CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 20, 2008

Potato Salad

Potato salad ni senang sangat nak buat nyer...tutup dua dua belah mata pun boleh...whip whip whip dah siapp! Memang sedap kalau di makan dengan hidangan BBQ.



Bahan - bahan :

3 biji kentang (Wlily guna Saudi potato, so size nyer besar...)

6 - 7 sudu besar mayonaise

100 gram spread cheese (Wlily guna Philadelphia cheese)

1 labu bawang besar - dihiris dadu kecil

1 sudu besar butter

Lada putih secukup rasa

Garam secukup rasa

Daun bawang dihiris nipis

Cara Membuat :

1. Rebus kentang manis bersama kulit sehingga agak lembut. Biar kan sejuk dahulu dan hiris dadu besar.

2. Di dalam bekas lain, masukkan cream cheese, mayonaise, butter dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bawang besar, garam, lada putih dan kacau lagi sehingga mesra. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul lagi.

4. Tuang adunan mayonaise ke atas kentang rebus tadi dan gaulkan sehingga mesra. Masukkan ke dalam peti ais untuk menyejukkan adunan. Semasa menghidang bolehlah di tabur kan sedikit daun bawang ke atas adunan tadi sebagai hiasan.

0 comments: