CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 2, 2009

Pulut Bersambal

Hi!! I'm back..!

Layan gambar dulu ok, later I post the recipe. Nak rush pegi sekolah jap..





Update 2/2/09

Bahan - bahan :

1/2 biji kelapa parut

1 batang serai

1/2 inci halia

1/2 inci lengkuas

Sedikit kunyit hidup

Garam

Aji no moto (jika suka)

2 biji bawang putih

4 biji bawang merah

Cili kering - mengikut kepedasan masing masing

1 genggam udang kering

Cara Membuat Inti / Sambal:

1. Tumbuk semua bahan kecuali kelapa parut.

2. Campur bahan tumbuk dengan kelapa parut, masukkan garam secukup rasa dan goreng tanpa minyak sehingga garing.

3. Setelah garing, blend sekejap (jangan terlalu halus). Taburkan di atas pulut yang telah masak.

Cara Membuat Pulut :

1. 3 cawan beras pulut - di bersih dan dimasak seperti memasak nasi biasa di dalam periuk elektrik. Untuk lebih wangi, masukkan sehelai daun pandan yang diikat terlebih dahulu.

2. Sediakan daun pisang yang telah di gunting 5" x 3". Sapukan dengan sedikit minyak. Bentukkan pulut dan letak di atas daun pisang, taburkan inti / sambal dan lipat daun pisang seperti didalam gambar di atas.

6 comments:

Naz said...

I nampak your title, terus meluru...because I'be been thinking about making this. Rupa rupanya tipah tertipu...gambar saja!
OK OK sabarrrr....

Waterlily said...

Ooops..sorry terlewat update.

Meh tengok resipi - senang jer nak buat nya..

ummi365 said...

eh cantiknya baju baru you... ermm.. nampaknya willy dah mula bersilat di dapur nya yang cun tu..

Waterlily said...

Tahun baru kena pakai baju baru lah Ummi :-)

Yup..the pencak silat has started..

Desert Rose said...

Wily,

Dah try ur opor tu wah sedap sungguh, tu baru myself yg masak , kalau taste yg urs punya lagi la kan.

Anyway, tq sb share recipes yg best akt sini, i would browse thru ur entry bila datang mood nak masak or bila blur nak masak apa, ayik2 kari, masak kicap masak lemak, dah tu ulang balik ...adoiii Cabaran la plak nak pikir nak masak apa hari2

Waterlily said...

Hi Desert Rose

Thanks..next time try Ayam Kapitan pulak, that's the household favourite too.