CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 4, 2009

Ayam Goreng Seri Wangi

Hari ni masak simple aje..ayam goreng. Walaupun simple, tapi cukup semua rasa and bau. Wangi, masam dan manis. Cuba lah.

Original source: Chef Wan





Bahan - Bahan (Wlily dah modified sikit..)


4 keping dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis2 memanjang. (Wlily guna satu ekor ayam dipotong ikut suka- guna seluruh bahagian, buang kulit tapi tak buang tulang.)


Minyak untuk menumis dan juga untuk deep fry


2 batang serai dihiris halus


1 kuntum bunga kantan dihiris halus2


10 tangkai cili padi dihiris2


2 sudu besar rempah tomyam (Wlily guna 1 sudu besar sahaja)


1/4 cawan air (60 ml)


1 sudu teh madu (Wlily guna 3 camca BESAR)


1 1/2 sudu besar mayonaise


3 helai daun limau purut, dihiris halus2


Bahan pemerap (dibancuh)


2 sudu besar sos tiram


Garam


1 biji telur sederhana dipukul


3 sudu besar tepung jagung


Cara Membuat :


1. Ayam di bersih dan digaul rata dengan bahan pemerap dan ketepikan selama 15 minit)


2. Setelah itu ayam digoreng dengan kaedah deep fry sehingga garing. Tuskan.


3. Di dalam kuali lain, tumiskan serai, bunga kantan, cili padi serta rempah tomyam sehingga naik baunya.


4. Masukkan air, madu serta ayam goreng. Kacau rata. Angkat dan tambah mayonaise dan kacau lagi. Tabur daun limau purut.



4 comments:

Desert Rose said...

Wah menariknya..tq bg idea

ray said...

Komen Pak Malim kucing ray yg alim.

Wah, macam2 menu yg Waterlily masak, kata Pak Malim sambil memakai baju pesak. Dulu, sebelum saya Islam, saya suka curi ayam goreng, kata Pak Malim yg kurus kering. Sekarang saya suka tengok ayam dlm internet, kata Pak Malim sambil memeluk monyet.

Waterlily said...

Desert Rose

I think time bulan puasa, memang elok sangat la masak Ayam Goreng Seri Wangi ni. Or, hari2 biasa pun boleh...

Waterlily said...

Hi again Pak Malim :-)

Alhamdulillah...sekarang Pak Malim dah sedar
Kata Wlily sambil mencuci cadar
Tak de lagi mencuri ayam goreng
Jangan buat lagi, nanti mereng
Eh..buat apa tengok aje ayam dalam internet
Kata Wlily sambil membuka bonet
Pujuk la si girlfren untuk memasak
Kata Wlily yang suka sukan lasak.