CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2009

Sweet Sour Fish

Wlily nak balik kampung for two weeks, so this will be my last entry before the break lah. Lepas tu Wlily sambung balik. I will bring along my camera, so time masak2 kat kampung nanti I will snap some pics and upload those pics and recipes here nanti..insyaAllah.

Hari ni masak simple jer..sweet sour fish. Everybody boleh buat. Meh, tengok gambar and recipe.





Bahan - bahan :


I ekor ikan kerapu (Wlily guna ikan sherry)
Minyak untuk deep fry
2 camca besar tepung ubi
2 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar - dihiris nipis
200 gram nenas (dihiris kecil2)
1 biji capsicum merah - dihiris nipis
2 helai daun limau purut - dihiris halus
2 camca teh tepung jagung dicampur 200ml air
1/4 biji timun dihiris nipis (mcm batang mancis)


Bahan sos:

85 ml sos tomato
2 camca besar sos plam
1 camca besar sos cili
1 camca besar cuka
2 camca teh gula


Cara Membuat:

1. Bersihkan ikan dan kelar di kedua bahagiannya dan salur dengan tepung ubi. Goreng sehingga rangup dan keperangkan. Angkat dan letak didalam pinggan.

Untuk menyediakan sos :

1. Satukan sos tomato, sos plam, sos cili, cuka dan gula di dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan sedikit dalam 2 camca besar. Panaskan semula minyak dan tumis bawang sehingga perang. Masukkan bawang besar, nenas, cili merah dan daun limau purut. Kacau selama lebih kurang 1 minit.
3. Tuangkan bancuhan sos, tepung jagung dan timun. Kacau sehingga sos mendidih dan pekat.
4. Tuangkan sos ke atas ikan. Siap untuk dihidang!

Tuesday, January 13, 2009

Opor Ayam

Hari ni Wlily masak ayam lagi..bukan apa, anak bujang yang sulung tu kalau boleh tiap tiap hari makan ayam! Nasib baik tak tumbuh jambul ayam..cuckoookookooooo....

Masakan ayam ni ada rasa masam sikit sebab letak tomato sos, so sesiapa yang tak suka masam, boleh dikurangkan sikit tomato sos tu. Sepatutnya, Opor Ayam ni dimasak sampai kuahnya kering, tapi Wlily biarkan ada kuah sikit sebab anak Wlily kena ada kuah bila makan.

Jom, tengok gambar and resipi :)



Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka)

Bahan kisar*

10 biji cili merah*

6 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

2 cm halia*

2 cm lengkuas*

1 cm kunyit hidup*

3 camca besar sos tomato

2 camca besar rempah kurma

500 ml santan

Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Campurkan bahan kisar dengan sos tomato dan rempah kurma - dan tumis bahan ini sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, santan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kuahnya kering dan pekat.

4. Angkat dan hidang.

Saturday, January 10, 2009

Ayam Kapitan

Wlily baru balik dari jamuan BBQ di rumah jiran. Sempat jugak buat potato salad dan marinate sedikit short ribs untuk di bawa ke sana. Resipi potato salad pernah Wlily letak kat blog ni sedikit masa dahulu - just check under laber 'Sayur'.

Main dish for lunch today was Ayam Kapitan. Dont ask me dari mana datangnya perkataan 'Kapitan' ni..I dont think recipe ni berasal dari negeri Cina ya tak? Apa apa pun - meh layan gambar dulu ok..!






Sumber : Buku Kegemaran Malaysia

Bahan - bahan :

1 ekor ayam (di potong 10)

60 ml minyak

1 batang serai

2 helai daun limau purut - dimayang

1 litre santan (dari 1 biji kelapa)

1 camca besar asam jawa di campur 100 ml air

Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar :

2 labu bawang besar

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 cm kunyit

1 cm lengkuas

1 cm halia

1 batang serai

5 camca besar pes cili

5 biji buah keras

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai harum.

2. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut. Kacau rata kemudian tutup periuk. Biarkan masak selama 15 minit dengan api perlahan.

3. Tuangkan santan, kuatkan api dan masak sampai mendidih.

4. Bila mendidih, renihkan dan masukkan air asam jawa. Tambah garam dan gula. Kalau sekali sekala sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat.

Friday, January 9, 2009

Karipap Pusing

I swear I've developed some bulky muscle this afternoon! Tak payah pegi gym pun tak apa agak nya...uli aje doh untuk karipap pusing, gerenti berketul! Adeii...di sebabkan dah muscle cramp, sila layan gambar dulu yea... esok Wlily post kan resipi doh untuk karipap pusing ni.. :-)



Updated 11 Jan 2009

Sumber: Myresipi

Bahan-bahan:

Untuk Doh Minyak:

150 gram butter dan lelemak sayur (Wlily guna 100 gram butter, 50 gram lelemak sayur)

300 gram tepung gandum

Untuk Doh Biasa:

700 gram tepung gandum

1 camca kecil garam

2 cawan air (as your cup may differs from mine, I would therefore suggest that you pour the water bit by bit until the dough is formed ya!)

