CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 8, 2008

Lontong Togel

Haa...jangan tersedak pulak bila baca Lontong Togel.. :) Dia togel sebab tak ada tempe...Wlily kalau masak lontong memang tak pernah letak tempe ni. My family pun tak berapa sangat dengan tempe ni, so...





Ini lah dia Lontong Togel yang Wlily masak untuk Raya Open House tempoh hari. Sorry la, gambar tak berapa clear.


Bahan-bahan:

Nasi impit:

Untuk Kuah:

10 ulas bawang merah - blend

4 ulas bawang putih - blend

Sedikit halia - blend

Setengah genggam udang kering - blend

Sedikit kunyit hidup - blend bersama bawang

Pucuk - di rendam sehingga lembut, kemudian di gunting pendek pendek.

Su'un - di rendam sehingga lembut

Sotong kering - di rendam semalaman bersama key (ubat untuk rendam sotong yang warna putih tu, you all panggil apa ek?) - setelah kembang, kikis dan buangkan kulit lendir, bersih kan dan dihiris kecil.

Udang - di bersih dan dibuang kulit

Kacang panjang - di potong 1 inchi

Carrot - dihiris nipis dan panjang (macam batang mancis)

Sengkuang - di hiris nipis dan panjang

Santan

Garam

Serbuk kunyit (kalau kuah tidak cukup kuning)

Cara Membuat :

1. Rebuskan sotong yang telah dihiris bersama bahan blend sehingga lembut.

2. Masukkan santan, carrot dan sengkuang yang telah dihiris. Banyaknya santan bergantung kepada banyak nya air yang digunakan untuk merebus sotong tadi. Kalau banyak air, kena banyak lah santan supaya pekat :)

3. Masukkan juga su'un dan pucuk yang telah direndam lembut. Kalau kuah agak pucat, masukkan serbuk kunyit (kalau suka). Biar mendidih.

4. Tabur garam secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan udang dan kacang panjang. Jangan biarkan terlalu lama mendidih.

6. Angkat dan hidangkan bersama nasi impit dan sambal tumis!

7. Senangkan? Selamat mencuba.

p/s I know some lontong recipes are more complicated - and I'd like you to share yours too..:)


8 comments:

Ezza Aziz said...

Do you that udang kering kalau kita rendam 2 jam cuts abouts 70% garam di dalam nya? Tips yang saya dapat dari Chef Wan.Selamat pulang ke Abu Dhabi dan selamat ber blogging semula.

Waterlily said...

Ermm..for this recipe, Wlily tak rendam udang kering. Just basuh je and terus blend.

The sotong kering tu yes, rendam semalaman..

Thanks for the tips anyway, next time kalau masak untuk my mom, I boleh rendam udang kering lama sikit sebab dia ada darah tinggi.

p/s Bila dah sampai Abu Dhabi nanti, buat another Open House pulak kat sana. Menu sama jer...Lontong. Nak buat Laksa Sarawak tapi mostly those from East Msia selalu buat Laksa Sarawak time raya ni...but tengok dulu lah!

ms hart said...

ha ha ha...nak tergelak jugak part nama dia tuuu...!!!

Sama resipi kita, cumanya, I tak pernah tau ada resipi yang masuk sotong kering? Hmm..something new here! Thanks for sharing. Nenek I kata, nama pun masak lodeh - so lodeh aje apa2 yang patut!! So I suppose tu yang sotong kering pun boleh jadi, and sure sedap! Next time nak try!

Waterlily said...

Hi Ms Hart :)

Yes, my recipe ni guna sotong kering yang direndam semalaman. The secret is the sotong kering and udang kering tu la. My personal preference is lebih kan udang kering.

Eh, share la pulak your resipi lodeh :)

Madam Tai Tai said...

'Key' tu I believe is called air abu.

Lontong? Tak pernah buat. Takut tak jadi! Also nice to have with the lontong is the serunding kering which you tabur on it.

Waterlily said...

Hi MTT :)

Ooo..'air abu'. Thanks for the info.

Tak pernah pulak makan dengan serunding, but i bet sure best kan? I nak try take it with serunding coz nak buat open house menu lontong kat sini pulak :)

ms hart said...

Waterlily, sama recipe nya. Just that I tak masuk sotong macam yours, but on the other hand, I ada masuk tempe hiris & cili merah + cili hijau hiris (yang digoreng dulu) to 'lodeh' together-gether dengan kulit tauhu, kacang panjang & the rest of the gang!! Lodeh eh mak lodeh, kata Kak Nita kita (Anita Sarawak!!) ha ha

Waterlily said...

Ms Hart

ada ada je you ni, sampai lagu Anita Sarawak pun keluar, hahaha..

That cili merah and hijau digoreng dulu sounds interesting. Nak cubalah nanti :) Adds color to the kuah yang kuning tu..:)