CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 1, 2009

Coconut Cupcakes

Wlily buat cupcakes ni dari pukul 8 malam ni. Tak de apa sangat nak buat, daripada termanggu manggu tak tentu arah...baik Wlily ke dapur buat cuppies. Cik Abang tak de rumah, bertugas ke Casablanca pulak dia. Masa start buat cuppies ni, anak anak dah tidur, senyap je rumah. Tapi kan, by the time mixer tu berbunyi zzzzzznnggg.....aiih..bangun pulak anak dara Wlily tu ha..apa lagi, sibuk la dia menempel kat depan tu haa.


Sebenarnya, Wlily dah buat dah coconut cupcakes ni malam tadi, tapi dah habis. Yup, that's what I did last night. Dalam sibuk BBQ untuk menyambut New Year, sempat jugak buat cupcakes ni. . Bila tengok cupcakes ni cepat habis, Wlily pun buat lah lagi tadi..


Resepi asal dicungkil dari buku 'Kegemaran Malaysia.' Tapi tidak disebut pulak sapa penyumbangnya.



Bahan - bahan :

150 gram butter

130 gram gula caster

3 biji telur (dipukul perlahan)

130 gram tepung self raise (di ayak bersama tepung jagung)

25 gram tepung jagung

3 camca besar kelapa kering

1 1/2 camca besar susu segar

1/2 camca teh esen vanilla

1/4 camca teh esen kelapa (Wlily tak letak)

Bahan untuk toppings :

45 gram gula aising (diayak)

60 gram lelemak sayuran

1/2 camca teh esen kelapa (Wlily tak letak)

3 camca besar kelapa kering

Ceri Merah.

Cara Membuat :

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga ringan dan kembang. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata pada tiap tiap tambahan telur.

2. Kaup balikkan tepung dalam 3 bahagian berperingkat peringkat dan taburkan kelapa kering. Gaul rata.

3. Satukan susu, esen vanilla dan esen kelapa. Masukkan ke dalam adunan kek dan kacau sebati.

4. Sediakan 20 keping cawan kertas yang diletakkan di atas tin pembakar bermangkuk dan sudukan adaunan ke dalam tiap tiap mangkuk (Wlily guna piping bag, lagi senang)

5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga menganjal apabila disentuh. Sejukkan di atas redai.

Cara Membuat Toppings :

1. Putar lelemak sayuran, gula aising dan esen kelapa hingga putih dan gebu.

2. Hiaskan cupcake dengan aising. Tabur kelapa kering dan letak ceri merah di tengahnya.

Note : Pada Wlily lah, kalau cupcakes ni di makan without the toppings pun sedap. Kalau ada icing toppings tu, manis la sikit rasa nya.

2 comments:

ray said...

Komen Pak Malim, kucing ray yg alim.

Terima kasih kerana sudi menawarkan ikan rebus pada saya dlm blog kak Ezza tadi, kata Pak Malim sambil minum todi. Untuk makluman, saya sangat suka makan cup cake, kata Pak Malim yg tercekik. Mmmmmm, cup cake dlm blog ini nampak sedap sangat, kata Pak Malim sambil makan pengat. Eh, nanti, nak kesat air liur yg meleleh, kata Pak Malim sambil memegang koleh.

Waterlily said...

Salam Pak Malim :-)

Wah! ada surprise visitor
Kata Wlily sambil naik motor
Terimakasih kerana sudi datang
Ke teratak Wlily yang jauh di seberang
Alahai Pak Malim, perlahan bila makan cupcake
Kalau 5 ketul sekali memanglah tercekik
Oh ya, Selamat Tahun Baru!
Kata Wlily sambil memakai selendang biru.