Cara Membuat:

1. Untuk mendapatkan doh minyak - campur kan tepung gandum bersama butter dan lelemak sayuran dan uli sehingga doh seakan berminyak. Now this part yang kena tahan sabar coz, it takes quite a while to uli doh ni sehingga betul betul berminyak. What I did was, mix dulu dalam mixer, then bila dah mesra, transfer keluar and uli dengan tangan pulak. I strongly suggest you to uli sedikit demi sedikit..kalau uli sekali harung - jenuh jugak nak bagi doh tu berminyak! This is a very important step, coz kalau doh tidak di uli betul, chances are, your karipap pusing tu nanti akan berderai bila di goreng, yikes! We dont want that do we?

2. Bila doh dah berminyak - bahagi kepada 8 bahagian (bulat2 kan). Ketepikan.

3. Untuk membuat doh biasa, buat lubang di tengah tepung, tuang kan air yang telah bercampur garam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Wlily guna mixer je..bila doh dah siap - bahagi kepada 8 (bulat2 kan). Ketepikan.

4. Ambil satu bahagian (bulat) doh biasa, dan canai nipis. Letakkan satu bahagian (bulat) doh minyak di tengah, dan tutup (bulatkan). (Doh minyak tu kira 'inti' doh biasa ni la).

5. Canai kan doh biasa yang berinti doh minyak tadi sehingga nipis. Hiris doh yang telah dicanai tadi. Ambil satu bahagian yang di canai dan gulung ( seperti gulung tikar). Do the same to the other half. At this stage - you have two tikar gulung :-)

6. (I wish I know how to do those picasa pics, so that its easier to explain the next steps!) Ambik satu 'tikar gulung', canai lagi (this time canai melonjong). Gulung lagi - dan hiris 4 bahagian. Do the same to the other 'tikar gulung tadi'. At this stage - you should have 8 hirisan tikar gulung. (Yikes! what a description! Can anyone follow kah?)

7. Ambik satu hirisan tikar gulung dan canai seperti biasa - masukkan inti karipap dan kepitlah seperti yang selalu anda buat untuk buat karipap tu. Kalau satu bahagian doh you dapat 8 hirisan, so 8 bahagian doh means you will get 64 hirisan i.e. 64 ketul karipap pusing lah! Tak gitu?

Selamat mencuba..!

p/s Kalau Wlily dah terrer camana nak buat gambar picasa yang banyak2 tu, I will post the visual steps here ok!

Nasi Goreng Ikan Masin

Kalau nak tau, kat rumah Wlily ni banyak stok ikan masin. Tak tau la kenapa pulak jadik macam tu. Hari tu masak dalca makan dengan ikan masin jugak. So, daripada menyemak kat dalam freezer tu, baik lah Wlily gunakan sepenuhnya kan?

So, untuk breakfast pagi ni, we had something heavy - Nasi Goreng Ikan Masin. Nasi ni kan, bila di makan panas-panas , laju jer masuk. So, sapa sapa yang diet tu, kena jagaaa...(I'm saying this to myself la..)

Meh layan gambar.

Bahan-bahan :

MInyak untuk menumis

100 gram ikan kurau masin tanpa tulang (dihiris 1 cm)

4 ulas bawang putih (dicincang halus)

3 biji telur

1 kg nasi (yang sudah sejuk)

2 camca besar kicap cair

2 camca teh serbuk ikan bilis

200 gram kacan panjang dihiris halus (Wlily tak letak sebab tak de stok kat rumah)

Bahan dicincang:

1 tangkai daun bawang

1 biji cili merah

Cara Membuat:


1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai garing dan keperangan. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis pula bawang putih dalam minyak tadi sampai keemasan. Angkat.

3. Perlahankan api, pecahkan telur dan kacau sehingga hancur dan masak.

4. Campurkan nasi dan kacau supaya tidak berketul.

5. Masukkan kicap cair dan serbuk ikan bilis. Gaul hingga sebati.

6. Masukkan kacang panjang, gaul lagi sehingga masak.

7. Akhir sekali masukkan daun bawang, cili merah dan ikan masin. Kacau lagi beberapa minit sehingga rata.

8. Angkat dan hidangkan.

Sumber : Buku Kegemaran Malaysia.

Thursday, January 8, 2009

Ikan Berlado

Asyik makan ayam, daging, ayam, daging - today kita tukar menu pulak lah. We go seafood eh? So today, lauk utama was Ikan Berlado. Sepatutnya kan, kena guna ikan merah - but since Wlily tak de ikan merah, Wlily guna je ikan sherry.



