CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 24, 2008

Spaghetti Bolognaise

Bila angin omputih dah melanda tekak..lambat pulak lah nak hilang angin ni. Pagi ni, Wlily sediakan spaghetti pulak untuk tetamu yang datang.




Gambar kedua, spaghetti yang telah di tabur parmesan cheese.

Bahan - Bahan untuk kuah:

500 gram - 700 gram daging cincang (minced beef).

1 labu bawang besar - di hiris dadu

2 ulas bawang putih - di cincang halus

1 biji capsicum hijau atau merah - di hiris dadu

10 - 15 biji cendawan butang - di belah 2 atau 4

1 biji tomato - dihiris dadu

2 helai bay leaf

1 sudu teh oregano

3 sudu besar tomato puree

1/2 botol sos spaghetti (wlily selalu guna preggo - traditional) kalau guna 1 botol pun boleh jika suka

Garam dan gula secukup rasa.

Cara Membuat :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging cincang - kacau sehingga daging cincang masak.

2. Masukkan tomato, capsicum (cili benggala) dan cendawan butang. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan tomato puree, bay leaf dan oregano. Biar hingga mendidih.

3. Masukkan sos preggo, kacau lagi sehingga mendidih. Tabur garam dan gula secukup rasa.

4. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus sehingga lembut terlebih dahulu.

Nota : Spaghetti hendaklah direbus dengan air yang telah di campur setitik dua minyak olive dan sedikit garam.

6 comments:

Ezza Aziz said...

spaghtti...
akak minat spghetti..tak kisah kalau tak makan nasik...

wah ,dah meriah lah kamu ni...adik beradik dan anak buah berkumpul..tak jadi pemandu pelancong lagi ke!

p/s..akak nak tanya,nape kamu ni semua kaler merah ni..kamera kamu ke yang buat hal!!

Waterlily said...

Hi Kak Izzah

sekarang ni memang la meriah. setakat ni dear hubby yang jadi pemandu pelancong bukan wlily sebab ramai orang, so kereta 4WD tu tak muat lah.

Err..apa yang kaler merah? Kat sini nampak ok je..musykil jugak ni. Tapi semalam Wlily tukar background color for the desktop to pinkish (frame dia je) ..but then sure tak de kena mengena kan? Apa yang kaler merah tu? Gambar masakan ke the whole Waterlily in Da Kitchenz homepage?

Ezza Aziz said...

gambar masakan laa...yang lain merah tu ok..semenjak dua menjak ni gambar masakan tu merah je kaler dia..

Waterlily said...

he heh..you mean daging masak merah kaler merah, spaghetti merah..err cream horn takkan merah kut?

Ummi365 said...

inilah masakan i bila malas.. campak jekan... willy that kain glamour black n white dah habislah.. out of stock.. eh gi tenguk kasut merah i.. i dah tampal kat blog tu..you tampal jugak kasut bling2 you tu..

Waterlily said...

hahaha..Ummi, I dah jenguk dah blog you and tengok that kasut merah. Wow, I love that color lah, memang suit your kulit pun. Bila tengok kasut and kaki cute mute Ummi, tak jadik lah post my kasut and kaki kat blog..hahahah..I punya kaki jenis lebaarrrr kat depan, so tak cantik laar.. :(