CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 13, 2009

Opor Ayam

Hari ni Wlily masak ayam lagi..bukan apa, anak bujang yang sulung tu kalau boleh tiap tiap hari makan ayam! Nasib baik tak tumbuh jambul ayam..cuckoookookooooo....

Masakan ayam ni ada rasa masam sikit sebab letak tomato sos, so sesiapa yang tak suka masam, boleh dikurangkan sikit tomato sos tu. Sepatutnya, Opor Ayam ni dimasak sampai kuahnya kering, tapi Wlily biarkan ada kuah sikit sebab anak Wlily kena ada kuah bila makan.

Jom, tengok gambar and resipi :)



Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka)

Bahan kisar*

10 biji cili merah*

6 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

2 cm halia*

2 cm lengkuas*

1 cm kunyit hidup*

3 camca besar sos tomato

2 camca besar rempah kurma

500 ml santan

Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Campurkan bahan kisar dengan sos tomato dan rempah kurma - dan tumis bahan ini sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, santan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kuahnya kering dan pekat.

4. Angkat dan hidang.

6 comments:

ray said...

Komen Pak Malim, kucing ray yg alim.

Saya pun suka makan ayam, kata Pak Malim sambil masak bayam. (Untuk kesihatan, kata orang utan). Kalau saya duduk semeja dgn anak bujang Waterlily, boleh? kata Pak Malim sambil memegang koleh.

Waterlily said...

Hello Pak Malim selamat datang
Kata Waterlily sambil membeli butang
Ooo..kalau Pak Malim datang bertandang
Usahkan ayam, bahkan daging and seafood akanku hidang
Kata Waterlily sambil minum petang.

Naz said...

Waterlily,
Sungguh menyiksa jiwa datang ke rumah you ni...hehe! Baru nak mula kerja, my mind is saying *eh eh masak ni today la*
Wonderful blog!

Waterlily said...

Hi Naz

Thanks for hopping by. Just to share with you, when I asked my son which masakan dia prefer, Opor Ayam or Ayam Kapitan. He said he prefers Ayam Kapitan. To me sama aje lah, kan ayam kan?

Zue Murphy said...

wlily, I thought opor ayam wrap in banana leaves?

Waterlily said...

Hi Zue

Wrapped in banana leaves? Not that I know of. If you have a recipe as such, do share pleaseeeeee :-) I'm getting excited to get new recipe already!