Bahan - bahan :
1 ekor ikan merah anggaran 1 kg (Wlily's ikan sherry were quite small, so I used two.)
Sedikit Garam
Minyak untuk deep fry
8 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji tomato (dikupas dan dicincang halus)
1/4 camca teh parutan kulit limau nipis
2 camca besar gula merah
3 camca besar kicap manis
3 camca besar jus limau nipis
garam secukupnya


Bahan kisar / tumbuk:

5 biji cili merah
2 camca besar pes cili
1 camca kiub belacan
2 batang serai
1 cm halia
2 cm lengkuas


Cara Membuat:


1. Lumurkan ikan dengan garam. Kemudian goreng dalam minyak sampai masak. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga keperangan.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau sampai wangi.
4. Bubuh tomato cincang, kulit limau nipis, gula merah, jus limau nipis dan kicap. Gaul hingga rata.
5. Masak atas api perlahan hingga kuahnya pekat. Tambah garam jika perlu.
6. Tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.

Tuesday, January 6, 2009

Ayam Limau Purut

This is our main course for today. At the time of writing this entry, Wlily belum lunch lagi. I think I'll wait for my eldest son from school, then makan with him just like yesterday. Pukul 4.30 ptg nanti baru lah si Syafiq tu balik sekolah..so, kena tunggu lagi. Rasa macam puasa pulak.

Bau masakan ni harum dan wangi, ye lah, bila daun limau purut and daun kunyit bertemu dalam periuk - semerbak lah bau dia. Rasa dia pun ada ala al rendang sikit. So, if you like rendang - then you'll love this dish.

Meh layan gambar..


(Wlily buat 1/2 dari resipi ini)
Bahan - bahan:

1.5 kg ayam ( dipotong ikut suka)

2 camca teh garam - untuk bahan perap

2 camca teh serbuk lada sulah - untuk bahan perap

1 camca besar serbuk cili

3 camca besar minyak

750 ml santan pekat (daripada 1 biji kelapa)

Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

2 camca besar gula

5 helai daun limau purut (dihiris halus)

1 helai daun kunyit (dibuang pelepahnya dan dimayang halus)

Bahan tumbuk :

2.5 cm kunyit hidup

4 labu bawang merah besar

1 labu bawang putih

3 batang serai

5 biji cili merah

Cara Membuat:

1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 1 jam. Ketepikan.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk cili.

3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis campuran bahan tumbuk di atas api sederhana sehingga harum.

4. Masukkan ayam dan goreng atas api besar untuk kira kira 2 minit.

5. Masukkan santan pekat kemudian tambah garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Kacau selalu sehingga ayam masak dan kuahnya pekat.

6. Bubuh gula, kemudian daun limau purut dan daun kunyit.

7. Masak lagi selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.

Daging Dendeng (2)

I have posted a recipe on Daging Dendeng before, but this one is different. And to me it tastes better too. Normally I will get my maid to prepare the ingredients and I cook. This time I did all the preparations myself, bukan apa - sebab I discovered my maid pegi lambak kan baju yang tak berlipat and iron dalam almari yang memang jarang we all bukak. Heee...mentang mentang lah Wlily ni lenient kat dia, macam tu pulak dia buat. So yesterday, was melipat and ironing day for my maid, and full blown cooking day for me. Part paling tak suka ialah kupas bawang and buang biji cili kering tu..menangis woo..

Anak Wlily si Syafiq tu suka betul makan daging dendeng ni, sampai tambah nasi 2 pinggan! Berbaloi la Wlily menangis masa kupas bawang tu!

Sumber : Chef Wan

Bahan - bahan.

1 cawan + 3 sudu besar minyak masak

1 kg bawang besar, dikupas dan dihiris hiris

2 cm halia, dikupas dan diparut

5 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris hiris

100 gram cili kering, dibuang biji direndam dengan air dan ditumbuk

1 kg daging lembu batang pinang dihiris-hiris 6mm tebal

1 1/2 sudu besar kicap pekat

2 - 3 cawan air asam di perah dari 45 gram asam jawa

2 sudu besar gula

Garam

Cara Membuat:

1. Panaskan 1 cawan minyak masak dan goreng bawang besar, halia dan bawang putih selama 5 -7 minit. Keluarkan dan kisar kasar-kasar.

2. Di dalam periuk bersih, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis cili tumbuk. Tambah daging dan pes bawang besar, halia bawang putih.

3. Campur kicap pekat dan goreng selama 15 minit.

4. Masukkan air asam, tambah gula dan garam. Renihkan di atas api kecil sehingga kuah agak kering.

5. Hidang dengan roti jala atau nasi.

Thursday, January 1, 2009

Coconut Cupcakes

Wlily buat cupcakes ni dari pukul 8 malam ni. Tak de apa sangat nak buat, daripada termanggu manggu tak tentu arah...baik Wlily ke dapur buat cuppies. Cik Abang tak de rumah, bertugas ke Casablanca pulak dia. Masa start buat cuppies ni, anak anak dah tidur, senyap je rumah. Tapi kan, by the time mixer tu berbunyi zzzzzznnggg.....aiih..bangun pulak anak dara Wlily tu ha..apa lagi, sibuk la dia menempel kat depan tu haa.


