Salam semua...lama dah Wlily tak hapdet blog masakan ni. Rasa macam masuk rumah orang lain pulak :-)
Dua hari lepas, Tuan Director tetiba berkata2 .."Lama nyer dah tak merasa Nasi Briyani.." Wlily yang duduk di sebelah nya sure la tau apa yang dimaksudkan tu.
So today, our lunch is Briyani Masala. I bought rempah briyani masala brand Melam. Kat belakang kotak tu ada directions apa yang patut di buat. Wlily ikut aje...jadik pun :-)
Bahan-bahan :
1/2 kilo daging, ayam atau kambing (beef, chicken or mutton) - wlily guna daging tulang rusuk. - marinate daging dengan rempah briyani selama 10 minit.
2 pot Beras Basmathi - dibasuh dan dituskan.
1 cawan yoghurt
100ml susu segar (wlily campur dengan air rebusan daging - sebab nak bagi ummph!)
1 gm Saffron - optional
3 camca besar minyak
2 camca besar ghee
3 camca besar rempah briyani masala
5 tangkai daun mint - dihiris halus
5 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
Sedikit gajus - di goreng sebentar sehingga keperangan
Sedikit kismis - digoreng sebentar sehingga lembut
Cili hijau (wlily tak letak)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang merah besar
1 inci halia - dihiris halus
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan daging yang telah dimarinate. Kacau sehingga keluar minyak - tambah sedikit air panas jika terlalu kering, renihkan sehingga daging lembut.
2. Masukkan yoghurt, bawang putih dan halia dan kacau lagi sehingga kuah agak pekat. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga daun mint dan daun ketumbar yang telah di hiris halus tadi. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
3. Panaskan susu dan masukkan saffron tadi dan kacau sehingga larut. Renjis sedikit di atas beras basmathi. Masukkan ghee ke dalam adunan susu tadi, kacau sehingga cair. Padamkan api.
4. Ambil beberapa ketul daging atau ayam masala yang telah masak dan di susun selapis di dalam rice cooker. Tabur beras basmathi diatasnya, dan ulang sehingga beberapa layer - diakhiri lapisan beras diatasnya. Tuangkan susu bercampur ghee ke atas nasi tadi. (Banyaknya cecair sama banyaknya seperti kita menanak nasi biasa. In this case, Wlily masukkan air rebusan daging yang telah bercampur garam dan kurangkan susu dan ghee sebab tak mau berminyak sangat.)
5. Masak nasi seperti biasa. Sebelum menghidang, taburkan dengan gajus dan kismis yang telah digoreng tadi. Siapp..
5 comments:
Aha, boleh buat esok ni....spt biasa tq kak
I biasanya pakai rempah National or Shan's...sedaapp!
Salam Waterlily...
Amboiiih sedapnya..td duk intai resepi Pai Tee sebab acuan dah order dgn Nor..rasa nak buat..tp x tau la bila... :D
Salam sis
I nak tanya kenapa semasa i buat kue pai ti, sewaktu mengoreng selepas ia lucut cari acuan, ia slowly jadi flat, tak bulat. Tolong sis beritahu saya cara mengoreng yang betul. Tks a lot!!
Dahlia
akak dap ngat. thanks for the recipe muah
Post a Comment