cuka)

Kicap lemak manis - ikut suka - nak lauk tu gelap atau tidak

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan tumis:

Minyak untuk menumis

1 batang serai - ketuk

1-1.5 inch langkuas - diketuk

Daun kari

Hiasan:

Cili merah & hijau - dihiris

Tomato di belah 4

Cara Membuat :

1. Setelah minyak panas, tumiskan bahan tumis sehingga wangi, masukkan bahan perap dan gaul sehingga pekat. Perlahankan api.

2. Setelah agak pekat, tabur gula dan garam secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan tomato dan cili yang telah dihiris sebagai hiasan.

13 comments:

Ezza Aziz said...

laaa,
akak pun masak Ayam bali hari ni..
macam janji2 pulak laa...resepi Ms Hart gak...aduissss...sedap gak,licin satu kuali.

Waterlily said...

Hahahaha...Kak Izzah

Kita ada telepathy gitu..boleh rasa rasa pulak ye?

Sedap and simple kat resipi ni?

ms hart said...

Kak Ezza & Waterlily - hey siapa kata you all dua aje ada telepathy??? Hello, I pun masak ayam bali jugak!! Anak I kata, "Mummy, tak tahan lah nak tunggu Raya. Boleh tak buat sekarang dulu, nanti Raya, buat lagi!!!!" ha ha

Thanks to both Kak Ezzah and Waterlily (dua-dua chef handal!!) sebab sudi cuba resipi tu! Sukatan tu I 'establish' (cewah!!) dulu hanya selepas 2-3 kali try. Masa biras I ajar, dia pun main agak2 aje. So Alhamdulillah, setelah 2-3 kali I agak-agak, dapatlah rasa yang 'stabil' ..he he.. di tastebud semorang kat rumah I tu!! And now kat rumah you all pulak. Terharu gitu!!

ms hart said...

..ooopsss...lupa nak cakap, Chef, Chef, rasanya link kat site I tu Chef tulis silap sikitlah. I think it should be /2008/05.. instead of 09. Sebab yg entry "Menu Menu" tu in May. Kalau entry yang "The Beginning tu", barulah 2008/09. he he...Chef dah pekena Ayam Bali baik punyaaa nih!! TQ!!

Waterlily said...

Thanks Ms Hart for highlighting silap link tu. I pun satu hal, tak double check.

Meh I tukar kan eh...

I think our taste buds pun sama when it comes to food! Ayam Bali ni sedaapp..anak I suka sangat. Thanks again!

Madam Tai Tai said...

By sheer coincidence I was thinking of cooking Ayam Bali today. In fact had just gone to Ms Hart's website to print the recipe.

Great women think alike!

Senduk tu is equivalent to apa ek?

Waterlily said...

MTT

I buat setengah ayam jer for my first try, but what I did was i maintained the bawang2 coz I like to masak with lots of shallots.

Senduk tu senduk la, err, camana nak describe eh? I have one stainless steel senduk untuk ceduk soup. Tak besar sangat, so I used that one - I letak setengah senduk. But I did not measure cili boh with the same senduk, I letak 2 sudu besar cili boh. Takut pedas sangat anak I tak boleh makan.

p/s This question best asked to Ms Hart - entah entah her senduk is different from what I punya kut.

Ms Harrtttt...if you're reading this - tolong ..?

Madam Tai Tai said...

Thanks. I thought 'senduk' means 'tablespoon' or something.

Waterlily said...

You're welcome MTT.

p/s Just to share, dah kawin baru I tau yang mana satu buah keras digunakan untuk memasak. Selama ni i ingat orang main main.. :)

ms hart said...

ha ha ha...macam diseru-seru aje I ke sini!! Ok, ok, kalau nak senang, I think the senduk that I use is equivalent to 2 tablespoonful. But then again, Madam, please feel free to kurangkan or lebihkan the chilli. My kids pun macam anak2 Chef Diva kita ni...kalau pedas2 sangat, tak tahan!

Waterlily said...

Aikk..? kecik nyer senduk you Ms Hart..kalo camtu, i terlebih cuka la ye? Tapi i letak 2 tsb cili boh. But the taste still mengancam you! Tengok gambar je dah kecur...! Heh heh..ni kes masuk bakul naik lif ni!!

MTT - nasib baik you tanya, kalo tak forever i use my senduk. But I guess the quantity tu depends on our gut feeling jugak ye tak Chef Hart?

MTT, I read your pengat tak pekat ye..tak pe, first try i pun camtu jugak...to me, yang penting sagu, coz sagu yang buat pekat. But make sure you basuh dulu and tus kan. Kalo pakai baling je kat dalam periuk, tak menjadi la dia...air toksah banyak sangat, 2 cups ok kut...err..cup size kecik eh..bukan cup size besar...eh, lain macam je bunyi..

Madam Tai Tai said...

Alamak I pakai senduk kari to measure the cuka tadi!!!! Masam lah rasanya nanti. In another 2 hours I'll know the verdict from my very critical panel of eaters.

Aaa..aah la pengat I mcm kureng jadik. I think terbubuh banyak sangat air lah. Tapi rasa dia ada lah, just a tad sweet. Went a little overzealous with the gula melaka, me thinks.

Sigh..bila la I ni nak terror memasak??!!

Ezza Aziz said...

Go to my dapur and collect your tag,ok!