Sebenarnya, Wlily dah buat dah coconut cupcakes ni malam tadi, tapi dah habis. Yup, that's what I did last night. Dalam sibuk BBQ untuk menyambut New Year, sempat jugak buat cupcakes ni. . Bila tengok cupcakes ni cepat habis, Wlily pun buat lah lagi tadi..


Resepi asal dicungkil dari buku 'Kegemaran Malaysia.' Tapi tidak disebut pulak sapa penyumbangnya.



Bahan - bahan :

150 gram butter

130 gram gula caster

3 biji telur (dipukul perlahan)

130 gram tepung self raise (di ayak bersama tepung jagung)

25 gram tepung jagung

3 camca besar kelapa kering

1 1/2 camca besar susu segar

1/2 camca teh esen vanilla

1/4 camca teh esen kelapa (Wlily tak letak)

Bahan untuk toppings :

45 gram gula aising (diayak)

60 gram lelemak sayuran

1/2 camca teh esen kelapa (Wlily tak letak)

3 camca besar kelapa kering

Ceri Merah.

Cara Membuat :

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga ringan dan kembang. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata pada tiap tiap tambahan telur.

2. Kaup balikkan tepung dalam 3 bahagian berperingkat peringkat dan taburkan kelapa kering. Gaul rata.

3. Satukan susu, esen vanilla dan esen kelapa. Masukkan ke dalam adunan kek dan kacau sebati.

4. Sediakan 20 keping cawan kertas yang diletakkan di atas tin pembakar bermangkuk dan sudukan adaunan ke dalam tiap tiap mangkuk (Wlily guna piping bag, lagi senang)

5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga menganjal apabila disentuh. Sejukkan di atas redai.

Cara Membuat Toppings :

1. Putar lelemak sayuran, gula aising dan esen kelapa hingga putih dan gebu.

2. Hiaskan cupcake dengan aising. Tabur kelapa kering dan letak ceri merah di tengahnya.

Note : Pada Wlily lah, kalau cupcakes ni di makan without the toppings pun sedap. Kalau ada icing toppings tu, manis la sikit rasa nya.

Masak Asam Nenas Ekor Lembu

Selamat Tahun Baru 2009!!

On the first day of 2009 ni, Wlily masak lauk ekor lembu so that kita serumah boleh moooo mooo..hee hee.. Masakan ni lebih kurang asam pedas yang Wlily buat hari tu, tapi ada sedikit perbezaan, and this time Wlily letak sedikit nenas. Resipi asal dari Chef Wan menggunakan daging, tapi Wlily tukar guna ekor lembu. So cara memasak nya ada lain sedikit lah.

Meh tengok gambar dulu..



Bahaya jugak makan ekor lembu ni tau...bila kita makan dengan nasi panas, uissh..tak terasa ntah berapa ketul dah masuk dalam mulut. So sapa yang ada BP, high cholesterol kena jaga sikit yea..


Bahan - bahan :

1/2 cawan minyak masak

1 kilo daging lembu dipotong (Wlily guna ekor lembu, so rebus dalam high pressure cooker sehingga empuk dulu)

2 sudu besar asam jawa di campur 180ml air

1 batang serai dititik

1 cm lengkuas, dititik

3 helai daun limau purut

Garam, gula secukup rasa

1/2 biji nenas, dikupas dan dihiris nipis (Wlily guna yang dalam tin je..)

Bahan dikisar halus-halus :

1 sudu besar ketumbar biji, digoreng tanpa minyak

15 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan dituskan.

2 biji bawang besar, dikupas

2.5 cm halia, dikupas

2.5 cm kunyit hidup, dikupas

2 sudu besar belacan.

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2. Masukkan daging dan balik balikkan sehingga rata. Apabila daging kecut sedikit tambah air asam, serai, lengkuas, daun limau purut, garam dan gula. Since Wlily dah rebus ekor lembu dalam high pressure cooker terlebih dahulu, I dont have to wait until ekor tu kecut sebab memang dah masak kan? So after gaul sekejap sampai mesra dengan bahan tumis tadi, terus masukkan air asam bagai. Also, Wlily letakkan juga 2 senduk kecil air rebusan ekor lembu tadi, so that ada lebih kick lagi limbasan ekor lembu tu...moooo...

3. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan nenas. Kacau rata dan renihkan sehingga kuah pekat.

4. Angkat dan..apa lagi..makan le dengan nasi panas..heh heh..