CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 5, 2009

Bingka Labu

Wlily sangat suka makan bingka labu ni, especially kat bahagian 'kerak' ..laju je masuk dalam mulut..




Nanti Wlily update resipi ya!

Update 6.2.2009.

Bahan-bahan :

1/2 biji labu sederhana besar, dikupas kulit dan dihiris sederhana besar (chunky)

1 tin susu cair

1/2 tin susu manis

2 sudu besar mentega (dalam 50 gram)

3 biji telur

2 bungkus santan packet

1 gelas air

4 - 4 1/2 cawan tepung gandum (byk nya tepung bergantung kepada quantity labu yang digunakan)

3 camca besar minyak masak (or minyak sayur)

Gula dan garam secukup rasa

Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Blendkan labu, telur dan mentega sehingga halus.

2. Masukkan sekali, susu cair, susu manis, tepung, santan packet, satu gelas air dan lain lain bahan di atas. Blend kan lagi sehingga betul betul hancur dan halus.

3. Sapu acuan dengan mentega. Tuangkan bahan blend tadi di dalam acuan dan bakar sehingga masak. Gunakan api bawah dahulu, setelah adunan masak kekuningan di bahagian tepi dan bawah, tambahkan pula api bahagian atas.

4. Setelah bahagian atas kekuningan dan adunan kenyal (melantun) bila di tekan dengan jari - ianya telah masak!

Nota :

Tiap tiap kali Wlily buat Bingka Labu ni, sukatan tepung nya berbeza beza. So, the best way to know whether you have the right batter is bila adunan itu di tuang dari senduk dari aras 6 - 7 inci, ianya tidak putus (my mom named the texture 'ekor tikus'.)

10 comments:

Ummi365 said...

Willy, semenjak tak ada bibik ni, i suka menebng kat blog resipi. Naik pening kepala tak tau apa nak masak. Nasib baiklah ada ramai yang nak share resipe.. selalunya i drooling over the pictures during lunch, tapi bila balik rumah masak simple jugak hahaha.

pearl said...

Ummi

I faham sangat your situation tu. Not that you tak nak, but the time and the energy is not there. Was in the same shoes as you before...so i can relate very well lah. Take care dear..oh ya, i belum bagi my friend's email and contact number. Dia buat supply maid ni..later today ya!

Pearl - aka - Waterlily

dak wan ... said...

WLily,

CAntiknya nampak bingka labu you nih. Kemas bila dipotong. Mesti sedap nih... nak cuba jugak nanti!!

Waterlily said...

Hi Dak Wan

Bila dah sejuk baru potong ye..then you can get a neat line. Kalau di potong panas2, tak berapa kemas la kut..

ray said...

Komen Pak Malim kucing ray yg alim.

Wah, saya sangat suka kuih bingka, kata Pak Malim sambil memeluk ungka. Lepas makan ayam goreng, minta Wlily beri bingka, boleh? kata Pak Malim sambil memegang koleh. Berdasarkan pemerhatian saya, cara Wlily menghidangkan makanan memaparkan seorang yg teliti dan cukup kemas, kata Pak Malim sambil memakai rantai emas.

Waterlily said...

Salam Pak Malim

Boleh, boleh, ayam goreng or Kuih bingka semua boleh
Kata Wlily sambil memegang koleh
Hmm..ada orang kata teliti, ada orang kata kemas
Kata Wlily yang menang cepumas
Ha ha! ada jugak yang kata CEREWET!
Kata Wlily yang cuba nak awet

Kak Ezza said...

wlily aka Pearl

labu tak yah rebus ke dulu...
tanya kak ezza sambil memegang sudu,

boleh tak pakai santan pekat
sambil kucing ray mengiau ngiau kelat,

Issh,makan labu ni tak ker badan kita masuk angin.
kata kak ezza yang selalu pening..

Waterlily said...

Wah kak Izzah..dah kena jangkit penyakit berpantun :-)

Kalau nak tau ini lah resipi keluarga
Kata Wlily sambil membeli raga

Labu tu tak payah rebus dulu
Takut manis nya hilang melulu
Kupas je kulit, hiris dan kisar
Kata Wlily sambil pergi ke pasar

Nak guna santan pekat? Lagi sedap lagi lemak
Kata Wlily yang rindu kat emak

Bila dah guna santan pekat, air 1 gelas dalam resipi tu tak payah letak lagi
Kata Wlily sambil memberus gigi..!

Madam Tai Tai said...

WL,

Dah lama tak jenguk kat sini. Dah tukar rupanya template blog you ni. Very nice!

All the pics here buat I drool aje. Wish I was in KL, senang aje kalau teringin nak makan bingka2 ni. Kat rumah I ni kuih2 tak laku sangat. If I buat sungguh tak berbaloi because I will be the only one eating se-ayan bingka. So kena tahan tekak lah sampai balik KL.

Waterlily said...

Hi WL

Kat rumah Wlily pulak, yang suka cakes, kuih segala my daughter and me je (and my maid.) Yang lain semua ikut selera my hubby.